“Ini Bukan Set Drama”, Congrats Zahirah & Aiman Ikat Pertunangan Di Australia

Share

 

Dari set drama Curi-Curi Cinta hingga ke perhubungan sebenar di luar set, nampaknya kisah pasangan paling sepadan iaitu Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson akhirnya ke peringkat yang lebih serius pada hari ini.

 

Bertempat di Perth Australia iaitu lokasi keluarga Zahirah, mereka berdua telah mengikat tali pertunangan apabila Aiman dan keluarganya turun padang bagi menjayakan majlis tersebut. Zahirah dilihat cukup cantik dengan dress kuning cair berserta aksesori lace pada kepala manakala Aiman seperti biasa segak dalam persalinan blazer dan seluar khaki.

 

 

Terdahulu pada hari raya pertama, mereka ‘terpisah’ seketika apabila Aiman meraikan Aidilfitri bersama keluarga di Kuala Lumpur manakala Zahirah sudah pulang ke Australia terlebih dahulu.

Apabila ditanya sama ada dia mempunyai rancangan untuk Australia dan menyambut Aidilfitri bersama keluarga Zahirah, Aiman sekadar memberi hint dan berkata, “InsyaAllah jika tiada rintangan.”

Itu minggu lalu, minggu ni dah naik pelamin tunang. Amboi amboi..

Aiman juga berkongsi pada minggu lalu bahawa dia ingin bercuti bersama keluarganya ke Perth pada Raya tahun ini memandangkan mereka sekeluarga tidak mempunyai kampung.

Nampaknya semua telahpun berjalan dengan lancar.

Apa-apa pun, REMAJA percaya baik Zahirah mahupun Aiman tidak ingin melakukan keputusan terburu-buru dan ingin mengambil one step at a time. Bukan saja kerana jadual masing-masing yang padat, malah disebabkan kedudukan keluarga Zahirah yang berada di Australia.

Again, congrats lovebirds!

 

IKLAN