Ikmal Amry Setia Berada Dalam Dewan Bersalin Saksikan Kelahiran Bayi Sulung

Share

 

“Alhamdulillah, perasaan dia tidak terkata dan tidak boleh hendak digambarkan..”

Penghujung tahun 2021 menjadi detik istimewa buat pelakon, Ikmal Amry dan isteri, Najla Shamsul setelah mereka menyambut kelahiran bayi sulung pada 30 Disember 2021.

Najla selamat melahirkan bayi perempuan sekitar jam 12.41 tengah hari tadi di Hospital Pantai Kuala Lumpur dengan kehadiran Ikmal yang menemaninya sepanjang masa di dalam dewan bersalin.

ARTIKEL BERKAITAN : Isteri Sah Berbadan Dua, Ikmal Amry Pula Alami Alahan Loya – REMAJA

Bercakap kepada rakan media di MStar, Ikmal menyifatkan momen tersebut sebagai satu momen yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata sehinggakan air matanya menitis sewaktu menyaksikan kelahiran cahaya mata mereka.

“Pertama kali dalam hidup tengok depan-depan saat isteri melahirkan anak.

“Semuanya macam tidak disangka-sangka, macam mimpi pun ada. Perasaan dia tidak terkata. Doktor sambut kelahiran anak saya dan saya diberi peluang untuk potong tali pusat, syukur sangat,” ulas finalis pencarian Hero Remaja 2017 itu.

Setelah beberapa jam, Ikmal akhirnya memuat naik hantaran di akaun Instagram-nya untuk mengumumkan bahawa dia dan Najla telahpun secara rasmi bergelar ibu dan ayah.

“Assalamualaikum sayang Daddy! Alhamdulillah syukur atas nikmat tidak ternilai ini. Terima kasih semua yang mendoakan.”

Sambil itu, rakan selebriti turut tumpang gembira dengan perkhabaran itu dan mengucapkan tahniah buat pasangan sama cantik sama padan itu.

“Alhamdulillah Am & Najla, tak sabar nak jumpa my niece!” – Ben Ali

“Congrats Am!” – Mimi Lana

“Congratulations Am !!” – Hun Haqeem

“MasyaAllah comelnya!! Congrats Am & Najla!!” – Raysha Rizrose

“Alhamdulillah!!” – Harris Annuar

“Alhamdulillah, tahniah Am” – Alif Satar

Bercakap mengenai Alif Satar, Ikmal yang baru-baru ini baru sahaja menamatkan penggambaran untuk filem Pulau bersama Alif dan ramai lagi pelakon lain di Pulau Langkawi telah bertanyakan nasihat daripada Alif yang juga merupakan seorang bapa kepada tiga orang cahaya mata.

Tambahan pula Alif memperolehi cahaya mata pada usia semua Ikmal, tidak hairanlah Ikmal merasakan Alif ialah insan yang memahami akan cabaran dan fasa seterusnya yang akan dilalui olehnya bersama isteri.

Antara soalan yang diajukan termasuklah mengenai penjagaan bayi dan persediaan untuk bergelar bapa muda. Kebetulan pula, mereka berdua berkongsi doktor yang sama yang menyambut kelahiran bayi masing-masing.

Apa yang pasti, bayi perempuan Ikmal dan Najla ini comel! Lihat sahajalah kepada pakej visual pasangan ini. Hehe

..

ARTIKEL BERKAITAN : Nyanyian Ikmal Amry Jadi Hadiah Manis Untuk Isteri – Nadia Khan – REMAJA

Terdahulu, Ikmal dan Najla disatukan pada bulan Disember 2020 di kediaman keluarga Najla dekat Kuala Pilah, Negeri Sembilan sebelum mereka diraikan dalam majlis resepsi di sebuah hotel terkemuka di Melaka.

BACA LAGI : Ikmal Amry Bertunang Di Hari Raya Ketiga PKP – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN