Setiap kali musim perayaan menjelma pastinya ramai yang menantikan iklan raya daripada syarikat-syarikat korporat tempatan.
Terbaru, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah pun melancarkan iklan Tahun Baru Cina yang bertemakan kekeluargaan dan mengetengahkan idea ikatan yang terjalin bersama insan tersayang ketika musim perayaan.
Apa yang menariknya, iklan tersebut membawa penonton merasai keseronokan meraikan perayaan bersama keluarga melalui pendekatan realiti maya (VR). Memang lain daripada yang lain la.
Ads
Iklan tersebut mengisahkan tentang seorang pemuda Cina yang tidak dapat pulang ke kampung, namun ibunya tidak mahu anak lelakinya ketinggalan merasai kemeriahan menyambut raya di kampung halaman lalu menghantar satu bungkusan istimewa, iaitu peranti VR yang bertemakan Tahun Baru Cina.
Selepas memakai peranti tersebut, lelaki itu dibawa ke alam maya dan menyaksikan sambutan perayaan dirumahnya yang dihadiri seisi keluarga tersayang. Walaupun lucu, tetapi mesej yang disampaikan sangat jelas dan mampu mengusik jiwa penonton.
Ads
Video iklan yang di muat naik di laman Facebook TNB ini mendapat lebih daripada 45 ribu perkongsian dan rata-rata memberi pujian kepada TNB atas usaha dan mesej yang ingin disampaikan mereka.
Syabas kami ucapkan kepada Tenaga Nasional Berhad kerana berjaya menyelami perasaan sebenar masyarakat kita. Siapa sahaja tidak sedih jika tidak dapat pulang ke kampung betul tak?
Ads
Apa-apa pun Remaja juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang meraikannya.
Rakyat Malaysia memang hebat! Dalam tempoh seminit, sebanyak 700,000 orang “menyerbu” untuk mendaftar dalam aplikasi MySehjahtera sekaligus menerima RM50 yang dikreditkan terus ke akaun e-wallet mereka.
Serius, memang pecah rekod sebagaimana 1000 bilik ditempah di Langkawi semalam.
Laporan BERNAMA, hanya dalam tempoh seminit, Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 700,000 pendaftaran aplikasi MySejahtera, susulan pengumuman kerajaan akan mengkreditkan sebanyak RM50 ke dalam akaun e-dompet individu yang memuat turun aplikasi itu.
Sehubungan itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah meminta orang ramai untuk turut mengamalkan 'penjarakan sosial' jika hendak memuat turun atau mendaftar di aplikasi berkenaan bagi mengurangkan ‘kesesakan trafik’ yang tinggi.
"Kalau kita boleh amalkan penjarakan, jadi tak ada kesesakan di situ. Kalau semua mendaftar serentak dalam tempoh seminit pasti akan berlaku sesuatu (kesesakan) menyebabkan kita tidak dapat mendaftar.
"Jadi, kita sedang lihat bagaimana kita boleh atasi isu ini dan mungkin kita akan panjangkan pendaftaran dalam tempoh 24 jam atau seminggu untuk membolehkan semua didaftarkan dalam tempoh singkat," katanya pada sidang akhbar harian mengenai perkembangan koronavirus (Covid-19) di sini hari ini.
MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan dengan kerjasama KKM, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan Agensi Keselamatan Siber Negara (Nacsa) untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak Covid-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.
Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam e-dompet pengguna setelah mereka memuat turun aplikasi MySejahtera. – Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anugerah MeleTOP Era atau AME kembali lagi untuk edisi ketujuh tahun ini dengan tema ‘Yang Epik, Yang Legend’.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, AME 2020 meraikan karya dan personaliti paling lit serta legit merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem dan digital sepanjang tahun 2019.
Menariknya, tiga kategori baru diperkenalkan pada edisi kali ini iaitu Artis Versatil MeleTOP, Influencer MeleTOP dan Top Top MeleTOP untuk kumpulan/duo.
Namun, pencalonan pada kali ini menjadi bualan netizen apabila mereka tidak bersetuju dengan pencalonan Dr Amalina dan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dalam salah satu kategori baharu ini iaitu Influencer Paling MeleTOP.
Mereka berpendapat kedua-dua personaliti ini selayaknya diberikan anugerah atas pencapaian dan sumbangan mereka; dan bukannya untuk dicalonkan.
Rata-rata memberikan pendapat yang sama dan menyelar.
*
‘They’re more than that, kot’
‘Membanggakan nama negara’
‘My Idola’
‘They are educated’
’10 juta kali ganda bezanya dengan yang lain’
Apapun mungkin pihak Anugerah MeleTOP Era mempunyai sebab mengapa mereka mencalonkan 2 nama besar itu dalam kategori baru ini.
Untuk info, AME2020 bakal dipancarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada hari Ahad, 12 April 2020, jam 9 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
7HD Champion Cup 2025 menjadi pentas paling bermakna buat pasukan bola sepak Sekolah Monthong Wittaya apabila mereka terus mencuri perhatian pengguna di media sosial selepas berjaya melangkah ke perlawanan akhir di Stadium Suphachalasai, Bangkok minggu lalu. Penyertaan mereka dalam kejohanan bola sepak remaja paling berprestij itu mencetuskan gelombang sokongan luar biasa daripada seluruh negara.
Difahamkan, kejayaan skuad ‘underdog’ ini bukan sekadar mengejutkan pasukan lawan, malah menarik ribuan penyokong untuk memenuhi stadium demi memberi sorakan kepada para pemain dan jurulatih. Fenomena ini semakin mendapat perhatian selepas kisah perjuangan pasukan ini tular dalam masa yang singkat.
Kredit foto: FB Monthong Wittaya
Perjalanan Mon Thong Wittaya Di 7HD Champion Cup 2025
Perjalanan luar biasa Mon Thong Wittaya bermula dengan sebuah lori lama berwarna biru yang digelar ‘dream carrier’, digunakan untuk membawa para pemain dari Mon Thong, Chachoengsao ke Bangkok. Lori terbuka milik jurulatih, Sakon Kliangprasert itu telah diubah suai dan menjadi pengangkutan tetap pasukan sekolah selama bertahun-tahun.
“Kereta ini mempunyai sejarah panjang, sesiapa yang menaikinya lebih cenderung untuk memenangi kejohanan,” kata Sakon.
Untuk pengetahuan, Sekolah Monthong Wittaya merupakan sekolah komuniti Muslim di tambon Mon Thong, daerah Bang Nam Priao, yang menempatkan kira-kira 500 pelajar dalam 15 bilik darjah. Di bawah bimbingan Sakon sejak 2021, kapten pasukan Worakorn ‘Te’ Changkhiandee mengetuai rakan sepasukan menewaskan sekolah-sekolah ternama seperti Assumption College Thonburi, Depsirin School dan Assumption College Sri Racha sehingga mereka digelar pembunuh gergasi.
Taktikal & Pengalaman Menjadi Senjata
Di samping itu, Sakon yang sebelum ini pernah membimbing Sekolah Surasakmontri, juara tiga kali 7HD Champion Cup 2025, dan pengalaman itu dibawa bersama untuk memperkasa pasukan Mon Thong Wittaya. Menurut Presiden kelab bola sepak sekolah, Sumet Ridmat, komuniti mereka sejak dahulu terkenal dengan semangat kesukanan dan pembentukan pasukan ini menjadi langkah semula jadi dalam memupuk bakat pelajar.
Selain aspek taktikal, pemain muda pasukan ini turut diberi penekanan terhadap disiplin, penggunaan ruang, serta corak permainan menyerang yang lebih agresif. Elemen ini menjadi antara faktor utama yang mendorong peningkatan mendadak prestasi mereka sepanjang kejohanan.
Aksi Final Mendebarkan
Pada aksi final pada 8 November lalu, Mon Thong Wittaya berdepan Chai Nat Provincial Administrative Organisation School. Terdahulu, mereka menewaskan Assumption College Sri Racha 6–3 pada separuh akhir sebelum tiba di Bangkok disambut ribuan penyokong. Stadium berkapasiti 20,000 itu penuh sesak sehingga ada yang menonton dari trek larian.
Aksi dramatik itu berakhir dengan kekalahan tipis 1-2, menjadikan Mon Thong Wittaya sebagai naib juara 7HD Champion Cup 2025. Walaupun tewas, pasukan itu tetap menerima sokongan padu rakyat Thailand yang kagum dengan perjalanan penuh semangat mereka.
Sokongan Selepas Kejohanan
Selepas kejohanan, pelbagai bentuk sokongan diterima termasuk bagi pembangunan pasukan dan pengubahsuaian sekolah. Timbalan Perdana Menteri, Kapten Thamanat Prompow menyerahkan biasiswa bernilai 150,000 baht (RM juta) dan 10 bola sepak, manakala Thai Smile Bus (TSB) menghadiahkan sebuah bas elektrik baharu bagi menggantikan ‘dream carrier’ lama.
Ketua Pegawai Eksekutif TSB, Kulpornpath Wongmajarapinya berkata, kisah pasukan ini cukup memberi inspirasi, terutamanya hubungan rapat antara para pemain dan jurulatih.
Impian Berterusan
Walaupun berstatus underdog, kejayaan menembusi pentas akhir 7HD Champion Cup 2025 membuktikan bahawa semangat, disiplin dan kesungguhan mampu mengatasi kekangan prasarana. Dengan sokongan yang semakin meluas, Mon Thong Wittaya kini dilihat berpotensi menjadi salah satu akademi bola sepak sekolah paling disegani di Thailand.
Para pemain muda pasukan ini menyatakan mereka mahu kembali lebih kuat pada edisi seterusnya dan berjanji untuk membawa pulang trofi ke Mon Thong. Seiring pembangunan baharu yang diterima, pasukan ini berada pada landasan tepat untuk terus mencipta kisah kejayaan dalam dunia bola sepak remaja Thailand.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!