Lebih-lebih lagi apabila korang mengambil kursus yang mencabar. Mungkin itulah yang dilalui oleh seorang pelajar lelaki berusia 24 tahun di Daerah Segamat, Johor yang cuba mengambil nyawa sendiri dengan membakar diri di sebuah stesen minyak.
Kejadian yang berlaku sekitar jam 8 malam pada 17 April itu dimaklumkan polis bahawa pelajar itu telah menyiram seluruh badannya dengan petrol dan menyalakan dirinya dengan pemetik api di sebuah stesen minyak di Jalan Ibrahim, Segamat.
Pemilik stesen minyak itu menyelamatkan pelajar itu dengan memadamkan api menggunakan alat pemadam api. Video kejadian itu, yang telah tersebar dalam talian, menunjukkan api sedang dipadamkan.
Cubaan Kedua Selepas Diselamatkan
Selepas api dipadamkan, polis berkata pelajar itu kemudiannya melarikan diri dan duduk di tengah jalan dalam satu lagi cubaan membunuh diri. Seorang pemandu lori sempat memberhentikan kenderaannya tepat pada masanya untuk mengelak daripada merempuh lelaki tersebut.
Ads
Bagaimanapun, sebuah kereta di belakang hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang lori sehingga menyebabkan kemalangan.
70% Badan Melecur
Menurut polis, pelajar itu akhirnya dihantar ke Hospital Segamat melalui ambulans untuk menerima rawatan. Seorang doktor mengesahkan bahawa kira-kira 70 peratus daripada badan pelajar itu melecur.
Ads
Dia kini masih berada di hospital untuk menerima rawatan lanjut. Siasatan awal mendapati pelajar itu cuba membunuh diri selepas dia gagal dalam peperiksaan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang buat kali ketiga.
“[Pelajar itu] malu untuk berdepan dengan keluarganya dan ini menyebabkan dia cuba membunuh diri,” kata polis.
Siasatan terhadap punca sebenar kejadian masih diteruskan. Polis juga telah memulakan siasatan di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan. Di bawah Seksyen undang-undang ini, sesiapa yang cuba membunuh diri boleh dipenjara sehingga setahun, denda, atau kedua-duanya sekali.
Ads
Jangan mengecam tanpa berfikir, mungkin pelajar ini ada alasannya sendiri kenapa beliau bertindak sedemikian. Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk beliau.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, pelakon yang membawa watak Gellert Grindelwald, Johnny Depp diminta untuk berundur oleh Warner Bros untuk membawa watak itu di dalam Fantastic Beasts 3 gara-gara beliau tewas dalam kes saman fitnah tabloid The Sun mengenai artikel yang mendakwa bahawa dirinya seorang kaki pukul.
Kredit foto: nocookie.net
Depp sudah menyelesaikan sehari penggambaran filem spin off Harry Potter itu di London pada 20 September dan dilaporkan akan tetap menerima gaji penuh daripada Warner Bros walaupun tidak lagi terbabit dalam filem tersebut.
Kini, Deadline melaporkan bahawa bintang Hannibal, Mads Mikkelsen telah dipilih secara rasmi oleh Warner Bros untuk mengambil alih peranan antagonis utama dalam filem Fantastic Beasts 3 itu.
Kredit foto: Nordisk Film
Sebelum ini, pengarah David Yates telah pun mengeluarkan senarai nama-nama pelakon yang berpotensi menggantikan Depp, namun Mads Mikkelsen menjadi pilihan utamanya.
Fantastic Beasts 3 menyaksikan pemenang Oscar Eddie Redmayne kembali sebagai Newt Scamander, bersama-sama Katherine Waterston sebagai Tina Goldstein, Dan Fogler sebagai Jacob Kowalski, Alison Sudol sebagai Queenie Goldstein, Ezra Miller sebagai Credence, Jude Law sebagai Albus Dumbledore, dan Jessica Williams sebagai Profesor Eulalie Hicks.
Filem ini kini sedang menjalani penggambaran di United Kingdom dan dijadualkan akan ditayangkan pada musim panas tahun 2022.
Kontroversi melanda syarikat pakaian sukan dan lifestyle terkenal, Nike apabila melancarkan kasut dengan tema syaitan, Satan Shoes. Kasut custom ini yang dihasilkan oleh jenama dari Brooklyn, MSCHF.
Yang mengemparkan dunia apabila kasut kolabrasi bersama penyanyi Lil Nas X ini dikatakan dihasilkan mengunakan darah manusia. Untuk info kasut ini juga merupakan salah satu item yang dihasilkan khas bersempena pelancaran video muzik Montero (Call Me By Your Name) oleh penyanyi itu.
Sumber : nytimes.comSumber : nytimes.com
Dihasilkan terhad dengan hanya 666 set, sudah tentu kasut tema syaitan ini dihiasi dengan grafik seram pada kotak serta logo pentagram pada kasut tersebut. MSCHF turut mendakwa bahagian bawah kasut ini turut mengandungi titisan darah manusia sebenar yang dicampur dengan cat berwarna merah. Namun menurut laporan, ‘The Satan Shoes’ ini habis dalam masa kurang dari satu minit.
Walaubagaimana pun, gimik berkenaan nampaknya tidak disukai oleh Nike. Menurut wakil mereka, Nike tidak pernah mengeluarkan sebarang kebenaran untuk MSCHF menghasilkan kasut dengan tema Syaitan ini. Nike turut dikecam kerana disangka terlibat dengan memberi kebenaran kepada MSCHF untuk menghasilkan model kontroversi ini.
Justeru itu, Nike telah mengeluarkan saman terhadap MSCHF kerana mengeluarkan produk yang jelas mengelirukan pengguna. Namun, Lil Nas X membalas berita mengenai saman itu dengan meme di laman twitternya, seperti bagaimana dia menjawab kritikan terhadap video muzik lagu itu.
Untuk pengetahuan korang, ini bukan pertama kali Lil Nas X buat hal. Sebelum ini MSCF pernah menghasilkan model ‘Holy’, kasut bertema ketuhanan di mana lengkap dengan tanda salib serta holy water dimasukkan di bahagian bawah tapak kasut. Semoga kontroversi ini dapat diselesaikan dengan baik.
Satu lagi berita yang mendukacitakan apabila pelakon suara animasi Pokemon, Kumiko Okae telah meninggal dunia akibat COVID-19 di usianya 63 tahun.
Menurut Next Shark, pelakon wanita itu dilaporkan menghadapi komplikasi radang paru-paru yang disebabkan oleh virus tersebut dan meninggal dunia pada 23 April lalu.
Dikenali dengan watak Pegawai Jenny dalam filem Pokemon: Lucario and the Mystery of Mew, Okeo juga merupakan seorang pelakon dan penyampai televisyen yang popular di Jepun.
Sejak membuat kemunculan sebagai seorang pelakon pada tahun 1975, Okeo muncul dalam drama dan variety show seperti Renso Game di siaran NHK. Dia juga turut mengacarakan rancangan pagi, Hanamaru Market dari tahun 1996 hingga 2014 di Tokyo Broadcasting System Television Inc.
Okeo dilaporkan mengalami demam pada 3 April dan keadaannya bertambah buruk selepas tiga hari kemudian. Dia dibawa ke salah sebuah hospital di Tokyo dan kemudiannya disahkan positif COVID-19.
Pihak pengurusannya juga memberitahu bahawa Okea telah menerima terapi radiasi dari Januari hingga Februari lalu, setelah didiagnos menghidapi kanser payudara pada akhir tahun lalu.
Difahamkan lagi, sistem imun dalam badannya semakin lemah akibat terapi dan disebabkan itu keadaan pelakon tersebut menjadi lebih teruk selepas dijangkiti virus korona.
Takziah kami ucapkan kepada keluarga mendiang. Pastinya dunia penyiaran dan anime terkesan dengan kehilangan bakat mendiang dalam industri seni di Jepun.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...