Kisah adik Mohd Fikri Hakim bin Sikin @ Jaudin yang mengidap sakit jantung kronik antara kisah di sebalik tabir masyarakat yang amat menyayat hati.
Disahkan mengidap sakit jantung kronik dan perlu bergantung kepada mesin pernafasan sejak empat tahun lalu, semalam, tepat jam 6 petang, adik Acan menemui Sang Illahi, Tuhan Pencipta Alam.
Tiada kata-kata yang mampu dilahirkan oleh seisi keluarganya, hanya satu kerinduan dan kesedihan yang berpanjangan. Apa tah lagi beberapa hari sebelum remaja ini pergi buat selama-lamanya, beberapa kali juga Fikri atau mesra disapa Acan mahu pulang ke rumahnya. Seolah-olah dia tahu dan faham, itulah kali terakhir dia akan pulang buat selama-lamanya.
Kisah adik Acan pernah mendapat perhatian dari Tunku Mahkota Johor, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, yang merupakan pemangku Raja Johor yang telah berkenan melawatnya sendiri di rumah di Taman Bahagia, Bukit Pasir, Muar yang kemudiannya begitu gembira kerana dihadiahkan jersi pasukan JDT yang ditandatangani oleh semua pemain JDT beberapa tahun lalu.
Acan menerima kunjungan dari Tunku Ismail beberapa tahun lalu sambil menyerahkan jersi pasukan JDT.
Acan sempat meraikan hari jadi ibunya Januari lalu dalam keadaan kondisi tubuhnya yang semakin teruk..
Malah impian remaja ini yang ingin menyambut hari lahir ibunya, Kamariah Januari lalu yang begitu banyak berkorban menjaganya semenjak sakit turut tertunai sebelum dia melepaskan semua kesakitan yang ditanggungnya sehingga semalam.
Baca kisah perkongsian seorang sukarelawan, Puan Natipah Abu yang memaklumkan tentang pemergian Mohd Fikri Hakim yang mesra disapa Acan di laman sosial facebooknya semalam serta beberapa hari sebelum itu tentang niat remaja ini yang berhajat besar untuk pulang ke rumahnya sendiri selepas menerima rawatan lama di hospital.
Ads
Malah bagaikan mengerti yang ini mungkin kedengaran suaranya buat kali terakhir, sekian lama terbaring kerana kesukarannya bernafas serta memakai mesin oksigen 24 jam dalam hidupnya, Acan sempat menuturkan kata-kata terakhir buat ibunya.
Acan akhirnya pergi membawa semua penderitaan yang dilaluinya akibat sakit jantung kronik tepat jam 6 petang semalam…
Pemergian Acan, pengidap jantung kronik ini begitu dirasai seluruh ahli keluarganya..
Baca kisah sedih perkongsian dari Puan Natipah Abu ini (ditulis 2 hari iaitu pada 5 Mac sebelum Acan meninggal dunia)
Ads
( MOHD FIKRI HAKIM BIN SIKIN @ JAUDIN.
JANTUNG KRONIK ) .
Tiada sepatah kata pun yg terkeluar dr mulut si ibu apabila Acan membisikkan kata-kata itu melainkan hanya deraian air mata yg jatuh berlinangan.
Ads
Sudah 4 tahun lamanya Acan menyambung hayat dgn menggunakan mesin oksigen 24 jam dan hari ini .. setelah 4 tahun, buat pertama kali, ibunya mendengar rintihan ini. Beberapa hari ini … Acan tidak henti menyatakan hajat hendak pulang ke rumah. Merajuk dan kadang kala tercungap nafasnya menyatakan hajat itu.
Biarpun berat hati utk menunaikan hajat itu pada awalnya kerana bimbang keadaan di rumah tidak banyak membantu Acan namun pihak hospital sendiri telah merelakan Acan di bawa pulang ke rumah.
“ Mak… hari rabu mak nk bawa dia balik kan. Mak kena kuat ya ….
Kadang apa yg kita rancang akan jadi sebaliknya….
Kata-kata Doktor tadi bagai belati tajam yg menghiris tangkai jantungnya namun dia cukup memahaminya. Sama-samalah kita panjatkan doa agar dgn limpah rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T, akan diangkat segala kesakitan dr tubuh Acan dan dipermudahkan segala urusan ke atasnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sudah hampir lebih kurang tiga bulan masyarakat Malaysia menjalankan kehidupan new normal dengan perlaksanaan PKP, PKPB, dan terbaru PKPP yang menghadkan segala jualan makanan di kedai-kedai mahupun pasar malam.
Maka tidak hairanlah ramai di antara kita yang mencuba pelbagai resipi sendiri di rumah. Time PKP ni la mengidam nak makan macam-macam.
Namun, berita baik untuk rakyat Selangor yang rindukan makanan-makanan di pasar,terutamannya pasar malam.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan pasar pagi, pasar terbuka, pasar malam dan bazaria di Selangor akan beroperasi secara berperingkat bermula Isnin ini.
Yeayy…korang gembira tak?
Tambahan beliau lagi prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) kekal menjadi rujukan dalam pelaksanaan dan penguatkuasaan pengoperasian kesemua jenis pasar terbabit namun akan disesuaikan serta diselaras oleh pihak berkuasa tempatan mengikut piawaian strategik di kawasan masing-masing.
“Sebarang bentuk aktiviti di Selangor mencakupi sektor ekonomi, sosial dan rekreasi perlu mematuhi SOP yang digariskan MKN.
“Kerajaan negeri tidak akan teragak-agak untuk menutup premis atau kawasan yang berisiko sekiranya SOP gagal dipatuhi sepenuhnya oleh mana-mana pihak,” menurutnya dalam kenyataan pada Khamis.
Langkah keselamatan tetap menjadi keutamaan dengan kerajaan negeri turut mengingatkan semua pihak untuk mengimbas kod QR aplikasi SELangkah atau ‘Langkah Masuk Dengan Selamat’ sebelum memasuki mana-mana premis selain memakai pelitup muka dan menjaga kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan.
Tak sabar nak cari ayam madu bakar dekat pasar malam. hiks
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hah, Sosial media sendiri? Apa yang ada sekarang memang tak cukup lagi ke? Itulah benda pertama yang yang menerjah fikiran ini bila dengar berita tentang Taylor Swift mahu bikin laman media sosialnya sendiri.
Whatever it is, you go girl! Taylor Swift meneruskan dominasi dunia hiburan dengan app terbarunya yang dilancarkan pada 15 Disember lalu. Apps yang dikenali dengan nama The Swift Life diperkenal untuk peminat-peminatnya yang dikenali dengan nama Swifties untuk berinteraksi bersama.
Malah platform ini juga akan digunakan oleh Taylor Swift yang baru-baru ini mengeluarkan album Reputation untuk sentiasa berhubung secara terus dengan peminatnya.
Menerusi temubual bersama Entertainment Weekly, Taylor Swift melahirkan rasa gembiranya dengan kelahiran apps ini. Akhirnya ia menjadi kenyataan. Saya gembira sangat kerana selepas ini kita boleh terus berhubung rapat,” jelas Taylor Swift di laman Instagram miliknya.
Menerusi posting itu juga dia menyeru dan menjemput semua peminat untuk menyertai The Swift Life dengan kapsyen, “The Swift Life is availbale for free worldwide in the App Store. See you there!”
Apps The Swift Life dikatakan boleh memberi ruang untuk Swifties berbual secara selamat dan berhubung tanpa sempadan negara. Malah mereka boleh berkongsi gambar, video dan berita terkini daripada segenap pelosok dunia.
Taylor Swift turut mengikut jejak langkah Kim Kardashian dengan memperkenalkan emojinya sendiri yang dikenali dengan nama Taymoji.
All the best buat Taylor Swift. Mungkin suatu hari nanti kita boleh lihat artis tempatan pula perkenalkan apps seperti ini. Neelofa atau Janna Nick, please consider this ya! Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malaysia baru saja bertuah untuk mengalami fenomena Gerhana Matahari Anulus pada akhir tahun 2019
Tanpa mengira usia, rakyat Malayia nyata tak melepaskan peluang tersebut untuk menyaksikan sendiri fenomena tersebut yang jarang sekali berlaku di sini.
Terkini, satu lagi fenomena alam akan berlaku pada malam ini.
Ia merupakan hujan meteor Quadrantis yang hanya boleh dilihat di beberapa lokasi ideal di Malaysia.
Waktu kemuncak fenomena ini dijangka berlaku dari jam 11 malam hingga awal pagi (5 Januari). Dalam tempoh kira-kita sejam itu, rakyat Malaysia boleh menyaksikan 120 hujan meteor berlaku.
Tetapi bukan semua di kalangan kita yang bertuah untuk menyaksikannya. Antara lokasi terpilih ialah:
Ulu Yam
Kuala Kubu Bharu
Kuala Selangor
Bukit Broga
Kudat
Kota Belud, Sabah
Tanjung Simpang Mengayai, Sabah
Pasir Pasir Klebang, Melaka
Pantai Pasir Klebang, Melaka
Pulau Tioman
Cameron Highlands
Pulau Gem
Pantai Malindo, Pulau Pinang
Kampung Teluk Pelanduk, Seremban
Cameron Highland, Pahang
*
Bagi yang berada di sekitar kawasan di atas, elakkan daripada berada di kawasan bercahaya terang kerana korang akan berdepan kesukaran yang melihat fenomena ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!