“I Love You!” Ucapan Bella Hadid Kepada Yuna Ini Buatkan Fans Teruja

Share

 

Siapa sangka, dunia supermodel Bella Hadid dan penyanyi kebanggaan negara, Yuna boleh bertembung?

 

Semuanya gara-gara pertunjukan fesyen Oscar de la Renta yang berlangsung semalam sempena Minggu Fesyen New York.

Khas untuk momen finale di mana model berjalan sambil memperagakan pakaian masing-masing, produksi Oscar de la Renta telah memilih versi remix lagu Lullabies yang dinyanyikan oleh Yuna.

Dalam sebuah posting yang dimuat naik olehnya di Instagram, Yuna menulis, “Megababe Bella Hadid and grand finale of Oscar de la Renta”, sambil meletakkan hashtag #yunalullabies.

Tak lama selepas itu, giliran Bella pula untuk berkongsi klip latihan dia berjalan untuk pertunjukan fesyen tersebut dan Yuna telah memuat naik komen emoji love. Tak sangka, Bella terus membalas komen tersebut dengan berkata, “Yunaaaa

I love youuuu!!!”

Peminat mereka berdua nyata teruja dengan momen tersebut.

Bagi korang yang tak tahu, sebelum ini Bella Hadid dan kakaknya, Gigi Hadid pernah memuat nail tweet menyatakan minat mereka terhadap Yuna dan muziknya.

Congrats Yuna!

Tak sabar nak dengar single dan album terbaru daripadanya. Awal bulan ini, Yuna telah menyatakan tanda-tanda album barunya bakal keluar tak lama lagi dengan kapsyen, “Where’s the album Yuna?”

Hhm, mungkin tak lama lagi..

 

IKLAN