Indonesia Catat 227 Kes & Meninggal 19 Orang COVID-19, Ini Kita Bimbangkan Tentang Ijtimak Tabligh Seasia

Share

Covid-19 yang diisytihar sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)  nyata masih belum menunjukkan akan reda buat masa ini.

Jika kes postif Covid-19 di Malaysia dilaporkan semakin meningkat iaitu kepada 790 kes dengan dua kematian diumumkan tetapi di Indonesia kes yang dicatat adalah 227 kes tetapi kadar kematiannya sangat tinggi.

Menurut jurucakap pemerintah bagi kes Covid-19 Indonesia, Achmaf Yurianto angka pertambahan pesakit dilihat mula meningkat.

Jumlah yang meninggal akibat virus corona ini adalah 19 orang,” katanya seperti dilaporkan Tempo.Co.

Jumlah kematian paling tinggi datang dari Jakarta dengan 12 orang, diikuti Bali 1 orang, Banten (1), Jawa Barat (1), Jawa Tengah (2), Jawa Timur (1) dan Sumatera Utara 1 orang.

Jujurnya inilah kita bimbangkan bila perhimpunan tabligh seasia diadakan di Indonesia pula kerana sudah terbukti gelombang kedua di Malaysia berpunca dari pertemuan di Masjid Seri Petaling sebelum ini. Namun lega kerana sudah dibatalkan. Buat masa ini mereka akan dikuarantin.

Sumber : Tempo.Co

IKLAN