
Nampaknya Raja Kpop kesayangan semua ini dah mula berkerja selepas tamat latihan ketenteraan baru-baru ini.

Terbaru, kolaborasi diantara G-Dragon dan Nike ini memperlihatkan hasil seni yang sangat kreatif yang dihasilkan oleh G-Dragon sendiri. Kasut ikonik Nike, Air Force 1 ini mula bertukar wajah baharu menerusi sentuhan tangan ajaib G-Dragon!

Rekaan kasut Nike Air Force 1 yang sememangnya memiliki reka bentuk yang dinamik bertukar menjadi lebih artistik menerusi sentuhan hasil seni yang dilakukan oleh G-Dragon. Pelbagai idea unik dan segar daripada G-Dragon dapat di lihat menerusi kasut Nike Air Force 1 “Para-Noise” ini.


Rasanya pasti ramai peminat Nike dan G-Dragon tidak sabar-sabar untuk mendapatkan kasut sentuhan idea kreatif raja K-Pop yang gempak ini bukan!


Transformasi Nike Air Force 1 “Para-Noise” x G-Dragon PEACEMINUSONE!
Kasut Nike Air Force 1 “Para-Noise” x G-Dragon PEACEMINUSONE ini akan mula berada di pasaran secara global pad 23 November 2019 ini nanti. Jadi VIP jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan kasut ikonik ini pada hujung bulan ini nanti.
Sumber : Allkpop
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wajah Kacak Bikin Histeria. Bright Vachirawit, Bintang Thailand Yang Menakluk Peminat Seluruh Dunia

Kebiasaannya bintang popular dari Hollywood, Bollywood dan juga Korea Selatan begitu dikenali serata dunia. Namun kini muncul pula gelombang dari dunia seni Thailand yang dilihat sudah mula ‘mengeksport’ bakat-bakat mereka agar terkenal serata dunia.
Antara salah seorang yang kini menjadi perhatian ialah pelakon, penyanyi dan model, Bright Vachrawit. Merupakan anak kacukan berdarah Thai dan Amerika Syarikat, jejaka berusia 26 tahun ini dibesarkan di Thailand oleh ibunya apabila kedua orang tuanya bercerai.

Memulakan kariernya dalam dunia seni seawal usia 15 tahun, namun begitu bintangnya benar-benar bersinar apabila membintangi drama 2gather The Series dan Still 2gather yang merupakan siri paling banyak ditonton di saluran LINE TV di Thailand.
Selain dua drama bersiri tersebut, Bright juga terpilih untuk berlakon dalam siri remake versi Thai bagi drama Boys Over Flower yang dipopularkan oleh kumpulan F4 sebelum ini.
Kemudian dia sekali lagi mencipta fenomena apabila digandingkan bersama pelakon wanita popular Thailand, Davika Hoorne dalam siri Astrophile yang menerima lebih 30 juta jumlah tontonan.

Walaupun sibuk dengan dunia seni, jejaka berusia 26 tahun ini tidak mengabaikan pendidikan. Dia baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang pemasaran dari Bangkok University pada penghujung tahun lalu. Menariknya majlis konvokesyennya dihadiri oleh lebih 2’000 peminat!
ARTIKEL BERKAITAN: Popular Dan Bijak, Mai Davika Miliki Sarjana Dalam Bidang Komunikasi
FASHION STAR
Lumrah kehidupan selebriti, fesyen tidak boleh dipisahkan. Dengan ketinggian dan rupa paras kacak yang dimilikinya, Bright menjadi pilihan banyak jenama fesyen antarabangsa. Apatah lagi kehadiranya dalam majlis fesyen telah memberikan jenama tersebut nilai media yang gah bernilai jutaan dolar.

Jenama seperti Prada, Chanel dan Louis Vuitton bekerjasama dengannya bagi menaikkan lagi imej mereka di rantau Asia Tenggara. Tahun lalu, Bright telah menjadi duta global Burberry dan dia merupakan selebriti Asia Pasifik Selatan pertama seumpamanya yang dipilih untuk menggalas tugas itu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Leona Jelas Tentang Bentuk Leher & Tiroid – “Saya Tak Sakit, Itu Adalah Lemak”

Pempengaruh, Leona atau nama penuhnya Kasih Iris Leona meluahkan rasa kecewanya terhadap sikap segelintir netizen yang kerap menegur bentuk lehernya dan mengaitkan ia dengan penyakit tiroid.
ARTIKEL BERKAITAN : Kasih Iris Leona Tidak Faham Cara Pemikiran Azhar Sulaiman, Selalu Tidak Sependapat

“Saya tak sakit, itu adalah lemak.”
Menerusi perkongsian di TikTok, Leona memberi amaran bahawa dia akan memberi penjelasan mengenai hal itu sekali sahaja dan berharap netizen di luar sana tidak akan bertanyakan berkenaan hal tersebut kepadanya lagi.
Kata Leona, dia sudah membuat ujian darah sebanyak dua kali dan hasil keputusan tersebut mendapati dia bebas daripada penyakit tiroid.
Tak cukup dengan itu, dia juga telah menjalani pemeriksaan ultrasound di bahagian leher bagi memastikan dia tidak menghidapi penyakit berkenaan.
@leonathe2nd♬ original sound – le yoooooooo na
Ini adalah posting terakhir saya bercakap tentang hal ini. Sejujurnya ia adalah privasi saya, tetapi anda semua tetap komen tentang hal itu.
“Untuk pengetahuan semua, saya sudah buat pemeriksaan kesihatan, bukan sekali tapi dua kali. Yang pertama saya buat full blood test dan keputusannya clear (tidak menghidap tiroid).
“Namun anda semua masih bercakap tentang hal itu, jadi saya buat ujian itu sekali lagi. Keputusannya ‘clear’, okey? Dan jika itu tidak cukup, saya juga buat ultrasound dan saiz tiroid saya normal dan kecil saja,” katanya.
Tambah Leona lagi, tubuhnya hanya berisi dan tidak sakit seperti yang diperkatakan orang ramai dek kerana bentuk lehernya itu.
“Ia cuma lemak, saya tidak sakit. Ia tisu yang sihat. Saya nak juga beritahu yang mata saya tidak tersembul, ia cuma besar. Saya minta maaf sebab mata saya besar.
“Tolong berhenti komen tentang tiroid saya. Ia sangat menjengkelkan sebab anda buat saya risau tentang kesihatan saya, walhal saya tahu saya sihat.
“Terima kasih sebab prihatin tetapi ia sangat biadap untuk memberi komen mengenai tubuh badan seseorang,” katanya lagi.

Rata-rata netizen yang melihat video berkenaan bersimpati dengan nasib Leona yang sering diganggu dengan komen-komen yang menjengkelkan.
Hmm…tak baiklah body shaming orang, sian.
BACA LAGI: “Saya Risau Leona Ni Jenis Hari-Hari Bodoh…”, Azhar Sulaiman Bimbang Karenah Anak Perempuan – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
3 Sebab Kenapa Doa Korang Untuk Dapat Jodoh Tak Makbul

Bila dah berputus asa dalam berdoa, ada sesetengahnya yang mempersoalkan kenapa doanya tidak dimakbulkan, terutamanya tentang jodoh.
Memang benar tidak semua doa akan dimakbulkan kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk umatNya. Tapi tak bermakna kita perlu berputus asa untuk terus berdoa.
Kajian daripada LPPKN menjelaskan bahawa takrif umur kahwin lewat ini adalah sekitar 37 tahun bagi lelaki dan 33 tahun bagi perempuan.
Ada yang menanggap belum dipertemukan jodoh kerana Allah tidak memakbulkan doanya. Namun, menurut portal BaitulMuslim.com, mungkin ada beberapa sebab kenapa doa korang untuk mendapat jodoh masih belum dijawabNya.
1. Doa yang memaksa
Doa yang korang minta tu seperti memaksa supaya dikabulkan dengan segera. Sebagai umat manusia, kita hanyalah seorang hamba yang tiada kuasa untuk mengatur setiap perjalanan hidup.
Contoh doa yang seperti memaksa adalah seperti, “Ya Allah, jodohkanlah aku dengan dia, andai jodoh dia dengan orang lain maka jadikanlah aku orang lain itu agar aku menjadi jodoh dia…”
Sedangkan Rasulullah SAW bersabda, “Akan dikabulkan doa setiap di antara kalian, selama dia tidak tergesa-gesa. Dia berkata, “Aku telah berdoa kepada Allah namun belum di kabulkan.” (HR. Bukhari dan Muslim).

2. Doa yang tidak bersungguh
Dalam erti kata lain, berdoa secara main-main. Mulut berdoa macam-macam tapi hati dan fikiran melayang memikirkan perkara lain. Apa yang korang doa tu tak dihayati dan difahami dengan betul.
Ada juga yang hanya meminta doa untuk dipertemukan dengan pasangan hidup dan berdoa ketika ditimpa masalah saja. Sedangkan doa juga merupakan satu ibadah.
“Barangsiapa mahu supaya doanya dikabulkan ketika dalam keadaan kesempitan atau kesusahan hendaklah dia banyak berdoa ketika dalam kesenangan”. (HR Tirmizi)
3. Doa tanpa usaha
Paling sia-sia adalah bila korang berdoa tapi tak diiringi dengan usaha. Ia juga boleh dianggap sebagai seorang hamba yang sombong.
Hanya berdoa dari segi percakapan dipermudahkan urusan jodoh, tapi tidak berusaha untuk mencari.
Tidak semua doa akan dimakbulkan Allah tapi sebagai hambaNya, kita harus sentiasa memohon dan perlu istiqamah dalam melakukan ibadah ini.
Kalau kita nak sesuatu, mesti perlu berusaha juga kan? Jadi, jangan hanya bercakap di mulut “Aku nak kahwin” atau “Berikanlah aku jodoh yang baik” tapi korang sendiri pun tak ada usaha untuk ke arah itu.
Sumber: Baitulmuslim
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

