Penyanyi bersuara emas, Marsha Milan dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara LaguKe-39 (AJL39), menerusi lagu balada, Hening Rindu, pada malam Ahad.
Kejayaan itu menyaksikan Marsha membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 serta trofi AJL39.
Dalam ucapan penuh sebak, Marsha meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada Tuhan serta semua pihak yang telah memberi sokongan.
“Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah… terima kasih kepada keluarga saya, terima kasih Alternate Records & Talents, terima kasih TV3 dan juga para peminat Marsha Milan,” katanya dengan penuh sebak.
Penyanyi itu turut mengucapkan terima kasih kepada komposer Hening Rindu, Ikhwan Fattana dan Wan Salleh, yang telah menghasilkan lagu tersebut.
Ads
“Tidak lupa juga saya ingin berterima kasih kepada komposer lagu Hening Rindu ini.
“Iaitu Ikhwan Fattana dan Wan Salleh untuk lagu yang sangat hebat ini. Ya, Alhamdulillah,” tambah Marsha.
Selain itu, komposernya, Ikhwan Fattana sempat menzahirkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T. atas rezeki yang diberikan dan menganggap kemenangan ini sebagai satu pencapaian besar dalam perjalanan seni.
Ads
“Untuk saya sebenarnya, ini adalah satu kegembiraan untuk semua pengkarya dan cita-cita setiap pengkarya.
“Semuanya ingin merangkul trofi AJL ini dan saya rasa amat bersyukur kerana ramai lagi komposer lagu yang lebih berbakat.
“Tetapi Alhamdulillah, malam ini sudah tertulis rezeki buat saya dan juga sahabat saya,” jelasnya dengan penuh bangga.
Tambah Ikhwan, dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong lagu tersebut.
Ads
“Yang terakhir, terima kasih saya ucapkan buat anda semua yang menyokong lagu Hening Rindu ini,” katanya.
Lagu Hening Rindu adalah hasil ciptaan Ikhwan Fattana dan Wan Salleh, dengan lirik yang juga ditulis oleh Wan Salleh. Lagu ini merupakan single ke-9 Marsha bersama Alternate Records & Talents.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika dahulu topik makanan sihat dipandang serong dek kerana kurangnya pendedahan dan seleksi menu yang mampu memancing perhatian. Kini, generasi remaja semakin giat mengatakan ya kepada gaya hidup berkhasiat malahan bisa membuatkan ramai terliur. REMAJA bersama zomato.com himpunkan lima kafe sihat yang wajib kamu cuba bulan ini.
1. Raisin’ The Roof Bukit Damasara
Menyediakan hidangan berasaskan sayuran dengan cara masakan Barat membuatkan sesiapa sahaja sanggup bertukar arah menjadi vegetarian! Antara menu wajib cuba adalah psitachio falafel wrap yang menggabungkan sayuran bersama mint yogurt di dalam roti tortilla. Jangan lupakan juga kek gluten-free chocolate lava yang merupakan antara best seller.
2. The Raw Power House Desa Sri Hartamas
Latar belakang pemilik yang mempunyai darah Jepun dan menetap di San Francisco memungkinkan percampuran cita rasa menu yang cukup unik di sini. Mulakan eksplorasi rasa dengan menu roti yang lengkap dengan topping pelbagai seperti salmon salai. Jangan lupa juga menu salad istimewa berkonsepkan mix and match! (seperti di dalam foto).
3. HALE Menara Hap Seng Kuala Lumpur
Tidak dapat melepaskan gian terhadap fast food? Perbaiki kandungan menu anda di HALE yang menawarkan seleksi makanan ringan dengan kualiti yang jauh lebih sihat. Paling mencuri tumpuan adalah mixed red rice with green curry chicken & pineapple salsa. Terliur bukan hanya pada nama saja? Paling penting, harganya makanan di sini cukup berpatutan.
4. Chai Bar Oasis Ara Damansara
Jika ramai yang mengatakan tidak kepada menu salad buat pengalas perut, pasti kamu tidak boleh katakan tidak kepada seleksi salad segar di Chai Bar. Dengan jumlah 75 jenis bahan dan 15 jenis sos dressing sudah memadai untuk menaikkan selera. Kamu wajib untuk mencuba menu fusion seperti salad ‘California Girls’ ala Jepun dan versi ‘Bibimbap’ mereka.
5. Epic Fit Meals Co Damansara Perdana
Khas buat yang tidak berkesempatan untuk keluar, Epic Fit Meals ada menawarkan khidmat delivery sepantas 30 hingga 45 minit. Makanan sihat tidak pernah terasa semudah ini. Terdapat beberapa pilihan menu yang diilhamkan dari lokasi antarabangsa seperti Hercules (Greece), Tex Mex (Mexico, duh) dan banyak lagi. Sos yang dicipta seperti barbeku, apple salsa dan tzatziki juga cukup unik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pempengaruh sensasi, Cik Epal terus mencuri perhatian apabila meluahkan keinginannya untuk mencuba bidang lakonan dan bukan sebarangan watak yang diidamkan.
Katanya kepada Remaja, Cik Epal mengakui bercita-cita untuk membawakan watak wanita ‘mengganyang’ penyondol sekiranya diberi peluang beraksi di layar perak.
“Saya nak cuba berlakon sebab saya sedar suara saya menyanyi biasa-biasa sahaja.
“Kalau buat lagu, masa rakaman kita boleh sunting suara. Tapi kalau berlakon, saya teringin nak pegang watak wanita yang ‘ganyang’ penyondol,” katanya jujur.
Cik Epal sebelum ini tampil dengan single sulung berjudul Cukup Sampai Sini sekitar Februari lalu. Namun, walaupun bidang nyanyian sudah diteroka, dia masih belum ‘move on’ daripada dunia seni.
Malah, dia turut berkongsi perancangan melancarkan lagu baharu hasil kolaborasi dengan penyanyi dan komposer, Aepul Roza. Namun, proses rakaman masih tertangguh dek kesibukan menguruskan perniagaan.
“Hal bayaran deposit semua sudah saya selesaikan, tapi saya sibuk uruskan bisnes jadi belum sempat rakam lagu baharu itu.
“Tapi lagu Aepul memang sedap,” katanya sambil ketawa kecil.
Nama Cik Epal sekali lagi menjadi bualan selepas diumumkan sebagai pemenang kategori Selebriti Trending Terhangat di Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025), baru-baru ini.
Kemenangan itu dianggap cukup manis apabila dia berjaya mengetepikan barisan nama besar industri hiburan seperti Diana Danielle, Bella Astillah, Syed Saddiq, Alya Iman, Emma Maembong, dan ramai lagi.
Dalam pada itu, Cik Epal turut berkongsi sisi kehidupannya yang kini lebih tenang selepas bergelar ibu tunggal usai penceraian dengan bekas suami, Jofliam, tahun lalu.
“Saya semakin tenang. Bila kembali solo, saya hanya fokus pada diri sendiri dan anak-anak.
“Kita tak ada gangguan lain yang boleh buat saya ‘overthinking’, semua dah tak ada, jadi saya lebih tenteram,” ujarnya mengakhiri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penangan K-Drama memang memberi impak yang besar bukan sahaja di Korea, malah di negara kita sendiri pun mempunyai ramai pengikut setia yang sering menantikan drama-drama terbaru mereka.
Terbaru, The World Of The Married telah mencipta sekali lagi fenomena di kalangan peminat K-Drama. Bertemakan hubungan curang dan balas dendam, drama ini merekodkan rating tertinggi iaitu 6.63% semasa episod pertama, sekali gus mencipta sejarah di saluran JTBC.
Malah, drama ini juga semakin menjadi ‘kegilaan’ apabila setiap episod yang ditayangkan pasti menjadi trending di media sosial. Buktinya, selepas episod 6 ditayangkan, The World Of The Married meraih satu angka yang mengejutkan sehingga memecah rekod peribadinya.
Purata rating yang dicatatkan ialah 18.8% di seluruh negara dan 21.4% bagi kawasan metropolitan Seoul. Ia adalah satu angka yang mengagumkan bagi drama saluran berbayar.
Tambahan lagi, baru sahaja memasuki episod 6, ia sudah berjaya mengalahkan rating terbaik drama Itaewon Class yang direkodkan semasa episod terakhirnya iaitu 16.5% di seluruh negara. Secara tidak langsung, The World Of The Married berada di tangga kedua dalam sejarah saluran JTBC, selepas drama SKY Castle (23.78%) yang memegang rating tertinggi, bukan sahaja bagi saluran tersebut malah untuk seluruh saluran kabel.
Drama ini merupakan adaptasi drama UK terbitan BBC ONE- Doctor Foster. Namun, versi Korea ini mungkin adalah olahan tersendiri untuk disesuaikan dengan masyarakat disana. The World Of The Married mengisahkan tentang Ji Sun Woo adalah doktor perubatan. Dia berkahwin dengan Lee Tae Oh dan mereka mempunyai anak lelaki. Dia seolah-olah mempunyai segala-galanya, termasuk kerjaya yang berjaya dan keluarga yang bahagia, tetapi dia dikhianati oleh suaminya.
Ha, tak sangka tema curang ni masih menjadi pilihan penonton ya. Tak sabar nak tunggu episod akhir.