Nampaknya para peminat The Boyz baru-baru ini menerima khabar kurang menyenangkan apabila pameran kolaborasi bintang K-Pop itu bersama jenama karakter comel popular, Esther Bunny, terpaksa dibatalkan secara rasmi susulan kontroversi terbaru yang melibatkan bekas anggotanya Ju Hak Nyeon.
Difahamkan, pameran yang dijadualkan berlangsung dengan tema ‘Esther Bunny: In Search of Myself’ sepatutnya menampilkan maskot istimewa berdasarkan setiap anggota The Boyz serta pelbagai aktiviti interaktif dan sesi istimewa bersama peminat.
Walau bagaimanapun, segalanya berubah selepas kontroversi yang melibatkan bekas ahli kumpulan tersebut, Haknyeon, mula tersebar.
Pada 18 Jun lalu, pihak Esther Bunny mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa pameran yang dinanti-nantikan ini dibatalkan disebabkan keadaan luar jangka yang tidak dapat dielakkan.
Ads
Selain itu, mereka turut menyatakan rasa terima kasih kepada semua peminat yang teruja menantikan acara tersebut.
“Kami sangat menghargai sokongan anda terhadap pameran ‘Esther Bunny: In Search of Myself’ yang dirancang dengan penuh kasih sayang untuk menyampaikan mesej ‘Love myself, Love yourself’,” tulis kenyataan tersebut.
“Namun, atas beberapa faktor luar kawalan, pameran ini terpaksa dibatalkan,” jelas mereka lagi.
Ads
Ads
Sementara itu, semua pembeli tiket juga akan menerima bayaran balik sepenuhnya dan pihak Esther Bunny berjanji untuk kembali dengan pameran yang lebih baik di masa akan datang.
Walaupun tiada nama disebut secara langsung dalam kenyataan itu, ramai yang mengaitkan keputusan ini dengan insiden membabitkan Ju Haknyeon yang dikatakan menjejaskan imej keseluruhan projek.
Pada masa yang sama, insiden ini telah mengundang reaksi peminat yang telah lama menanti peluang berinteraksi bersama The Boyz dalam bentuk yang lebih dekat dan kreatif, semestinya pembatalan ini meninggalkan rasa kecewa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi Kpop memang mempunyai pengaruh yang sangat kuat, bukan hanya di Korea tetapi seluruh dunia.
Tidak hanya berbakat dalam dunia nyanyian, ada juga di antara mereka sebenarnya merupakan seorang pelajar cemerlang.
Jom kita lihat siapa artis Kpop yang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
1. Wendy Red Velvet
Semasa belajar di private school Shattuck-Saint Mary’s di Minnesota, Amerika Syarikat dia bukan sahaja seorang pelajar kehormat tetapi juga memenangi anugerah untuk pelbagai aktiviti aktiviti akademik dan muzik.
Wendy juga menerima President Education Award yang ditandatangani oleh Barack Obama yang merupakan presiden pada masa itu, atas kecemerlangan dan kepimpinan akademiknya yang cemerlang.
2. Eric Nam
Eric menamatkan pelajaran dengan kepujian dari Boston College pada 2011, major in International Studies dan minor in Asian Studies dengan setahun pelajaran di luar negara, Peking University iaitu salah satu institusi akademik terkemuka di China.
Dia menerima jawatan sebagai penganalisis perniagaan di Deloitte Consulting, rangkaian perkhidmatan profesional terbesar di dunia. Namun, Eric memutuskan untuk mengambil peluang bersaing dengan bintang Birth of a Great Star 2 dan karier nyanyiannya.
3. Girl’s Day’s Sojin
Sojin merupakan seorang dari lapan pelajar perempuan dalam jurusan Mechanical Engineering di Yeungnam University. Ada juga sumber mengatakan bahawa dia layak untuk memasuki Universiti Hanyang yang lebih berprestij, namun tidak dapat meneruskan kerana kos tuisyen yang tinggi.
4. RM BTS
RM dikatakan mempunyai IQ of 148 yang bermaksud dia disahkan seorang yang genius. Personaliti ini juga menerima skor sebanyak 900 pada TOEIC ketika berada di sekolah menengah dan dimasukkan ke dalam 1.3% atas ujian persiapan masuk ke universiti.
5. Seohyun Girls’ Generation
Menjadikan bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ban Ki-moon sebagai role model kerana buku yang diterbitkan olehnya pernah membantu Seohyun ketika menghadapi masa-masa yang sukar.
Dia juga turut dilantik sebagai duta Pavilion Bangsa-Bangsa Bersatu di Yeosu Expo, dimana dia dibentangkan dengan penghormatan oleh Ban.
Pada Ogos 2014, Seohyun menerima anugerah pencapaian pada majlis tamat pengajian.
6. Park Kyung Block B
Park Kyung telah disahkan genius dengan IQ 156 yang mengagumkan, selain mendapat keahliannya dengan Mensa. Taeil juga mendedahkan bahawa setiap bulan apabila dokumen kewangan pendapatan keluar, Park Kyung akan mengira nombor-nombor ini dan memecahkannya dalam pengiraan di kepala.
Pengiraan Park Kyung begitu tepat sehingga dia dapat mengesan kesilapan dalam pengiraan dokumennya pada masa lalu.
7. Taeyang BIGBANG
Korang mungin terkejut bila mendengar Taeyang juga seorang yang cemerlang dalam bidang akademik. Malah, dia turut menyerahkan tesis 104 halaman untuk Ijazah Sarjana dalam Producing Performances and Images di Daejin University Graduate School of Culture & Arts tentang dirinya!
Tesis itu bertajuk ‘The Influence of BIGBANG 2015 WORLD TOUR [MADE] on the Sustainability of the Korean Wave!
Pergh, hebatnya..
8. Hyerim
Bekas ahli Wonder Girls, Hyerim mahir berbahasa Inggeris, Mandarin dan Kantonis. Pada 2017, dia diterima masuk ke Hankuk University dalam bidang Foreign Studies’ competetitive Translation and Interpretation Department. Hyerim juga mendedahkan bahawa dia telah mendapat GPA 4.0 dalam tahun pertama pengajiannya.
9. Aron NU’EST
Aron berada dalam percentile 0.5 teratas untuk SAT, satu peperiksaan yang digunakan untuk pengambilan kolej di Amerika Syarikat. Dia menerima 2180 mata daripada 2400 dan mendapat 100% pada bahagian penulisan.
Aron telah dimasukkan ke New York University dan berniat untuk menyambung pelajaran dalam jurusan Journalism, namun memutuskan untuk pulang ke Korea.
10. John Park
John Park kini merupakan seorang pelajar dalam bidang Ekonomi di Northwestern University yang menduduki ranking #20 di seluruh Amerika Syarikat oleh majalah Forbes. Dia kini berehat dari kolej untuk meneruskan kerjaya sebagai penyanyi di Korea Selatan.
11. Kyuhyun Super Junior
Kyuhyun dipaksa oleh keluarganya untuk melanjutkan dalam bidang undang-undang. Ayahnya hanya bersetuju memberi kebenaran kepada Khuhyun untuk mengikuti jurusan muzik sekiranya dia diterima masuk ke universiti yang berprestij.
Kyuhyun kemudiannya diterima masuk di Kyunghee University, salah satu universiti terkemuka Korea dalam jurusan Bachelor’s Degree in Post-Modern Music. Kini, dia juga sudah mendaftar untuk meneruskan program Sarjana.
12. Xiumin EXO
Xiumin mengambil jurusan muzik dalam peringkat Sarjana di Catholic Kwandong University. Dia tidak pernah tidak menyelesaikan segalatugasan yang diberi serta menghadiri setiap kelas dengan baik.
Menurut peminatnya, Xiumin kini mendaftar dalam program PhD di Hoseo Univeristy.
Usahawan dan jutawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri menzahirkan rasa syukur apabila dirinya dipilih menjadi tetamu Allah untuk menunaikan ibadah haji, selepas 15 tahun tidak menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah.
Difahamkan juga, Aliff bersama putera sulung tersayangnya, Ammar Ahyan pergi menunaikan haji.
“Akhirnya Allah memanggilku ke tanah suci.. semoga aku berubah menjadi hambamu yang lebih baik..
“Ya Allah… kau permudahkan lah perjalanan hambamu ini untuk menunaikan haji kali ini… Alhamdulillah setelah hampir 15 tahun barulah hati saya terbuka untuk mulakan haji dengan kerelaan diri sendiri tanpa paksaan..
“Doakan dengan langkah ini saya menjadi seorang yang lebih baik berguna kepada ibu bapa keluarga dan juga sahabat amin-amin yarobal alamin,” kongsinya di Instagram.
Dalam pada itu, menerusi hantaran lain, pelantun lagu Bobo Di Mana itu memuat naik video bersama puterinya, Raudah yang dilihat menangis teresak-esak kerana tidak ingin berjauhan daripada ayahnya.
“Cinta hati pertama anak perempuan. Raudah dan Qadejah. Sebulan abah tinggalkan anak-anak abah. Abah sayang anak abah semua. Sungguh sedih nak meninggalkan keluarga kecil bila saya menunaikan haji.
“Banyak-banyak anak saya, Raudah paling manja dengan saya. Setiap malam tidur dengan saya. Saya tak tahu nak cakap macam mana rindunya dengan anak dara kecil saya,” coretnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti mendoakan agar urusan jutawan kosmetik itu di sana dipermudah selain menerima haji yang mabrur.
“Selamat pergi dan balik Datuk. Semoga dapat haji yang mabrur! Labbaikallah hummalabbaikk,” komen penyampai radio Anna Aljuffery.
“Seronoknya… moga mendapat haji yang mabrur….” komen juga usahawan Azril Radzi.
“Alhamdulillah Datuk dan anak sulung dapat jadi tetamu Allah tahun ini. Semoga dipermudahkan perjalanan dan urusan dan semoga mendapat haji mabrur dan selamat semuanya,” tulis seorang pengikutnya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jung Eun Ji mencuri perhatian menerusi wataknya dalam Kdrama ‘Miss Night and Day’. Mari kenali lebih dekat menarik tentang Jung Eun Ji, pelakon bersama Choi Jin Hyuk dalam ‘Miss Night and Day.’
Jung Eun Ji ialah pelakon utama wanita yang memegang watak Lee Mi Jin dalam drama Miss Night and Day. Dia juga memainkan watak teman wanita Choi Jin Hyuk dalam siri ini. Eun Ji kemudiannya berjaya menarik perhatian penonton dengan bakat lakonan yang luar biasa.
Tetapi tahukah anda Jung Eun Ji memulakan kerjayanya sebagai idola K-Pop, sebelum menjadi artis? Ya, Eun Ji asalnya seorang penyanyi dengan suara yang merdu.
Berikut fakta menarik Jung Eun Ji:
1. Berusia awal 30 tahun
Berbeza dengan watak yang dipegang dalam ‘Miss Night and Day’ yang dikatakan berlatarkan era 20-an. Umur sebenar Jung Eun Ji ialah awal 30-an. Beliau dilahirkan pada 18 Ogos 1993.
2. Kerjaya Awal Jung Eun Ji
Wanita cantik ini sebelum ini dikenali sebagai penyanyi dan pencipta lagu. Jung Eun Ji terkenal sebagai ahli kumpulan gadis Apink, di mana dia merupakan vokalis utama.
3. Apink memulakan kerjaya pada tahun 2011
Jung Eun-ji memulakan kerjaya sebagai ahli Apink pada tahun 2011. Kumpulan itu cepat mendapat populariti di Korea Selatan dan negara lain dengan lagu-lagu hit mereka seperti “No No No,” “Mr. Chu,” dan “LUV. ”
4. Debut Lakonan Melalui Reply 1997
Jung Eun-ji memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 2012 dengan membintangi drama Reply 1997. Lakonannya sebagai Sung Shi-won mendapat pujian meluas dan menjadikannya salah seorang pelakon baharu terbaik di Anugerah Seni Baeksang tahun itu.
5. Drama dan Filem Jung Eun Ji
Selepas kejayaan Reply 1997, Jung Eun-ji terus mengembangkan kerjaya lakonannya. Eun Ji berjaya membintangi drama seperti That Winter, The Wind Blows (2013), Trot Lovers (2014), Sassy Go Go (2015), dan Untouchable (2017), Blind (2021), dan filem seram 0.0 mHz. Selain daripada drama televisyen, Eun-ji juga pernah muncul dalam pelbagai rancangan dan rancangan televisyen.
6. Kerjaya Muzik Solo
Jung Eun Ji memulakan kerjaya muzik solonya dengan mengeluarkan album mini pertamanya Dream pada 2016. Album ini mendapat sambutan positif, dengan lagu utama Hope Sky mencapai puncak carta di Korea Selatan.
Dia terus mengeluarkan muzik solo, termasuk album mini The Space (2017), Hyehwa (2018), dan Simple (2020).
Itulah profil Jung Eun Ji, heroin dalam drama Miss Night and Day ini. Siri yang turut dibintangi Choi Jin Hyuk. Untuk info kdrama “Miss Night And Day” mengisahkan tentang seorang wanita yang mendapati dirinya berada dalam tubuh wanita berusia 50-an setiap kali apabila matahari terbit. Kemudian pada waktu malam, dia kembali dalam badannya yang berusia 20-an.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!