Ikon dan vokalis legenda heavy metal dari kumpulan Black Sabbath, Ozzy Osbourne baru-baru ini dilaporkan meninggal dunia pada usia 76 tahun dan menghembuskan nafas terakhir hanya beberapa minggu selepas membuat persembahan terakhirnya di kampung halaman, Birmingham, United Kingdom.
Khabar dukacita itu disahkan sendiri oleh keluarganya dalam satu kenyataan rasmi pada Selasa dan keluarga mendiang berada di sisi sewaktu beliau menghembuskan nafas terakhir.
“Dengan kesedihan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, kami memaklumkan bahawa insan kesayangan kami, Ozzy Osbourne, telah meninggal dunia pagi ini,” kata kenyataan itu.
Dalam pada itu, pemergian Osbourne berlaku selepas konsert penuh emosi ‘Back to the Beginning’ yang menyaksikan beliau bergabung semula bersama anggota asal Black Sabbath iaitu Geezer Butler, Bill Ward dan Tony Iommi buat pertama kali dalam lebih dua dekad.
Konsert yang berlangsung di Birmingham itu juga merupakan penampilan terakhir beliau menurut laman rasmi kumpulan tersebut.
Ads
Untuk pengetahuan, Osbourne juga dikenali sebagai “Prince of Darkness” dan beliau bukan sekadar legenda muzik tetapi juga ikon budaya pop dan simbol kontroversi menerusi pelbagai persembahan dramatik termasuk insiden menggigit kepala kelawar secara langsung dan membaling daging mentah ke arah penonton.
Walaupun sepanjang hayat beliau penuh kontroversi dan bergelut dengan ketagihan dadah serta alkohol, Osbourne tetap menjadi antara tokoh paling berpengaruh dalam dunia rock dan heavy metal.
Ads
Kejayaan Osbourne tidak terhenti di pentas muzik sahaja. Menerusi rancangan realiti ‘The Osbournes’, dunia diperkenalkan dengan kehidupan unik keluarganya yang terdiri daripada isterinya merangkap pengurus, Sharon, serta anak-anak mereka Kelly, Jack dan Aimee. Osbourne berjaya mengimbangi persona gelapnya dengan sisi keluarga yang lebih ringan dan menghiburkan.
Pemilik nama asal, John Michael Osbourne dilahirkan pada 3 Disember 1948 di Birmingham ini dikatakan pernah melalui zaman kanak-kanak yang penuh cabaran. Sebelum menjadi seorang penyanyi, beliau sebagai buruh tapak bina dan di rumah sembelih, malah pernah dipenjara kerana mencuri. Namun, lagu ‘She Loves You’ daripada The Beatles memberi inspirasi awal untuknya terjun ke dunia muzik, yang akhirnya membawa kepada penubuhan Black Sabbath pada 1967.
Setelah dipecat dari Black Sabbath pada tahun 1979 akibat isu penyalahgunaan dadah, Osbourne bangkit dengan kerjaya solo yang cemerlang, menghasilkan 11 album studio dan lagu-lagu ikonik seperti ‘Crazy Train’ dan ‘Mr. Crowley’.
Sejak 2019, kesihatan Osbourne mula merosot dan pada 2020, beliau mengumumkan bahawa dirinya menghidap penyakit Parkinson. Namun semangatnya tetap kental, apabila beliau masih sempat membuat persembahan di majlis penutup Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Kami di Remaja mengucapkan salam takziah kepada keluarga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Filem Korea Miracle In Cell No 7 yang pernah viral sebelum ini khabarnya bakal diadaptasi oleh negara jiran kita, Indonesia.
Drama ini mendapat perhatian masyarakat Malaysia kerana jalan cerita seorang ayah yang mempunyai masalah mental berkorban untuk si anak sangat menganggu emosi penonton sehingga membuatkan korang bakal menangis.
Sebelum ini, Turki, India dan Filipina telah membuat filem remake bagi Miracle In Cell No.7 dan kini khabarnya Indonesia juga turut mengadaptasi filem ini.
Versi Indonesia ini diarahkan oleh Hanung Bramantyo yang dibintangi barisan pelakon seperti Vino Bastian, Bryan Domani, Mawar De Jongh, aktris cilik Graciella Abigail, Indro Warkop, Tora Sudiro, Deni Sumargo, Rigen dan Indra Jegel.
Walau bagaimanapun, menurut pengarah filem Hanung Bramantyo, ini adalah tugas besar yang perlu digalas dan bukannya mudah untuk mengarahkan filem remake kerana pastinya bakal berhadapan dengan perbandingan yang akan dibuat oleh penonton.
Beliau juga mengatakan akan ada penyesuaian beberapa babak agar penonton dapat merasa lebih dekat dengan filem Miracle In Cell No.7 dari Korea itu.
Namun begitu, hukuman yang akan dilakonkan nanti adalah fiktif dan tidak terkait dengan hukuman di negara Indonesia.
Wah tak sabar nak tunggu filem ini ditayangkan nanti. Biasanya filem-filem sentuhan Indonesia ni pun tak kurang hebatnya dalam menyentuh emosi sedih penonton.
Jenama antarabangsa sepopular minuman bergas, Coca-Cola sering melakukan pembaharuan pada produk mereka bagi memastikan 1) Pelanggan tak mudah bosan dan 2) Untuk melebarkan lagi potensi pelanggan yang ada.
Jika dulu, Coca-Cola pernah bereksperimentasi dengan minuman Diet Coke khas bagi mereka yang enggan mengambil kandungan gula setinggi biasa dan juga minuman Coke Vanilla bagi yang inginkan rasa ais krim di dalam minuman mereka.
Kini, selepas 125 jenama ini ditubuhkan, Coca-Cola khabarnya ingin menghasilkan minuman beralkohol pertama pula dan ia akan dimulakan di Jepun.
Secara strateginya, ini adalah satu cara mereka ingin bersaing dalam pasaran minuman kategori Chu-Hi, iaitu kategori minuman perisa sparkling yang cukup digemari rakyat di Jepun. Selalunya, minuman jenis ini akan mempunyai kandungan alkohol sekitar 3% ke 8%.
Obviously, mereka ingin meluaskan lagi jumlah pembeli yang ada agar semua orang boleh memilih jenis Coca-Cola masing-masing. Jika tak ingin yang beralkohol, pilihlah minuman biasa. Jika nak rasa sparkling, cuba yang baru. Itu je.
Tak bermaksud semua minuman Coca-Cola di Jepun ditukar dengan kandungan alkohol.
Jangan salah pilih Coca-Cola tau! Nanti terbaring entah di mana. Hehe..
Jenama minuman alkohol popular Jepun seperti Kirin, Suntory dan Asahi sentiasa mempromosikan produk baru mereka di pasaran, dan Coca-Cola tak nak ketinggalan di belakang mereka. Buat masa ini, masih belum ada tarikh tetap bila ia akan dipasarkan di Jepun.
Namun, bagi korang yang ada perancangan untuk ke sana dalam masa terdekat, hati-hati ketika membeli minuman okay.
Paling mudah pun, jerang je air masak di bilik hotel dan bawa botol minuman bersama.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat si kaki movie, TGV Cinemas menawarkan promosi istimewa buat ahli TGV MovieClub pada bulan April ini.
Pengumuman ini telah pun dimuat naik di laman Facebook rasmi TGV Cinemas dengan menjelaskan bahawa bermula hari ini sehingga 15 April nanti, ahli MovieClub yang membeli sekurang-kurangnya 1x tiket wayang dan 1x popcorn secara online akan dikreditkan dengan baucar tiket wayang percuma ke dalam akaun keahlian mereka.
Cara untuk menebus tiket percuma ini adalah korang perlu mendaftar sebagai ahli MovieClub dan membeli 1x tiket wayang dan 1 x item F&B dalam satu transaksi melalui laman web atau aplikasi TGV. Baucar tiket percuma akan dikreditkan dalam masa 10 hari waktu bekerja.
Korang boleh menebus tiket wayang percuma itu sehingga 30 April 2022 untuk mana-mana filem yang ditayangkan di cawangan TGV Cinemas. Tiket wayang percuma ini hanya boleh ditebus untuk hall-hall berikut sahaja:
So, apa tunggu lagi guys, jangan lepaskan peluang untuk tawaran istimewa #AwesomeApril ini. Selamat menonton!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.