
Walaupun belum di tayangkan di televisyen Malaysia, sudah ramai yang menonton drama Gantung The Series melalui media sosial.
Nama Ikmal Amry menjadi bualan apabila watak Ray yang dipegang olehnya berjaya mencuri perhatian penonton.
Mana tidaknya, daripada jumlah followers yang hanya lebih kurang 190,000 di Instagram naik mendadak sebaik saja drama itu mular tular.

Jejaka kelahiran Melaka yang merupakan Top 7 Hero Remaja 2017 ini memang dari dulu lagi menjadi antara finalis favourite dan pernah juga membintangi drama Mencintaimu Mr Photographer bersama Syafiq Kyle.
Rasanya mesti ramai lagi nak mengenali jejaka kacak ini dengan lebih dekat kan? Jom kami bongkarkan 10 perkara tentang Ikmal Amry yang mungkin korang tak tahu.










Nah, kami belanja korang gambar ‘Ray’ dalam Gantung The Series.




Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Persiapan Abang Polis Untuk Hari Kemerdekaan, Finalis Hero Remaja 2017 Irfan Akmal Tak Terkecuali

Semua telah sedia maklum, minggu ini sememangnya padat dengan pelbagai jenis acara besar yang berlangsung di sekitar Kuala Lumpur.
Bermula dengan perlawanan akhir antara Malaysia dan Thailand semalam yang berakhir dengan…..okay takpelah, kita lupakan dulu episod tu. Kemudian, pada malam ini telah berlangsungnya upacara penutupan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan pada esok harinya, kita akan menyambut Hari Kemerdekaan ke 60.
Tahniah Malaysia, you have turned 6 series!
Dalam kemeriahan tersebut, salah satu pasukan yang dalam diam sedang berkerja bertungkus-lumus untuk memastikan keselamatan acara-acara ini terjamin tak lain tak bukan ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Bagi yang masih belum tahu, salah seorang daripada finalis Pencarian Hero Remaja 2017 kali ini juga merupakan seorang anggota polis di Bukit Aman. Berusia 23 tahun, Irfan Akmal Akasah atau mesra dipanggil Irfan memang tak menang tangan sepanjang minggu ni.
REMAJA sempat mencuri sedikit masa Irfan untuk bertanya mengenai persiapannya esok bersama ahli pasukan yang lain. Hhm, kena kawad ke Irfan….?

Sempena perarakan Hari Kemerdekaan esok, apakah tugasan yang dipikul oleh Irfan?
Seawal jam 6.00 pagi esok, saya sudah perlu standby di perkarangan Masjid Negara kerana kami dijadualkan untuk berkumpul di situ. Kami perlu mempersiapkan diri dari segi pakaian dan peralatan sebelum memulakan perarakan polis pada jam 9.00 pagi.
Dari Masjid Negara, saya bersama komando dan ahli polis lain akan bergerak menuju ke kompleks SOGO. Sepanjang perjalanan itu, saya akan melalui kawasan Dataran Merdeka semasa upacara berlangsung.
Pasukan saya esok terdiri daripada 30 orang kesemuanya. 10 orang dari STAFOC (Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang), 10 orang dari STAGG (Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme) dan 10 orang dari STING (Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik). Tugasan kami semua adalah untuk memantau keadaan sekeliling sempena Hari Kemerdekaan dalam bentuk formasi berjalan.
Apa yang akan terjadi setelah tiba di kompleks SOGO?
Selepas sampai di sana, kami akan menunggu arahan baru dari pegawai atasan. Arahan itu sebenarnya tak tentu. Kadangkala, kami diarahkan untuk berkumpul dulu, menjaga tempat atau perlu ke tempat lain.

Apakah pakaian yang akan Irfan sarungkan esok?
Esok, kami semua akan memakai full gear yang terdiri daripada safety helmet, black halt (sarung tangan), baju kalis peluru, but operasi dan sebagainya. Total untuk satu badan itu boleh mencecah enam ke tujuh kg beratnya.
Ya, berat! Tapi saya sudah terbiasa kerana saya perlu memakai benda yang saya semasa operasi lain. Antara saya dan ahli polis senior yang lain, tak ada perbezaan dari segi pakaian untuk esok. Semuanya sama saja.
Berapa lama persediaan pasukan polis untuk Hari Kemerdekaan esok?
Tak lama, hanya sekitar seminggu. Kami hanya berlatih untuk formasi berjalan dan berikan tanda hormat kepada VVIP esok. Jika kemungkinan berlakunya kekecohan, pihak PDRM memang sudah lama berlatih untuk menghadapi kemungkinan tersebut. Itu latihan biasa untuk saya.

Vote Untuk Irfan Akmal
Tak sabar pula nak tengok siaran langsung Hari Kemerdekaan esok, mana tahu ternampak pula muka Irfan dalam TV. Hehe..
Jangan lupa untuk mengundi Irfan Akmal secara online di http://www.remaja.my/irfan-akmal/ . Support abam polis okay dalam Pencarian Hero Remaja 2017!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas 2 Episod Tanpa Penyingkiran, Azri & Azim Peserta Pertama Meninggalkan Hero Remaja 2020

Selepas dua minggu tanpa penyingkiran dalam Hero Remaja 2020, episode 3 menyaksikan kejutan apabila dua finalis telah tersingkir, iaitu Azri dan Azim menerusi cabaran ketahanan mental dan fizikal.
Bertempat di Pusat Latihan Kepimpinan UPNM Kem Kongkoi, Negeri Sembilan, 12 finalis Hero Remaja 2020 dibawa untuk menjalani mini dan maxi challenge yang berlangsung selama dua hari. Langsung tidak terfikir apakah cabaran yang akan dilakukan kali ini, kesemua finalis sebelum itu telah pun diberi ‘hint’ untuk mempersiapkan diri dari segi kecergasan dan kecerdasan bagi menjalani sesi penggambaran yang seterusnya.

Menampilkan pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2017, Harris Annuar sebagai juri jemputan bagi Mini Challenge, peserta diuji dengan tugasan memasak yang memerlukan mereka menyiapkan hidangan ayam sebagai menu utama. Finalis diberikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan Hitam yang dianggotai oleh Tom, Jabir, Azri, Hariz, Jazmy dan Umar, manakala kumpulan Merah, Imran, Meerqeen, Haziq, Azim, Nadhir dan Aniq. Mereka perlu melakukan cabaran daripada menangkap ayam, menyembelih dan seterusnya memasak.
Cabaran ini telah dimenangi oleh kumpulan Merah yang diketuai oleh Imran Aqil dan disebabkan itu, dia mempunyai kelebihan untuk memilih rakan sepasukannya dan menentukan ahli pihak lawan untuk bersaing dalam Maxi Challenge.

Uji tahap fizikal Hero Remaja
Bagi Maxi Challenge pula, peserta perlu menempuh 11 cabaran berhalangan yang disediakan secara berkumpulan, tetapi jumlah masa yang diambil bagi menyempurnakan kesemua cabaran tersebut dinilai secara individu.
Antara halangan yang perlu dihadapi adalah monkey jump, meniti jambatan gantung, merangkak di bawah dawai besi dan banyak lagi. Kali ini, mereka diadili oleh juri jemputan, Fizo Omar.


Pergh, memang betul-betul menguji fizikal cabaran kali ini kan?
Kali ini kemenangan berpihak kepada kumpulan Hitam.
Malam penyingkiran beri kejutan
Situasi penyingkiran agak tegang apabila juri Dato’ Hans Isaac tidak begitu berpuas hati melihat sikap para finalis yang dilihatnya bersaing secara kumpulan dan bukannya individu.
“Cabaran kali ini memang lebih mencabar. Ada yang menunjukkan prestasi yang baik dan begitu juga sebaliknya. Cuma apa yang saya tidak faham apabila mereka seperti tidak mahu menang kerana dari awal sudah dimaklumkan bahawa penilaian Maxi
Challenge dibuat secara individu. Bukan tidak boleh bekerjasama tetapi mereka juga perlu faham tentang objektif untuk menang,” kata Dato’ Hans.
Kelebihan dimiliki oleh Tom dengan memperoleh masa terpantas, namun peserta ini juga turut ditegur kerana dilihat meninggalkan rakan sepasukan yang lain ketika menyempurnakan kesemua halangan.

Walau bagaimanapun, pemuda kelahiran Sarawak ini mempunyai perancangannya tersendiri, iaitu 7 halangan pertama dia bergerak seiring dengan yang lain, manakala 4 halangan terakhir dia perlu pantas untuk rekod masa individunya.
Malam penyingkiran menjadi lebih hangat apabila Scha Alyahya turut menegur Jabir Meftah apabila dua episod dan 4 cabaran yang telah dilalui, Jabir menerima banyak aduan dari peserta tentang attitudenya yang dianggap over confident.

Juri membuka ruang jika ada peserta yang ingin meluahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap Jabir dan beberapa finalis lain, turut membuat pengakuan tentang personalitinya itu.
Fuh, memang tegang situasi malam itu tetapi semuanya dilakukan untuk masing-masing memperbaiki diri serta belajar daripada kesilapan.
Namun begitu, Aniq, Imran, Azri dan Azim menduduki empat tangga terbawah dan sekali gus juri telah mengumumkan bahawa Azri dan Azim yang bakal meninggalkan Hero Remaja 2020.


Bagaimana pula agaknya cabaran yang akan mereka tempuhi dalam episode akan datang? Jangan lupa saksikan episod keempat Hero Remaja 2020 pada hari Khamis hadapan, jam 9 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD. Ikuti juga segala update terbaru Hero Remaja 2020 menerusi #HeroRemaja2020 di Instagram @majalahremaja.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nazrief Nazri Seru Masyarakat Ambil Vaksin Influenza Selepas Kehilangan Keluarga Terdekat

Pelakon popular Nazrief Nazri baru-baru ini menyeru orang ramai agar mengambil vaksin influenza sebagai langkah pencegahan selepas beliau kehilangan dua ahli keluarga terdekat akibat jangkitan virus tersebut.
Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, Nazrief atau nama sebenarnya Mohamad Nazrief Mohamad Nazri (34) menjelaskan kejadian menyedihkan itu berlaku apabila pasangan suami isteri dalam keluarganya meninggal dunia selang seminggu antara satu sama lain akibat jangkitan influenza.
“Keluarga terdekat saya baru meninggal dunia, suami dan isteri selang seminggu. Punca? Influenza. Meninggalkan anak-anak kecil 4 orang bawah 12 tahun”
“Moral of the story. Sila ambil vaksin influenza. Tak mahal pun. Dalam RM70 saja setahun. Semoga kita dijauhi penyakit-penyakit berbahaya. Amin. Al-Fatihah,” katanya.

Kepentingan Vaksin Influenza
Perkongsian Nazrief Nazri mengenai vaksin influenza mendapat perhatian ramai pengguna media sosial yang bersimpati dengan tragedi menimpa keluarganya. Ramai bersetuju dengan mesej penting yang disampaikan tentang kepentingan pencegahan melalui vaksin tahunan ini.
Menurut salah seorang pengguna Threads, @sarazane88, “Salam takziah. Kesan dia lagi teruk dari Covid kan, ambillah vaksin. Banyak klinik buat promosi sekarang.”

Manakala ada juga pengguna lain yang menasihatkan masyarakat supaya mengambil vaksin sebagai langkah berjaga-jaga kerana rawatan selepas dijangkiti influenza boleh menelan kos tinggi.
“Sebaiknya ambil vaksin sebagai pencegahan. Influenza kalau kena, ujian swab saja dah RM100+, belum masuk Tamiflu dan ubat-ubat lain. RM300 memang tak lari kosnya,” jelas seorang pengguna lain.
Perspektif Keagamaan Tentang Vaksin Influenza
Namun begitu, terdapat juga komen yang menilai isu ini dari sudut keagamaan dengan berpendapat bahawa tidak seharusnya terlalu bergantung kepada vaksin. Sebaliknya, mereka percaya bahawa setiap perkara yang berlaku adalah ketentuan Tuhan.
Menjawab perkara itu, Nazrief tampil dengan penjelasan yang matang dan tenang:
“Dalam Islam pun kita diajar untuk berusaha dan berdoa. Bukan doa saja lepas itu tak buat apa-apa. Vaksin itu ikhtiar untuk kita lindungi diri dan keluarga. Tak salah pun,” ujarnya.

Pengalaman Peribadi Pesakit Influenza
Selain itu, pengguna bernama Aatikah Fikri turut berkongsi pengalaman peribadinya berdepan jangkitan influenza yang disifatkan lebih teruk daripada Covid-19. Menurutnya, beliau menggigil satu badan, hilang selera makan dan kehilangan deria selama sebulan.
Pengalaman tersebut membuktikan bahawa influenza bukan sekadar selesema biasa, malah boleh mendatangkan komplikasi serius jika tidak dicegah awal.

Pelaburan Kecil Untuk Kesihatan
Perkongsian Nazrief Nazri yang juga merupakan finalis Hero Remaja 2011/12 ini membuka mata orang ramai tentang bahaya influenza dan pentingnya langkah pencegahan melalui vaksin influenza. Dengan kos serendah RM70 setahun, vaksin ini wajar dianggap sebagai pelaburan kecil untuk kesihatan yang besar impaknya.
Langkah bijak mengambil vaksin influenza bukan sahaja melindungi diri, tetapi juga ahli keluarga dan masyarakat sekeliling daripada risiko jangkitan. Kesedaran seperti ini diharap dapat mendorong lebih ramai mengambil tindakan proaktif demi kesihatan bersama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!


