Tidak sah rasanya jika usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri tidak mencetuskan sekelumit kontroversi menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Saban tahun, Aliff, 37 tidak akan melepaskan peluang untuk meluncurkan lagu raya baharu. Bukan inti pati lagu yang menjadi persoalannya tetapi lebih kepada cara Aliff memasarkan lagu berkenaan dengan konsep tarian aneh lagi menjelekkan di mata masyarakat.

Tahun 2024 tidak terkecuali apabila nama Aliff kembali diperkatakan minggu ini dek peluncuran lagu berjudul Lala Raya pada 10 malam terakhir Ramadan.

“Ini Trend Yang Sangat Tidak Sihat..” Dr. Diddy Hirdy Ulas Usahawan Muncul Dengan Lagu Raya
Kehadiran penari lelaki berperwatakan aneh sering menghiasi klip video lagu raya Datuk Aliff Syukri.

Setelah seminggu memberi petunjuk bahawa dirinya akan kembali muncul dengan sebuah lagu raya, rata-rata menyifatkan perbuatan Aliff itu sebagai terlalu dahagakan perhatian masyarakat dan berharap agar Aliff tidak terus merosakkan akhlak di bulan mulia ini.

Dari sudut pandangan warga industri seni muzik tempatan pula, REMAJA mendapatkan pandangan daripada Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni bagi Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif & Seni Persembahan (SCIMPA) di Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Diddy Hirdy.

“Ini Trend Yang Sangat Tidak Sihat..” Dr. Diddy Hirdy Ulas Usahawan Muncul Dengan Lagu Raya
Dr. Diddy Hirdy.

Diddy yang juga merupakan bekas peserta Akademi Fantasia 4 ketika ditemui di SCIMPA baru-baru ini merupakan salah satu individu yang lantang menolak trend mengeluarkan lagu-lagu bercorak kontroversi oleh usahawa serta jutawan di Malaysia.

Padanya, trend sebegini akan menjadikan industri seni muzik lebih parah memandangkan masyarakat disajikan dengan kontroversi dan bukannya nilai seni sejati seiring dengan sambutan perayaan Aidilfitri.

“Jika mereka hanya sekadar ingin buat muzik, itu bukan satu ‘dosa’ yang besar.

IKLAN

“Tapi bila mana mereka mencipta satu kontroversi yang memberi provokasi kepada masyarakat, agama, budaya dan rakyat Malaysia; itu sudah jadi sesuatu yang tidak dialu-alukan dalam industri kreatif khususnya bidang muzik.

“Penyanyi zaman saya dahulu punyalah menjaga imej dan tidak mahu palitkan diri dengan perkara-perkara negatif.

“Tetapi orang seperti ini sedap-sedap je buat benda yang menarik minat orang ramai untuk kritik karya seni kerana ia boleh menjana duit untuk mereka.

“Ini adalah satu trend yang sangat tidak sihat dan impaknya besar,” kata pemilik nama penuh Syamsul Hirdi bin Muhid ini.

IKLAN

“Ini Trend Yang Sangat Tidak Sihat..” Dr. Diddy Hirdy Ulas Usahawan Muncul Dengan Lagu Raya

Nak Menyanyi Boleh, Masuklah Kelas

Tambah Diddy lagi, beliau cukup masak dengan kemungkinan taktik memperkenalkan kontroversi menerusi lagu baharu demi meningkatkan hasil jualan usahawan berkenaan.

Lagipula di era media sosial kini, segalanya boleh bertukar menjadi strategi pemasaran agar kekal relevan dan menjadi bualan mulut masyarakat.

Begitupun, Diddy berharap agar strategi lain boleh diguna pakai agar cerminan industri muzik di Malaysia tidak berunsur negatif pada pandangan mata pemerhati luar.

IKLAN

“Jumlah tontonan mereka mungkin naik, hasil jualan mereka juga naik. Tetapi impak yang besar kepada industri kita yang mereka terlepas pandang.

“Saya percaya golongan seperti ini adalah mereka yang bijak pandai. Cuma kebijaksanaan mereka itu diaplikasikan untuk duit sahaja.

“Saya harap mereka lebih prihatin dan peka. Nak menyanyi boleh. Masuklah kelas vokal dan cari ahli muzik yang boleh compose secara baik. Hasilkan sesuatu agar kami (dalam kalangan) penggiat seni ini pun akan terasa wow,” ujarnya.

Dalam perkembangan terkini, Aliff telahpun memadamkan sedutan video lagu raya setelahh mengundang kemarahan orang ramai serta menerima teguran terbuka oleh ibunya, Bonda Rozita.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI