
Pelakon, Ben Amir baru-baru ini tampil menjelaskan mengenai gambarnya memegang anjing hingga menimbulkan perbalahan dalam kalangan peminat yang menegurnya bahawa haram bersentuhan dengan haiwan berkenaan.
Menerusi perkongsian di Instagram Story miliknya, Ben berkata, anjing itu adalah haiwan yang menjaga perjalanannya sejak hari pertama sepanjang misi pendakian ke Everest Base Camp.
“Anjing ini ikut jaga kami. Pastikan laluan selamat untuk kami” – Ben Amir
“Di sini ada ‘snow leopard’ tahu tak? Aku sayang sebab dia jaga kami. Kau sibuk nak haramkan macam tiada otak. Kepada yang tidak tahu apa itu ‘snow leopard’ kalau dia baham kau selamat jalanlah ke alam lain”
Menurutnya lagi, anjing itu juga melindungi dan akan memastikan laluan pendaki selamat daripada haiwan pemangsa.
“Kalau anda tak suka anjing, kita tidak boleh berkawan,” tambahnya lagi.
Dalam pada itu, perkongsian Ben mengenai pendakiannya itu mendapat sokongan ramai peminat yang tidak sabar menantikan pelakon itu untuk sampai ke puncak gunung.
Sekadar info, beberapa hari lalu Ben memuat naik gambar dirinya tiba di Lapangan Terbang Lukla, Nepal dan kini dia dalam perjalanan mendaki ke Everest Base Camp.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden Peserta Marathon Dilanggar Lari, ‘Along’ Beri Reaksi & ”Abah’ Turun Padang

Malang memang tidak berbau, siapa sangka aktiviti fun run ini boleh mengakibatkan tiga peserta acara larian ini cedera selepas dilanggar sebuah kereta yang dikatakan merempuh penghadang keselamatan didirikan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) baru-baru ini.
Walaupun nampak seperti fun (yelah, nama pun fun run), namun korang perlu la berhati-hati dan jangan fikir seronok je nak tamatkan larian.

Dalam satu kenyataan di laman Facebook acara itu, penganjur maraton itu berkata, ia memberi bantuan kepada peserta terjejas akibat kemalangan itu dan mereka sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa, serta berjanji memberi lebih banyak maklumat apabila memperolehinya.
“Sebelum ini, pada acara larian Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon, terdapat kemalangan yang membabitkan sebuah kereta yang merempuh hadangan keselamatan kami.
“Pelari yang terjejas sedang menerima rawatan perubatan. Kesejahteraan peserta larian kami kekal menjadi keutamaan kami dan kami menawarkan bantuan kepada mereka yang terjejas dalam kejadian ini.
Earlier today, at the Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon, there was an accident involving a car that plowed…
Posted by Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon on Sunday, September 29, 2019
Menurut seorang penguna Facebook iaitu saudara Onizuka Rizuan, seorang daripada mangsa itu ialah rakan sekerjanya di PruBSN yang mengalami keretakan di pinggul dan pelvis, serta cedera di kepala dan tangan.
Onizuka merayu saksi kemalangan yang dikatakan langgar lari itu supaya tampil membantu siasatan polis.
Mangsa yang berusia 44 tahun itu dipercayai dalam keadaan stabil dan dijangka menjalani pembedahan. Dia dipercayai ialah pembantu kawasan Parlimen bagi bekas menteri belia dan sukan, Khairy Jamaluddin yang merupakan ahli Parlimen Rembau.

Jurucakap polis berkata, saksi melaporkan kemalangan yang berlaku di MRR2 itu menghala ke arah Gombak.
Tetapi, katanya, tidak jelas jika pemandu merempuh penghalang kerana kawasan itu dalam pembinaan dan peserta mungkin keliru.
Sementara itu Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman, dalam satu kenyataan di Twitter pula berkata, beliau telah dimaklumkan mengenai insiden tersebut.

“Saya berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan segera dalam mencari pihak yang melakukan kesalahan melanggar hadangan keselamatan itu dan kepada penganjur untuk membantu mangsa yang cedera dalam apa jua cara yang mungkin.
“Kami memberi keutamaan kepada keselamatan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa pihak berkuasa “mengambil tindakan segera untuk mencari individu yang melanggar penghadang keselamatan itu” serta membantu mangsa cedera.
I was informed that some runners in the Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon suffered injuries due to a hit and run incident. My thoughts and prayers are with those injured & their families. #klscm2019
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) September 29, 2019
Untuk info Standard Chartered KL Marathon merupakan larian tahunan yang diadakan sejak 1989. Lebih 30,000 peserta mengambil bahagian tahun ini bersama kira-kira 1,900 peserta antarabangsa dari 73 negara.
So, kepada korang yang nak join aktiviti larian lain fun run ni penulis harap korang lebih berhati-hati ya. Ingat tau malang tak barbau ye gais…!
Sumber : Free Malaysia Today
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Boleh Simpan RM54K Dalam Tempoh 3 Tahun, Lelaki Ini Kongsi Tips Khas Untuk Anak Muda

RM54K! Banyak tukan, macam-macam boleh beli. Bagi orang bujang dengan jumlah simpanan sebegitu, boleh buat macam-macam perancangan. Nak kahwin boleh, nak beli kereta boleh, nak beli rumah boleh, nak melancong pun boleh. Pendek kata dengan duit sebanyak itu, korang boleh buat macam-macam yang korang mahukan.
Bila menyentuh perancangan kewangan, ramai di antara kita mungkin tidak berapa faham dan tahu cara mudah untuk melipat gandakan wang dengan cara yang cukup mudah. Perunding Kewangan, Amir Syahir berkongsi rahsia anak muda boleh follow bagaimana nak ada simpanan RM54 k dalam tempoh tiga tahun saja.

Baca perkongsian seperti disyer di fbnya, Amir Syahir
Korang lelaki bujang? Baru graduan? Mungkin post ini boleh ubah cara pemikiran korang. Untuk mencipta masa depan yang gemilang. Kebiasaannya bila dah ada gaji sendiri, keinginan untuk membeli kereta akan datang. Sudah penat naik motor kan masa di universiti dulu. Gaji RM2000 – RM2500 beli kereta. Kebiasaannya kereta Myvi.
Katakan ansuran bulanan kereta Myvi RM600. Tapi anda lupa kos sampingan yang perlu korang tanggung jika bela kereta ini.
Jika memiliki kereta:
Ansuran Kereta: RM600
Minyak: RM300
Bayaran Tol: RM100
Purata Penyelenggara: RM100
Purata takaful & cukai jalan: RM100
Jumlah kasar perbelanjaan = RM1200
Sebenarnya korang perlu berbelanja RM1200 sebulan untuk satu kereta Myvi. Kalau korang mampu dengan kos RM1200 sebulan tu, apa kata tangguhkan sementara beli kereta Myvi tu dulu. Tak lama tiga tahun je.
Apa kata pakai je motor masa belajar kat universiti dulu. Buat pembiayaan ASB RM200K. Ansuran bulanan RM1080 target selama tiga tahun tanpa usik dividen. Apakah hasilnya untuk selepas terminate ASBF pada tahun ketiga?
Mohon ASBF RM200K tanpa takaful. Profit rate: 5.05%. Terminate selepas dapat dividen selepas tiga tahun.
Dividen terkumpul 3 tahun @ 7% setahun = RM45,000
Pulangan prinsipal @ 36 bulan=RM9234
Jumlah kasar simpanan tunai= RM54,234
Berbaloi tak korbankan kehendak pakai Myvi tadi dalam tempoh tiga tahun, boleh ada simpanan lebih RM54K? Kalau simpan sendiri RM1080 dapat RM38K sahaja.
Korang korbankan tiga tahun untuk buat ASBF dapat merancang masa depan yang cerah. Dengan wang RM54K ini korang boleh mulakan kehidupan dengan baik berbanding kereta yang dibeli awal tadi yang mungkin jadi penghalang korang untuk terus melangkah.
Masa ini matlamat korang sudah jelas. Korang semakin bijak dan berilmu. Apa nak buat dengan duit ni? Korang boleh;
-Buat deposit beli rumah
-Beli kereta terpakai
-Berkahwin tanpa pembiayaan peribadi
-Beli rumah lelong
– Simpanan kecemasan
***
Kalau nak pilih untuk beli juga kereta tu, belilah, mungkin Itu keperluan korang. Korang yang pilih sendiri jalan hidup korang. Post ini hanya sekadar pelan lakar dan cetusan idea, tapi boleh berlaku jika korang lakukannya.
Korbankan sementara 3 tahun ni. Ikut langkah ini, korang akan rasa kesannya nanti. Korang pula bebas merancang masa depan. Bila semuanya dah stabil, pakai la apa nak pakai, beli la apa nak beli pun.
Penafian:
- Kiraan anggaran kasar sahaja.
2. Andaian ASBF tanpa takaful, 30 tempoh pembiayaan & rate 5.0% dengan dividen ASB diumumkan kekal 7% sepanjang tiga tahun tersebut.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Saya Yakin Amira Akan Jadi Ibu Tiri Yang Sangat Baik” Luahan Pengurus Fattah Amin Bikin Ramai Tersentuh

Pengurus kepada pelakon popular Fattah Amin, iaitu Sakirin Shak baru-baru ini menjadi perhatian ramai selepas berkongsi pandangan mengenai hubungan mesra antara penyanyi Amira Othman dan anak sulung kepada Fattah, Nur Fatima Aisya.
Menerusi sebuah video temu bual yang tular di TikTok, Sakirin atau lebih mesra disapa sebagai Acha dilihat sebak ketika menitipkan pesanan istimewa buat pasangan itu. Malah, beliau turut meyakini bahawa Amira mampu menggalas peranan sebagai ibu tiri yang baik buat Fatima.
“InsyaAllah, suatu hari nanti awak akan ada anak sendiri dan jangan lupa pula dekat Fatima. Saya yakin Amira akan jadi ibu tiri yang sangat baik kepada Fatima sebab Fattah juga merupakan seorang bapa yang sangat penyayang,” katanya penuh emosi.

Pada masa yang sama, Acha sempat menitipkan doa agar rumah tangga yang bakal dibina pasangan ini berkekalan dan dipenuhi keberkatan. Selain itu, beliau menzahirkan harapan agar kebahagiaan yang dikecapi kedua-duanya mampu bertahan hingga ke akhir hayat.
“Saya harap perkahwinan ini berkekalan hingga ke akhir hayat dan dipertemukan semula di syurga,” ujarnya lagi.
Terdahulu, pada Isnin, Fattah mengumumkan secara terbuka bahawa majlis ijab kabul bersama Amira akan berlangsung pada Ahad ini, 14 September 2025. Pengumuman itu sekaligus menjawab persoalan peminat mengenai status hubungan mereka yang sebelum ini menjadi tanda tanya.

Untuk rekod, Fattah pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon terkenal Nur Fazura. Namun, selepas tujuh tahun berkongsi hidup, pasangan ini mengambil keputusan untuk berpisah pada 7 Oktober 2024 dengan talak satu. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia lima tahun.
Pendedahan mengenai tarikh perkahwinan mereka telah mendapat pelbagai reaksi daripada peminat yang rata-rata mendoakan kebahagiaan buat Fattah dan Amira. Malah, ramai yang memuji keakraban Amira bersama Fatima yang dianggap sebagai tanda positif buat masa depan mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

