Personaliti media sosial dan model, Dahlia Rizal menzahirkan kesyukuran apabila suami tercinta yang juga pelakon, Imran Aqil berjaya memiliki sebuah kereta elektrik jenama Build Your Dreams (BYD).
Menerusi perkongsian di platform TikTok miliknya, Dahlia dilihat memuat naik video menunjukkan dalaman dan luaran kereta milik suaminya yang berona putih.
“Kereta baru suami! Alhamdulillah atas rezeki ini,” katanya.
Ads
Dalam pada itu, Dahlia turut berterima kasih kepada orang ramai yang sentiasa memberi sokongan buat bekas peserta Hero Remaja itu sehingga berjaya membeli sebuah kereta baharu yang setelah lamanya diidamkan.
“Alhamdulillah! Terima kasih kepada semua yang membantu Imran menjayakannya, untuk sokongan dan sayang anda,” coretnya lagi.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut turut menumpang gembira atas kejayaan tersebut selain menitipkan doa buat pasangan berkenaan agar sentiasa dimurahkan rezeki.
Terdahulu, Dahlia berkongsi berita gembira apabila dirinya berjaya memiliki sebuah kereta mewah jenama Mercedez-Benz.
Ads
Sekadar info, pasangan merpati dua sejoli itu selamat mendirikan rumah tangga pada tanggal 10 september tahun lalu, selepas setahun mengikat tali pertunangan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sebaik sahaja Live Nation mengumumkan penyanyi rap meningkat naik, Bunga Isme sebagai artis pembuka tirai (opening) konsert Coldplay: Music of the Spheres World Tour pada November depan, pelbagai komen dilayangkan di seluruh media sosial.
Ramai yang memberi respons tidak mengenalinya hingga sanggup melontarkan ayat kurang manis atau dalam erti kata lain, umpama cuba ‘membunuh’ semangat bintang berjiwa besar itu.
Dalam menerima kritikan netizen, penyanyi lagu popular Intan Payung itu bagaimanapun turut menerima reaksi positif dalam kalangan peminat dan rakan artis di media sosialnya.
Rata-rata warganet tampil melayangkan ucapan tahniah selain menumpang rasa bangga atas pencapaian penyanyi berusia 23 itu.
Sekadar informasi, kumpulan muzik terkenal dari United Kingdom itu mengesahkan bakal mengadakan konsert sulungnya di Kuala Lumpur pada 22 November depan.
Kemunculan mereka pada konsert yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu bersempena dengan siri jelajah Music of the Spheres World Tour.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Isu vape nampaknya semakin menjadi topik perbualan di Malaysia apabila seorang remaja di Labuan dilaporkan dimasukkan ke hospital dan menerima rawatan untuk kerosakan bahagian dalaman paru-paru, disyaki akibat menghisap vape.
Penyakit kecederaan paru-paru akibat rokok elektronik dan produk vape (EVALI) ialah terma baharu dunia perubatan yang kini tular secara global. Di Amerika Syarikat sudah terdapat 39 kes kematian akibat EVALI dan ribuan pula terpaksa dirawat di hospital.
Punca Penyakit Misteri Ini
Pakar kesihatan dari Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat telah pun menemui penyebab penyakit misteri itu. Menurut CDC, asetat vitamin E yang digunakan untuk mencairkan cecair vape mungkin antara puncanya. Ia dibuktikan apabila asetat vitamin E ditemui pada 29 sampel ujian tisu paru-paru pengidap kerosakan paru-paru akibat vape dan produk vape (EVALI).
Kesan Buruk Pada Paru-Paru
Dalam sampel yang sama THC (ganja) ditemui pada 82% sampel dan nikotin pula pada 61%. Ini mungkin bukti paling kukuh bahawa asetat vitamin E memberikan kesan buruk pada paru-paru penghisap vape.
Selain itu, asetat vitamin E biasanya hanya digunakan pada cecair vape yang mengandungi THC dan kebanyakan cecair tersebut tidak dijual secara komersial. Tetapi ia tidak menolak kemungkinan bahan tersebut mungin turut digunakan pada cecair vape lain di pasaran.
So pakar dah buktikan ni korang masih nak bahayakan diri ke?
Siapa sangka gadis kecil molek ahli kumpulan Dolla, Tabby menjadi satu-satunya wakil Malaysia yang tercalon dalam senarai 100 Wanita Tercantik 2021 (100 Most Beautiful Faces of 2021) oleh TC Candler.
Menerusi laman Instagram @tccandler, Tabby telah dicalonkan sebagai salah seorang Faces of 2021. Peminat Tabby boleh memberikan like dan komen sebagai tanda sokong di hantaran tersebut.
Setakat ini, gambar Tabby telah menerima lebih daripada 2,000 komen dan hampir 26 ribu like.
Remaja berusia 21 tahun ini sendiri tidak menyangka bahawa dirinya tercalon, namun mengakui pencalonan ini sedikit sebanyak menjadi pembakar semangatnya.
Katanya menerusi Astro Gempak, dia hanya seperti orang lain, tetapi tetap bersyukur tersenarai dalam pencalonan tersebut walaupun baginya masih ramai lagi wanita cantik di luar sana yang lebih layak.
“Saya sangat bersyukur kerana mendapat nominasi yang besar daripada TC Candler, saya betul-betul terkejut ketika mula-mula tahu mengenai perkara ini. Susah untuk saya percaya perkara ini kerana artis-artis lain semuanya hebat,”
“Bagi saya, seorang yang cantik memiliki hati yang murni dan personaliti menarik, sesiapa sahaja boleh jadi cantik. Ia bermula daripada diri sendiri.. Sayangi diri dan keyakinan itu perkara utama, kemudian barulah paras rupa,” jelas Tabby.
Tabby turut bersaing bersama ahli kumpulan Blackpink, Rose dan Jennie serta selebriti-selebriti Hollywood seperti Emma Watson dan Natalie Portman.