Ikea UK Kongsi Resipi Swedish Meatball Untuk Korang Buat Sendiri Di Rumah

Share

Siapa sahaja yang tidak sukakan signature dish dari restoran Ikea, Swedish Meatball yang semestinya popular di kalangan masyarakat kita.

Maka tidak hairanlah setiap kali korang berkunjung ke sana, restoran Ikea tidak pernah sunyi dengan pengunjung, malah korang perlu beratur panjang untuk membuat pembelian disana.

Nah, selepas ni kalau ada yang craving nak makan meatball Ikea tu, korang dah boleh buat sendiri di rumah kerana Ikea UK dan Ireland sudah pun berkongsi ‘secret recipe

‘ untuk korang cuba sendiri.

Nah, kami telah mengolah sedikit resipi ini kerana di luar negara mereka menggunakan daging khinzir. Jadi, apa kata kita buat versi halal pula okay?

Bahan-bahan:

– 500g daging cincang
– 1 biji bawang besar yang sudah dicincang
– 1 biji bawang putih (dicincang)
– 100g serbuk roti
– sebiji telur
– 5 sudu besar susu (whole milk)
– Garam dan pepper secukup rasa
– Minyak masak
– 40g butter
– 40g tepung
– 150ml stok sayuran
– 150 ml stok daging
– 150ml thick double cream
– 2 sudu kecil kicap
– 1 sudu kecil Dijon mustard

Cara menyediakannya:

1. Gaulkan daging cincang bersama bawang besar, bawang putih, serbuk roti dan telur. Kemudian, campurkan dengan susu dan perasa termasuk garam dan pepper.

2. Bentukkan daging tersebut menjadi bulat. Tempatkan daging yang telah dibentuk ke dalam pinggan dan tutup, masukkan dalam peti sejuk selama 2 jam (ini dapat membantu mengekalkan bentuk meatball apabila dimasak nanti).

3. Panaskan kuali dengan suhu sederhana, dan masak sehingga meatballs tadi bertukar warna menjadi coklat.

4. Selepas itu, masukkan meatball ke dalam pinggan dan panaskan dalam ketuhar (suhu 180c konvensional atau 160c) dan masak selama 30 minit lagi.

5. Kemudian cairkan 40g butter dalam kuali, ayakkan bersama 40g tepung tadi dan kacau sehingga 2 minit. Selepas itu, masukkan 150ml stok sayuran an 150ml stok daging dan teruskan kacau.

6. Masukkan 150ml double cream, dua sudu kecil kicap dan 1 sudu kecil Dijon mustard. Biarkan sehingga mendidih dan biarkan kuah menjadi pekat.

7. Setelah siap dimasak, korang boleh hidangkan bersama mashed potato. Ha siap!

Wah nampak menarik, bolehlah cuba untuk menu Ramadan nanti. Selamat mencuba!

Sumber: 9gag

IKLAN