Impian Fattah Amin Bawa Puteri Kesayangan Ke Disneyland Tokyo Akhirnya Tercapai

Share

Impian pelakon popular, Fattah Amin untuk membawa anak perempuannya, Nur Fatima Aisya bercuti ke Taman Tema Disneyland Tokyo, Jepun akhirnya tercapai.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fatima meluahkan rasa teruja apabila dapat mencipta memori indah bersama bapanya di destinasi impian tersebut.


“Saya nak pergi bercuti yang paling saya nantikan, cipta kenangan dengan ayah saya ke Disneyland.

“Bolehkah mak cik dan pak cik doakan kesihatan, keselamatan dan kebahagiaan saya? Saya tahu saya akan sangat seronok!” tulisnya.

Dalam masa sama, Fattah turut berkongsi foto Fatima bersama sepupunya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Jepun.

“Hai semua, Fatima, Numan dan Nailah nak naik kapal terbang dah ini.

“Doakan kami selamat pergi dan balik,” katanya.

Sebelum ini, Fatima pernah mencuri perhatian warganet apabila menzahirkan hasrat mahu ke Disneyland Tokyo.

Malah pada Jun lalu, Fattah memaklumkan percutian itu sudah dirancang namun perlu disusun agar tidak mengganggu sesi persekolahan Fatima.

Sekadar info, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 sebelum bercerai talak satu pada 7 Oktober tahun lalu.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
Fath