Kes buli yang melibatkan Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13 tahun, terus menjadi bualan ramai kerana ia membuka mata kita betapa seriusnya isu buli di kalangan remaja. Tragedi yang berlaku bukan sahaja meruntun hati, tetapi juga memberi peringatan bahawa perbuatan buli bukan sekadar “main-main”  dan ia boleh meragut nyawa.

Lima remaja yang akan didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu pada Rabu tetap akan dilindungi identiti mereka. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menjelaskan, di sisi undang-undang mereka masih dianggap kanak-kanak, dan dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Identiti Lima Remaja Tertuduh Kes Buli Zara Qairina Akan Dilindungi – Menteri di Jabatan Perdana Menteri

“Buli Tak Pernah Boleh Diterima”

Menurut Azalina, walaupun kes ini berat, hak mereka untuk kerahsiaan, perwakilan guaman dan layanan yang adil tetap terjamin. Katanya lagi, buli sama ada di sekolah atau secara online tidak pernah boleh diterima.

Ads

Sementara itu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) juga menegaskan orang awam dan media tidak boleh mendedahkan maklumat berkaitan lima remaja terbabit – termasuk nama, gambar atau sekolah mereka. Jika melanggar, boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau penjara lima tahun.

Identiti Lima Remaja Tertuduh Kes Buli Zara Qairina Akan Dilindungi – Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, mereka tertakluk di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 yang menjamin kerahsiaan, perwakilan guaman dan layanan adil, walaupun terlibat kes buli.

Fokus Pada Undang-Undang & Keselamatan Remaja

Kerajaan kini memperkukuhkan usaha membanteras buli dengan pelbagai langkah termasuk Akta Keselamatan Dalam Talian 2025, pindaan Kanun Keseksaan dan penubuhan tribunal khas untuk kes buli siber. Matlamatnya jelas – melindungi mangsa, memberikan peluang pemulihan kepada pesalah dan pada masa sama mendidik remaja tentang keselamatan digital.

Ads

Apa Yang Kita Boleh Belajar?

Sebagai remaja, kita mungkin pernah nampak atau dengar kawan dibuli. Kadang-kadang ia bermula dengan ejekan kecil, tetapi tanpa sedar boleh bertukar menjadi trauma besar.

Ads

👉 Kalau korang dibuli, jangan diam. Cari orang dewasa yang dipercayai – ibu bapa, guru atau kaunselor.
👉 Kalau nampak orang lain dibuli, berani bersuara. Laporkan, jangan hanya jadi pemerhati.
👉 Kalau pernah terlibat sebagai pembuli, berhenti sekarang. Setiap tindakan ada kesan.

Kes Zara Qairina adalah peringatan bahawa buli bukan gurauan. Kita semua ada tanggungjawab untuk mewujudkan persekitaran yang lebih selamat, sama ada di sekolah atau di media sosial.

Sumber : Sinar Harian 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads