Ikhsan Ise, Pengasas Artortoise Meninggal Dunia.

Share

Kalau anda seorang yang memang sukakan ilustrasi digital, pasti tidak melepaskan peluang untuk melihat karya Astortoise. Ilustrasi yang dihasilkan banyak memberikan maksud tersirat dengan mesej yang positif.

Namun kini pengasasnya, Ikhsan Ise telah dilaporkan menghembus nafasnya yang terakhir kira-kira jam 1.57 pagi tadi.

Berita pemergian artis digital berusia 35 tahun itu dimuatnaik dalam satu hantaran di facebook rasmi Artortoise. Jenazah allahyarham akan dikekebumikan di Bandar Seri Putra, Kajang.

 Sebelum ini, menurut maklumat yang dimuatnaik menerusi Instagram Artortoise, Ikhsan Ise sebelum ini dimasukkan ke hospital lantaran penyakit kanser dan juga jangkitan hepatitis B. Dan dalam hantaran terakhir allahyarham pada 15 Oktober, beliau akan menjalani rawatan radioterapi bagi sesi pertama.

Semoha roh allahrayham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

IKLAN