Sosialit dan usahawan terkenal, Kim Kardashian sudah melalui bertahun-tahun pengalaman bereksperimen dengan trend fesyen dan solekan. Adakala ia menjadi dan tidak kurang juga beberapa kali di mana Kim tersasar jauh dari trek berdasarkan pemerhatian pengkritik fesyen.
Dengan percubaan tersebutlah, Kim kini dianggap sebagai salah seorang selebriti Barat yang mempunyai momen ikonik dengan pemilihan fesyennya.
Lihat sajalah setiap kali beliau dijemput ke acara fesyen tahunan Met Gala yang dianjurkan oleh Vogue Amerika Syarikat dan muzium Met New York. Dari dulu lagi stail yang disarungkan oleh Kim akan menjadi topik perbualan termasuklah pada edisi tahun lalu di mana Kim telah mewakili jenama Balenciaga.
Korang tentu ingat lagi akan busana serba hitam ala ninja yang menutupi seluruh bahagian badan Kim termasuklah wajahnya.
Kim Kardashian bersama adiknya, Kendal Jenner di Met Gala 2021.
Disebabkan keberanian Kim untuk menyahut ‘cabaran’ berjalan dengan wajahnya tertutup atas nama fesyen, Kim telahpun menjadi mangsa meme selama berbulan-bulan. Ada yang menganggap dia kelihatan seperti karakter Dementor dalam filem Harry Potter dan ada juga yang menyamakan Kim dengan visual dalam animasi Pokemon.
Ads
Semua orang termasuk kami sendiri beranggapan ia adalah satu lagi eksperimentasi Kim agar seluruh dunia bercakap mengenainya. Rupa-rupanya, busana tersebut bukanlah pilihan pertamanya dan Kim sendiri enggan memakainya.
Dalam temubual bersama majalah Vogue edisi Mac 2022, Kim bercakap mengenai pemilihan idea tersebut setelah dia diyakinkan oleh Balenciaga dan pengarah kreatifnya, Demna Gvasalia.
“(Pada mulanya) saya menentang. Saya tidak tahu bagaimana rupa saya sekiranya dipakaikan topeng sebegitu. Mengapa saya ingin menutup muka sepenuhnya?
Ads
“Tetapi mereka yakinkan saya bahawa ini adalah acara kostum gala. Ini bukannya parti Vanity Fair di mana semua orang perlu menunjukkan muka yang cantik. (Met Gala tahun lalu) mempunyai tema dan tetamunya diwajibkan memakai pelitup muka (selain di karpet merah). Jadi wujudlah idea tersebut,” katanya.
Biarpun wajah Kim langsung tidak kelihatan sewaktu berjalan di karpet merah, Kim masih melantik pasukan jurusolek untuk mempersiapkan solekannya di bawah topeng tersebut.
Selain busana Balenciaga itu, Kim juga sanggup berbelanja besar demi tocang palsunya sepanjang 75 inci itu yang dikatakan bernilai USD10,000.
Ads
Agaknya, entah apalah idea Kim bagi acara Met Gala seterusnya?
Adakah gayanya sekali lagi akan dicedok oleh pelakon terkenal, Rozita Che Wan seperti yang dilakukannya di sebuah acara fesyen di Kuala Lumpur, tahun lalu?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai yang tidak selesa bila badan mulai panas. Ditambah batuk dan selsema yang hadir dalam pakej yang sama.
Bagi yang bekerja, kita akan bertemu doktor untuk dapatkan ubat selain surat sijil sakit. Masalah batuk, selesema dan demam ini adakalanya melarat ke dua tiga hari. Paling kasihan jika melibatkan kanak-kanak.
Ternyata perkongsian dari Public Health Malaysia mengenai khasiat GARAM yang mana ia merupakan penawar bagi demam, batuk dan selsema buatkan terfikir-fikir tentang khasiatnya.
Garam kasar selalu digunakan dalam masakan gulai. Apa kata lepas ini beralih kegunaan sebagai agen antibiotik. Boleh juga guna garam halus
Baca perkongsian ini.
Sekiranya anda mengalami demam selsema ( demam/ batuk/ sakit tekak/ selsema), air garam merupakan antara rawatan yang berkesan dan mudah.
Bagaimana ia bertindak?
Sel tubuh akan menggunakan klorida dari garam untuk menghasilkan hypoclorus acid , iaitu cecair peluntur yang berfungsi sebagai pemusnah virus.
Untuk masalah selsema, titiskan air garam di hidung. Selain membunuh virus, ia juga berfungsi sebagai agen mencairkan mukus pekat yang menyumbat saluran pernafasan.
Bagi gejala sakit tekak dan batuk, kumur air garam 3 kali sehari untuk melegakan gejala dan merawat jangkitan.
Hasil kajian ringkas penyelidik mendapati, dengan menggunakan kaedah ini,
– jangkitan dapat sembuh lebih pantas dalam tempoh kurang 2 hari.
– risiko menyebarkan kuman kepada orang lain di kurangkan
– dapat mengelakkan dari perlu mendapatkan rawatan di klinik dan menjimatkan kos
– dapat mengelakkan penyalahgunaan antibiotik
Secara purata, seorang individu akan mengidap demam selsema 3 kali setiap tahun. Selain menyebabkan rasa tidak selesa, komplikasi serius seperti pnemonia juga boleh berlaku.
Dapatkan pemeriksaan lanjut jika masih tidak sembuh atau keadaan semakin teruk.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kreatif dan berseni, itu yang boleh penulis gambarkan tentang kostum nasional yang digayakan oleh wakil Malaysia ke pertandingan Miss Grand International 2023, Kash Bhullar.
Pada sesi persembahan kostum nasional, gadis berusia 22 tahun ini telah menggayakan kostum nasional rekaan Ain Mohamed yang diinspirasikan daripada Bunga Telur yang menjadi satu tradisi dalam majlis perkahwinan orang Melayu.
Dalam satu hantaran di Instagram, Miss Grand Malaysia 2023 ini menerangkan tentang kisah di sebalik inspirasi kostum nasional yang digayakannya.
“Dalam adat Melayu, telur yang ada dalam bunga telur mewakili kesuburan. Oleh itu ia dianggap sebagai mendoakan agar sesuatu pasangan beroleh kesuburan dan diberikan zuriat dalam masa terdekat.
“Namun, ada juga yang memecahkan tafsiran bunga telur iaitu Bunga pahar adalah kuntuman bunga yang diikat pada telur dan dipacak pada pulut kuning di kiri dan kanan mempelai manakala bunga telur pula sebagai buah tangan yang diberikan kepada para hadirin yang datang bertandang ke majlis perkahwinan,” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Acara akhir Miss Grand International 2023 bakal berlangsung pada malam 25 OKtober 2023 ini bertempat di Stadium Tertutup Phu Tho, Ho Chi Minh, Vietnam.
Imbas kembali, Malaysia telah menghantar wakil ke pertandingan ini sejak edisi pertama lagi pada 2013. Setakat ini wakil negara sudah berjaya tembus ke peringkat top 20 sebanyak dua kali pada tahun 2016 dan 2021 menerusi perwakilan Ranmeet Jassal dan Lishalliny Kanaran.
Manakala pada tahun 2020, Jasabel Robert berjaya tembus ke kedudukan top 10 apabila memenangi segmen Fan Vote. Adakah Kash akan berjaya menempatkan diri dalam kalangan 20 terbaik? Sama-sama kita nantikan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak mempertaruhkan bakat yang dimiliki dengan mengorak langkah menyertai America’s Got Talent, baru-baru ini, nama penyanyi yang sedang meningkat naik, anak kelahiran Indonesia Putri Ariani semakin menjadi sorotan dan bualan ramai.
Sedar nama baiknya kini sering meniti bibir ke bibir orang ramai, gadis kelahiran negara seberang, Indonesia itu memberitahu, dirinya juga harus menuntut soal kepentingan merawat kulit wajah.
Dek kerana dia kini sering tampil dalam layar skrin dan bertemu khalayak, Putri Ariani berkongsi cara penjagaan wajah, dengan hanya melakukan rawatan kulit di rumah bersama ibunya.
“Kulit wajah yang bersih kini menjadi sebahagian tuntutan kerja saya. Sebagai remaja saya juga alami masalah hormon dan banyak jerawat.
“Saya jarang ke klinik tapi selalu buat buat rawatan wajah di rumah sahaja dengan mama,” ujarnya.
Memperoleh rezeki yang tak disangka, terbaharu gadis berusia 17 tahun itu ‘dilamar’ sebuah jenama kecantikan Indonesia sebagai duta bagi produk kecantikan mereka.
Sekadar info, Putri Ariani, penyanyi muda cacat penglihatan dari Indonesia yang mencipta fenomena tersendiri dalam pertandingan realiti America’s Got Talent (AGT), tidak pernah menyangka impiannya untuk menjadi penyanyi di Amerika Syarikat menjadi kenyataan.
Berkongsi tentang rezekinya selepas menjadi fenomena, Putri mengakui sentiasa bersyukur dan menikmati saat manis yang sedang dilaluinya dan tidak henti berusaha menjadi lebih baik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!