Walaupun 17 tahun telah berlalu sejak tragedi tsunami melanda rantau Asia Tenggara dan negara-negara yang terletak di Lautan Hindi hingga menyebabkan ribuan nyawa terkorban, peristiwa tersebut masih jelas dalam bayangan penduduk dunia sehingga sekarang.
Tarikh 26 Disember 2021 semalam menandakan ulang tahun ke-17 sejak tragedi tersebut menimpa.
Rasa pedih yang ada pada diri mangsa yang berjaya menyelamatkan diri, ahli keluarga mangsa yang kehilangan nyawa atau hilang daripada radar serta segenap masyarakat di Asia masih tidak berganjak.
Lokasi paling terkesan akibat tragedi tsunami ini tentunya ialah Banda Aceh. Implikasi daripada tragedi itu, tidak banyak struktur fizikal seperti bangunan di Banda Aceh yang dapat diselamatkan melainkan dua buah struktur masjid utama di provinsi Indonesia itu.
Salah satunya ialah Masjid Rahmatullah Lampuuk yang terletak berdekatan pantai Lampuuk Kecamatan Lhoknga di Aceh Besar. Ia merupakan masjid yang telah dibina sejak zaman Kesultanan Aceh pada tahun 1612 lagi.
Ads
Kalau korang masih ingat, sewaktu ombak tsunami setinggi 30 meter melanda kawasan itu, dengan kuasa Allah SWT; Masjid Rahmatullah Lampuuk menjadi satu-satunya bangunan yang mampu bertahan dan kekal berdiri hingga ke hari ini. Kini, keadaan di kawasan di sekelilingnya juga sudah jauh berbeza.
Media di Indonesia baru-baru ini berkunjung ke Masjid Rahmatullah Lampuuk untuk melihat keadaan masjid tersebut yang kini dikelilingi kawasan menghijau ibarat berada di dalam taman yang luas.
Sementara itu, sebuah lagi struktur masjid yang selamat daripada dibadai ombak tsunami di Banda Aceh ialah Masjid Raya Baiturrahman. Korang pasti akan terkejut melihat perubahan yang terjadi padanya.
Masjid yang dibina semasa kepimpinan Sultan Iskandar Muda ini sekarang menjadi masjid utama di pusat bandar. Ia sering dikunjungi orang ramai bagi menunaikan solat dan menjadi pusat kunjungan pelancong luar yang ingin melihat keindahan seni bina dan ornamennya.
Sekali imbas, penambahan yang telah berlaku ke atas Masjid Raya Baiturrahman sepanjang tempoh 17 tahun ini mengingatkan kita semua terhadap kawasan luar Masjid Nabawi di Madinah dengan teknologi struktur ‘payung mega’-nya yang boleh dibuka serta dikuncupkan mengikut keadaan cuaca.
Apabila melihat dua struktur agung di Banda Aceh ini yang terselamat daripada ujian Allah SWT 17 tahun yang lalu, sesiapa saja akan teringin untuk melawatnya satu hari nanti. Bukan saja untuk solat di dalamnya, penulis pasti korang juga ingin mengimbas semula peringatan yang diberikan olehNya ke atas kita sebagai hamba di muka bumi ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seperti yang kita tahu, anak sulung Putera Harry dan Meghan Markle tidak memiliki sebarang gelaran istimewa DiRaja dan hanya dikenali sebagai Master Archie Harrison Mountbatten-Windsor. Namun begitu dia akan mewarisi gelaran istimewa yang telah diberikan kepada ayahandanya, Putera Harry.
Sewaktu melangsungkan perkahwinan dengan Meghan Markle, Putera Harry dan isterinya itu telah dianugerahkan dengan tiga gelaran iaitu Duke dan Duchess of Sussex, Earl dan Countess of Dumbarton serta Baron dan Baroness Kilkeel. Selesa dengan gelaran Duke dan Duchess of Sussex, pasangan ini tidak menggunakan dua lagi gelaran yang dianugerahkan kepada mereka.
Putera Harry bersama anak sulungnya. Sumber gambar: People
Gelaran Earl of Dumberton merupakan gelaran yang diwarisi yang mana Archie akan menggunakan gelaran tersebut, namun begitu Meghan dan Putera Harry tidak bersetuju dan tidak akan menggunakan gelaran tersebut untuk anak sulung mereka. Mengapa?
Hanya kerana gelaran Earl of Dumbarton memiliki perkataan ‘Dumb’ di dalamnya, yang bermaksud bodoh. Mereka bimbang nanti Archie membesar dan di usik oleh rakan sebaya dengan perkataan tersebut dan menjadikan dia tidak selesa. Dalam satu sumber DiRaja yang diberitahu kepada Telegraph, bukan hanya Meghan yang tidak bersetuju bahkan perkara itu disokong Harry, inilah sebabnya Archie hanya digelar Master dan bukannya Earl.
Ketika mengumumkan kelahiran Archie kepada umum pada tahun 2019. Sumber gambar: Observer
Untuk pengetahuan pembaca Remaja, gelaran Earl of Dumbarton ini sebenarnya sudah tidak digunakan dan pupus pada tahun 1794. Gelaran ini dihidupkan kembali oleh Ratu Elizabeth II sebagai hadiah kepada Putera Harry. Gelaran ini merupakan gelaran bangsawan Scottish merujuk kepada kawasan Dumbarton yang terletak di Dunbartonshire Barat, Scotland.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mungkin ramai individu yang boleh memandu kereta tetapi tidak semuanya tahu tentang fungsi-fungsi lain yang ada pada kereta tersebut, lebih-lebih lagi pada pemandu wanita.
Bagi korang yang memandu kereta transmisi automatik, mesti korang perasan terdapat butang shift lock yang terletak di sebelah tombol gear kan?
Tapi, korang tahu ke apa fungsi sebenar butang shift lock itu?
Butang shift lock dicipta sebagai salah satu ciri keselamatan kepada pemandu yang berfungsi untuk meriliskan transmisi korang daripada P. Maksudnya, jika dalam situasi tertentu yang korang kena letakkan gear pada N, contohnya macam kereta kena tunda dan sebagainya, sewaktu inilah butang shift lock digunakan.
Berikut adalah sedikit tip mudah yang korang boleh rujuk:
1. Matikan enjin kereta ketika gear P
2. Cabut kunci kereta
3. Tekan butang shift lock dan jangan lepaskan. Pada masa yang sama, tarik tombol gear dan ubahkan ke posisi N
4. Ubah ke gear N dan lepaskan butang shift lock
5.Lepaskan break tangan dan biarkan free
6. Cuba tolak kereta untuk memastikan ia berada dalam kedudukan N atau Neutral
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menzahirkan rasa bangga dan junjungan kasih ke atas pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, pada hari ini.
Menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya, penyanyi lagu popular Jerat Percintaan itu turut zahirkan rasa syukur kerana mempunyai seorang Raja yang prihatin dan sentiasa merendah diri.
“Menjunjung kasih Tuanku. Terima kasih di atas pemerintahan Tuanku selama lima tahun dan bakal dirindui oleh seluruh rakyat Malaysia.
“Cara Tuanku berdua mendekati rakyat, sentiasa prihatin dan kerendahan diri telah meninggalkan rasa kasih sayang mendalam rakyat,” katanya.
Anak jati kelahiran negeri Pahang itu berkesempatan mendoakan kesejahteraan dan mengucapkan selamat berangkat atas kepulangan Tuanku dan Raja Permaisuri ke negeri Pahang.
“Menjunjung kasih Tuanku. Selamat berangkat pulang ke negeri Pahang Darul Makmur. Sebagai anak jati negeri Pahang, patik sangat berbangga dan bersyukur mempunyai seorang raja yang berjiwa rakyat.
“Semoga Tuanku berdua sentiasa di dalam lindungan Allah SWT,” coretnya lagi.
Hari ini, Istana Negara meraikan Istiadat Keberangkatan Balik Seri Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke negeri Pahang, selepas baginda menamatkan tempoh lima tahun pemerintahan sebagai yang di-Pertuan Agong ke-16.
Baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan memasuki Istana Negara pada 31 Januari 2019.
Al-Sultan Abdullah akan digantikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-17 selama tempoh lima tahun bermula esok.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagramdan TikTokrasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!