
Inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir terus membuka episod baharu apabila saksi kelapan, Azhari Abd Sagap mendedahkan detik akhir sebelum remaja itu ditemui tidak sedarkan diri di kawasan asrama.
Menurut Azhari yang juga ketua warden, Zara dilaporkan menangis teresak-esak sambil menafikan tuduhan mencuri yang dilemparkan oleh beberapa pelajar lain.
Tambahnya lagi, Zara menafikan tuduhan tersebut sambil menangis dan menjerit:
“Aku tak mencuri!”sebelum beredar dari bilik berkenaan. Itulah kali terakhir mangsa dilihat oleh rakan-rakannya sebelum insiden tragis itu berlaku.Azhari yang turut mengajar subjek Bahasa Arab berkata, beliau sempat mengumpulkan kenyataan bertulis daripada lima pelajar terbabit sebelum menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: The Star