Kasih seorang ibu sampai ke syurga. Kegembiraan seorang ibu melahirkan anak dan mungkin memasang impian untuk membesarkan puteri-puterinya nyata tidak kesampaian apabila meninggal dunia selepas melahirkan bayi kembar tiga.
Lebih menyayat hati, selepas selamat melahirkan ketiga-tiga bayi perempuannya dalam keadaan normal, arwah Dian Nasution mengalami tumpah darah yang banyak sehingga membuatkan tubuhnya semakin melemah. Tidak berapa lama, dirinya menghembuskan nafas terakhir dan lebih menakjubkan “perginya”dalam keadaan tersenyum.
.
.
Dalam kejadian di Medan, Indonesia dua hari lalu, ia menjadi berita viral bagi masyarakat di negara terbabit. Lebih menyayat hati, saat ketiga-tiga puterinya diletakkan berhampiran wajahnya sebelum dikafankan, wajah mungil kecil yang belum mengerti erti dunia itu seakan diam. Tahu jika tangisan mereka menyusahkan bapa yang sedang dalam kesedihan. Manakala wajah arwah Dian kelihatan berseri-seri, tanda kematian husnul khotimah.Sementara dalam video berkenaan, jelas kelihatan sang suami dalam kesedihan dengan pemergian isteri tercinta.
Dalam pada itu, warga net turut menyampaikan ucapan takziah dan berdoa semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman.Semoga husnul khotimah dan ada memaklumkan, inilah perjuangan seorang ibu, nyawa jadi taruhan untuk melahirkan anak-anaknya.
So korang, sayangilah ibu bapa korang selagi ada hayat ya. Kadang kita tak tahu bila nyawa akan ditarik. Jangan nak melawan sangat kalau mak ayah bagi nasihat!
Sumber : Tribun Ceribon.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ekoran dengan perintah kawalan pergerakan yang bermula hari ini 18 Mac 2020 (Rabu), IPTA/ IPTS antara institusi yang terpaksa ditutup angkara Covid-19 yang makin teruk di Malaysia.
Dan semalam juga, ramai mahasiswa dan mahasiswi yang terperangkap di terminal bas setiap negari akibat ingin pulang ke kampung masing-masing.
Namun, langkah yang patut dicontohi ditunjukkan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) apabila mengambil tanggungjawab menyediakan perkhidmatan pengangkutan dengan menyewa 13 buah bas khusus untuk menghantar lebih 500 pelajar pulang ke kampung halaman masing-masing.
Inisiatif tersebut diambil susulan pertemuan dengan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniMAP sebaik sahaja pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Naib Canselor, Prof. Ir. Ts Dr. R Badlishah Ahmad berkata, melalui inisiatif tersebut, UniMAP percaya ia mampu mengurangkan risiko jangkitan virus Covid-19 yang kini telah diisytiharkan pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan telah menyebabkan dua kematian di Malaysia.
“Untuk malam ini sebanyak 13 buah bas terlibat dan bagi perjalanan 18 Mac pula, UniMAP menyediakan 17 buah bas lagi untuk menampung 680 pelajar menjadikan keseluruhan 30 buah bas dengan 1200 pelajar terlibat.
Menurut malaysiagazette juga, bas-bas yang disediakan ini membabitkan perjalanan ke Lembah Klang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor serta negeri-negeri di Pantai Timur dan setiap pelajar turut menjalani pemeriksaan kesihatan khas yang dikendalikan oleh pasukan petugas Pusat Kesihatan Universiti (PKU) sebelum dibenarkan menaiki bas.
“Dengan cara ini, kita berharap para pelajar tidak terdedah kepada risiko kontak bersama orang awam selain dapat memastikan pelajar selamat tiba ke kampong halaman masing-masing,” ujarnya.
Beliau menambah, selain inisiatif tersebut, UniMAP turut menyediakan penginapan kepada para pelajar yang tidak pulang ke kampung dengan kemudahan kedai runcit serta kafeteria beroperasi seperti biasa tetapi hanya terhad untuk makanan berbungkus sahaja.
Netizen juga kebanyakkannya memuji tindakan UniMAP
Siapa je yang tak suka makan ayam. Boleh dikatakan di Malaysia ini, makanan kita memang banyak menggunakan ayam sebagai lauk utama. Dan pelbagai jenis masakan tidak kiralah sama ada kari, tom yam, rendang atau dijadikan pelengkap di dalam mee kari, mee sup, soto dan macam-macam lagi. Pelbagai peringkat umur dan bangsa di Malaysia memang suka makan ayam.
Antara menu yang paling popular sekarang ialah ayam goreng dan bakar. Kalau anda masih ingat lagi beberapa bulan lepas sebelum ini ayam goreng pedas jenama terkenal sentiasa sold out di merata-rata outlet gara-gara menjadi tular di media sosial. Dengan populariti inilah telah menyebabkan pelbagai variasi jenama ayam goreng dan bakar dengan resipi tersendiri semakin banyak ditawarkan kepada pengguna di Malaysia.
Kali ini Remaja ingin kongsi beberapa restoran yang menyediakan ayam goreng dan ayam bakar untuk santapan kamu di masa akan datang. Mostly yang disenaraikan ini memang Remaja pernah cuba!
Kyochon
Tidak dinafikan deman K-pop dan drama Korea sedikit sebanyak telah membawa masuk pelbagai jenama makanan Korea ke negara kita. Dan antara jenis makanan yang popular ialah ayam goreng Korea. Kyochon merupakan antara jenama yang paling popular. Dengan menawarkan tiga jenis ayam goreng utamanya iaitu Soy Garlic Series, Red Pepper Series dan Honey Series ia sentiasa menggunakan ayam segar.
Ayam Goreng McD Spicy (McDonalds)
Huru-hara satu Malaysia dibuatnya pada beberapa bulan lepas. Gara-gara iklan yang cukup membuatkan mulut sesiapa sahaja kecur selepas menonton iklan komersialnya, Ayam Goreng McD cukup susah didapati melainkan pergi awal dan sanggup beratur panjang. Namun, kini ia tidak lagi begitu tular namun rasa pedasnya cukup digemari oleh rakyat Malaysia.
Nando’s
Tampil dengan slogan Everyone’s Platter, Nando’s adalah jenama yang tidak asing lagi bagi penggemar ayam bakar dengan sos pelbagai perisa istimewanya. Jenama yang berasal daripada Afrika Selatan ini cukup terkenal dengan ayam Peri-peri Chicken. Kamu boleh memilih Extra Hot, Hot, Mild, Lemon & Herba dan Mango & Lime. Lengkap juga dengan pelbagai side dish menarik seperti coleslaw, peri chips, garlic bread dan macam-macam lagi.
K Fry Urban Korean
The latest fried chicken craze in Malaysia! Baru-baru ini tular di media sosial tentang ayam goreng Korea yang disalut cheese tebal dengan outlet pertamanya di IOI City Mall, Putrajaya. Sehingga ke hari ini, masih ramai yang terpaksa beratur panjang untuk menikmati Cheesy Fried Chicken Bumbuk. Kelainan yang dibawa jenama ini dengan ayam goreng bersalut cheese ternyata berjaya memikat hati ramai penggemar ayam goreng!
4Fingers Crispy Chicken
Sebuah lagi jenama ayam goreng Korea yang kian mendapat tempat di hati penggemar ayam goreng Malaysia. Namanya sahaja sudah cukup memberi bayangan tentang ayam goreng rangup yang sememangnya menjadi salah satu faktor wajib ada untuk hidangan ini. Dengan status Halal yang diperolehinya, kamu tidak perlu ragu-ragu untuk menikmati hidangannya. Apa yang istimewa mereka hanya menyediakan ayam bahagian kepak dan peha sahaja dengan dua perisa berbeza, Soy Garlic dan Hot.
Galito’s
Ini merupakan salah ayam bakar terbaru yang boleh didapati di negara kita. Malah, pada hari ini Remaja berkesempatan mengikuti majlis pelancaran Galito’s di Malaysia bersama pengasasnya sendiri, Louis Germishuys. Apa yang menarik tentang Galito’s? Pertama sekali mereka tampil dengan resipi Galito’s Flame-Grilled Chicken. Ayam bakar ini diperap dengan perlahan selama 24 jam dengan bahan-bahan semulajadi tanpa pengawet. Dengan menggunakan resipi negara asalnya iaitu Afrika Selatan, Galito’s merupakan ayam bakar yang harus dicuba. Ia cukup berbeza dengan ayam bakar yang terdapat di pasaran terutamanya dengan pesaingnya (ehem).
Ada cadangan ayam goreng yang best boleh Remaja cuba di masa akan datang? Berikan cadangan di ruangan komen!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo dipelawa oleh bekas juara dunia lightweight Ultimate Fighting Championship (UFC) Khabib Nurmagomedov untuk berlatih di pusat latihannya di Republik Dagestan, Rusia.
Menurut jaguh seni bela diri campuran (MMA) berkenaan tidak hanya kagum dengan bakat yang dimiliki anak jati Sarawak itu tetapi menganggap Johan sebagai atlet yang berbakat dan sedia memberi sokongan jika beliau berhasrat untuk beralih ke sukan MMA pada masa hadapan.
“Saya tahu beliau masih muda dan pejuang yang hebat. Saya mengucapkan selamat maju jaya kepadanya. Beliau ada memberitahu saya bahawa beliau mahu beralih ke MMA setelah selesai dengan sukan yang diceburinya sekarang.”
Kredit: Khabib
“Jika beliau mahu beralih ke MMA, beliau dialu-alukan untuk berlatih bersama kami di Dagestan untuk meningkatkan kemahiran gustinya. Kehadirannya sentiasa dialu-alukan,” kata Khabib dalam satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Ahad semalam.
Bercakap mengenai landskap sukan tempur di Malaysia, Khabib yang kini berusia 36 tahun disenaraikan dalam UFC Hall of Fame 2022 berkata, Malaysia mempunyai beberapa atlet berbakat yang mampu mencapai ke tahap dunia.
Jelasnya, jika Malaysia mahu melahirkan juara MMA bertaraf dunia, negara perlu membina asas yang kukuh melalui jurulatih berpengalaman dan sistem latihan yang mantap, menjadikan kejayaan Dagestan sebagai rujukan.
Kredit: Johan
“Saya mengikuti perkembangan MMA di seluruh dunia dan saya sedar tentang atlet berbakat dan jaguh Muay Thai yang anda miliki ketika ini. Tetapi Malaysia memerlukan lebih ramai jurulatih yang berkelayakan dan rangka kerja yang kukuh untuk memupuk bakat terbaik MMA,” katanya.
Tambah Khabib, “Di Dagestan, kami mempunyai sistem yang hebat dengan jurulatih berkemahiran tinggi dan kami telah melahirkan juara dalam pelbagai sukan tempur.”
“Untuk membangunkan atlet di peringkat tertinggi, anda perlu membina sistem yang kukuh hasil gabungan atlet yang baik dan jurulatih yang cemerlang,” ujarnya.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Alyssa Dezek mencuri perhatian apabila berjaya meraih 9A bagi SPM 2025 sekaligus membuktikan tidak salah untuk seorang remaja sambil mengimbangi kerjaya dan pelajaran.