
Kalau anda seorang yang memang sukakan ilustrasi digital, pasti tidak melepaskan peluang untuk melihat karya Astortoise. Ilustrasi yang dihasilkan banyak memberikan maksud tersirat dengan mesej yang positif.
Namun kini pengasasnya, Ikhsan Ise telah dilaporkan menghembus nafasnya yang terakhir kira-kira jam 1.57 pagi tadi.
Berita pemergian artis digital berusia 35 tahun itu dimuatnaik dalam satu hantaran di facebook rasmi Artortoise. Jenazah allahyarham akan dikekebumikan di Bandar Seri Putra, Kajang.
Sebelum ini, menurut maklumat yang dimuatnaik menerusi Instagram Artortoise, Ikhsan Ise sebelum ini dimasukkan ke hospital lantaran penyakit kanser dan juga jangkitan hepatitis B. Dan dalam hantaran terakhir allahyarham pada 15 Oktober, beliau akan menjalani rawatan radioterapi bagi sesi pertama.
Semoha roh allahrayham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lee Kwang Soo Ucap Selamat Tinggal Di 3 Lokasi Lama Running Man

Akhirnya, episod Running Man yang dinanti-nantikan (agak ironik memandangkan ramai yang tidak mahu detik ini untuk berlaku) ditayangkan pada malam ini.
Episod 559 pada malam ini menyaksikan pemergian salah seorang ahli Running Man yang paling digemari peminatnya.
Umpama ‘cahaya’ yang menyinari rancangan variety Korea Selatan tersebut, Lee Kwang Soo lebih dari sekadar menyelesaikan task yang diberikan dalam setiap episod Running Man selama lebih 10 tahun ini.

Pelakon dan selebriti ini juga telah memastikan penonton kekal setia dengan rancangan tersebut biarpun tidak lama dahulu, timbul ura-ura Running Man akan dibubarkan for good.
Menerusi episod 559 ini, penulis sudah dapat mengagak apa yang akan berlaku. Seperti biasa, apabila mana-mana selebriti dalam rancangan variety ingin mengucapkan selamat tinggal, produksi akan mengimbas kembali momen manis (dan mungkin pahit) membabitkan selebriti tersebut.
Produksi juga akan meminta setiap ahlinya untuk menyampaikan ucapan kepada mereka yang terlibat. Semua itu sudah dapat dijangkakan berlaku dalam episod ini setelah klip acahnya (teaser) dimuat naik pada minggu lalu.
Oleh itu, to say we were surprised is quite an overstretch.
Apa yang lebih menarik perhatian penulis adalah pemilihan sekurang-kurangnya tiga lokasi yang pernah digunakan untuk penggambaran Running Man sebelum ini dalam episod ini. Most probably for the sake of going down memory lane.
*
Lokasi pertama ialah di ruang bumbung Times Square Shopping Mall dekat Yeongdeungpo-gu, Seoul. Ia pernah ditampilkan pada episod sulung Running Man pada Julai 2010. Di sinilah lokasi ahli-ahli asalnya termasuk Lee Kwang Soo memperkenalkan diri kepada penonton.
2010

2021

Lokasi kedua adalah di kawasan boulevard berhadapan Sungai Han, Seoul. Penulis sendiri kurang pasti berapa kali sebenarnya Running Man pernah memilih lokasi popular ini sepanjang 10 tahun ditayangkan. *Keluarkan trivia!*
Begitupun, episod paling memorable buat penulis yang membabitkan Sungai Han adalah episod 187 semasa mereka berada di kawasan berdekatan jambatan laluan tren Dangsa. Di sana, mereka bertanding pasukan manakah yang mencatatkan waktu terpantas semasa yang merentasi sungai ini.
2014


2021


Akhir sekali, penulis masih jelas mengingati lokasi ketiga ini kerana ia baru saja ditayangkan. Dalam episod 553, mereka kembali ke tahun 1991 dan merebut hadiah berupa barangan yang ikonik pada era 90-an seperti walkman.
Salah sebuah lokasi yang dipilih adalah di stor yang menjual rekod vinil. Di sinilah lokasi ketiga yang kembali dikunjungi oleh ahli Running Man pada episod malam ini.
Mei 2021
Jun 2021


*
*
Adakah Running Man akan kekal sama seperti sebelum pemergian Lee Kwang Soo? Tidak sama sekali. Adakah kami harapkan kemunculan Song Joong ki dan Kang Gary dalam episod malam ini sebagai kejutan? Ya, tapi produksi mungkin sekali ingin menyimpan kemunculan khas itu bagi episod terakhir Running Man. Adakah Running Man akan terus ditayangkan? Mungkin episod akhir lebih hampir dari yang kita sangkakan.
Walaupun Running Man pernah mengucapkan selamat tinggal kepada Song Joong ki (episod 41) dan Kang Gary (episod 324), masih sukar untuk mereka lepaskan seorang lagi ahli demi kebaikannya.



Apapun, tidak kiralah apa juga nasib yang menanti rancangan variety terpanjang (atau di antara yang terpanjang) pernah ditayangkan di Korea Selatan ini, peminat pasti akan menyokong karier setiap ahlinya selepas ini; seperti yang berlaku kepada Song Joong ki dan Kang Gary.
ARTIKEL BERKAITAN : Oppa Joong-Ki Di Angkasa Lepas! Filem Sci-Fi Korea ‘Space Sweepers’ Janji Kelainan – REMAJA
Sumber Foto : (3) 런닝맨 RunningMan | Facebook
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Miimaland Raih Anugerah Filem Seram Terbaik Di Alternative Film Festival Spring 2021 Kanada

Kebanyakan filem di negara kita yang tidak mendapat sambutan penonton sebenarnya mempunyai kelebihan tersendiri sehingga berjaya menempatkan diri dalam pencalonan anugerah di luar negara.
Kali ini, sebuah lagi filem tempatan diiktiraf di luar negara apabila Miimaland diumumkan sebagai Filem Seram Terbaik bagi kategori filem cereka di AltFF Alternative Film Festival Spring 2021 di Toronto, Kanada.
Filem lakonan Fattah Amin ini mengisahkan tentang sekumpulan pencipta kandungan yang menerima satu tawaran tugasan luar biasa bagi membuat aktiviti penggambaran di kawasan tapak taman tema hiburan yang terbiar lama iaitu Mimaland yang pernah popular sekitar tahun 80-an.

Sepanjang proses mendapatkan kandungan pelbagai perkara berlaku bahkan satu demi satu, ahli daripada kumpulan mereka meninggal dunia akibat mengunjungi tempat tersebut dan tanpa disedari mereka juga menyeru semangat mistik di sana.
Miimaland mengalahkan empat filem lain yang turut bertanding iaitu ‘Dead Destination’ dan ‘Faith’ dari United Kingdom, ‘Edwin’ (Kanada) dan ‘Thousand of Years’ (Amerika Syarikat).
Pengarah filem tersebut, Nevin menjelaskan bahawa pihak produksi mereka hanya mencuba nasib dengan menghantar karya berkenaan ke beberapa festival filem luar negara, namun tidak menyangka ia beroleh kejayaan.

Walaupun filem ini mendapat pelbagai ulasan negatif daripada penonton dan pengkritik filem, namun Nevin dan team produksinya berbangga dengan kemenangan ini, sekali gus menjadi penanda aras bagi kejayaan mereka.
Selain itu, Nevin berkata filem berkenaan turut tercalon dalam beberapa festival filem antarabangsa seperti Portland Horror Film Festival, Brussels Independent Film Festival dan Europe Film Festival.
Inilah yang dinamakan rezeki tidak pernah salah alamat kan. Hiks!
Apa-apa pun, kami ingin mengucapkan tahniah buat seluruh tenaga pekerja dan para pelakon yang menjayakan filem Miimaland ini.
Sumber: Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lima Anak Mampu Belajar Di London, Siapa Sebenarnya Ezurin Khyra Pencetus Topik Trending?

Semalam menandakan permulaan musim baharu program realiti The House yang dibawakan oleh saluran Astro Ria.
Jika sebelum ini, The House pernah menampilkan adik-beradik Maembong, keluarga Dato Seri Vida dan keluarga Rozita Che Wan.
Bagi musim keenam ini, The House membawakan kehidupan keluarga sosialit yang mungkin tidak sepopular keluarga selebriti lain di media massa namun cukup dikenali oleh peminat mereka di media sosial.
Pemilihan keluarga Ezurin Khyra pada kali ini telah mencetuskan perdebatan di media sosial sejak iklan acah pertama program tersebut dimuat naik di media sosial.

Ada yang beranggapan keluarga sosialit ini umpama keluarga ‘privileged’ yang merendah-rendahkan kehidupan golongan B40 kerana intipati program ini yang membawa mereka keluarga keluar dari zon selesa di bandar.
Tidak kurang juga sebilangan peminat Ezurin Khyra yang tidak sabar untuk melihat kehidupan beliau bersama lima orang anaknya itu, di sebalik foto dan video kehidupan mewah yang dimuat naik di media sosial.
Persoalannya, siapakah Ezurin Khyra dan lima orang putera dan puterinya ini? Dan mengapakah beliau mampu mencetuskan topik trending di Twitter sepanjang hari ini.
Ya, Ezurin pernah bergelar model sekaligus ikon fesyen sejak era 2000-an lagi. Namanya mula memuncak beberapa tahun kebelakangan ini di kalangan pengguna media sosial apabila kehidupannya yang penuh glamorous kerap dimuat naik untuk tontonan followers. Selalu terbang ke sana-sini mengelilingi dunia namun pada masa yang sama, cukup cekap menjaga lima orang anak terutamanya dalam bab pembelajaran.
Harga ilmu dan kasih sayang seorang ibu bagi Ezurin adalah lebih daripada harga kebendaan. Untung badan Tunku Aaman Khyra, Tunku Nadya Khyra, Tunku Imaan Khyra & Tunku Ooman Khyra (pasangan kembar tidak seiras) dan Tunku Rmaan Khyra.
Ramai pengguna media sosial yang seakan cannot have enough of watching their lives dan disebabkan itulah, Ezurin merupakan pilihan tepat bagi program The House musim ini.
Kata Ezurin kepada rakan media di Gempak baru-baru ini, walaupun kelima-lima orang anaknya dihantar ke United Kingsom untuk menuntut ilmu, Ezurin tetap menerapkan nilai-nilai keTimuran dalam diri mereka.

“Saya selalu ingatkan mereka tentang kepentingan sikap merendah diri tanpa mengira status. Tidak kira betapa istimewanya layanan yang diberikan kepada kita dalam masyarakat, kita harus merendah diri.
“Saya selalu beritahu dan mengajar mereka tentang adat-adat orang Melayu agar mereka dapat mengamalkannya,” tambahnya yang telah menjalani penggambaran program ini sejak Ogos lalu.
Menariknya, kami juga teruja untuk melihat Ezurin menukar gaya dan stailnya pada setiap episod nanti. Beliau sendiri mengaku telah membawa ‘selori’ pakaian untuk tujuan penggambaran. “Seperti kita makan beberapa kali dalam sehari, saya juga gemar menukar baju paling kurang empat kali sehari.
“Saya suka fesyen, saya rasa tidak lengkap sekiranya saya tidak tukar baju dalam sehari,” simpulnya. And that is just tiny bit of Ezurin Khyra for you.
*
Sebelum kita judge secara pra-matang, apa kata tonton dahulu program 10 episod – The House yang disiarkan setiap hari Rabu, pada jam 9 malam di saluran Astro RIA HD.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

