Yohan Top Secret (TST) Meninggal Dunia, Punca Kematian Dirahsiakan

Share

Seorang demi seorang bintang Kpop meninggalkan kita. Terkini Idol Kpop, ahli kumpulan K-Pop Top Secret (TST), Yo-han atau nama sebenarnya Kim Jeong-han yang dikhabarkan telah meninggal dunia pada 16 Jun.

Baru berusia 28 tahun, namun lelaki ini sudah pun pergi meninggalkan dunia ini.

Industri Kpop Berduka

Hal ini disahkan oleh agensi yang mewakili kumpulan itu, KJ Music Entertainment, mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun punca kematiannya dirahsiakan atas permintaan keluarga mendiang.

Ahli kumpulan Top Secret ini dikatakan sangat aktif dalam berkomunikasi dengan peminatnya kerana sering memuat naik gambar dan video di laman media sosial. Idola ini juga turut melahirkan rasa gembira dengan aktiviti seninya baru-baru ini.

Mula menceburi bidang seni pada tahun 2017, Top Secret mempunyai beberapa lahu popular seperti “Mind Control”, “Love Story”, “Paradise” dan banyak lagi.

Berita ‘kehilangannya’ ini yang tersebar secara tiba-tiba ini nyata membuatkan ramai peminat domestik dan juga luar negara yang terkejut.

Salam takziah.

Sumber : Astro Awani

IKLAN