Hujan lebat yang membumi di ibu negara tidak merencatkan semangat para pelari dan penunggang basikal daripada meneruskan cabaran mereka dalam acara The Orchid Run & Ride 2024, baru-baru ini.
Berlangsung di hadapan pencakar langit ikonik, Menara Berkembar Petronas, acara yang dianjurkan oleh Persatuan Isteri dan Kakitangan Wanita PETRONAS (PETRONITA) itu menampilkan tema ‘Meneruskan Legasi Besama Untuk Masa Depan Kita’ yang cukup istimewa memandangkan ia juga selari dengan dengan ulang tahun ke-50 penubuhan PETRONAS.
REMAJA yang turut berkesempatan untuk turut serta menyaksikan acara berkenaan berjaya menarik lebih daripada 8,000 orang peserta terdiri daripada kakitangan PETRONAS sendiri, keluarga para kakitangan dan orang ramai menerusi beberapa kategori termasuklah acara larian 5km, 12km dan acara berbasikal 12 km.
Ternyata, cuaca hujan yang bermula seawal 3.00 pagi sehingga 7.00 pagi pada hari berkenaan tidak menjadi halangan buat para peserta untuk tidak memberikan yang terbaik dalam kategori masing-masing.
Kongsi Presiden PETRONITA, Puan Sri Jemilia Md Jelas dalam ucapannya, “Acara ini bukan sahaja peluang untuk kami kumpulkan orang ramai ke arah gaya hidup sihat. Bahkan, ia juga memberi platform kepada masyarakat setempat untuk mengambil bahagian dalam memberi sumbangan tujuan amal.”
Ads
Hasil penganjuran acara berkenaan, dana bernilai RM500,000 telahpun berjaya dikutip bagi disalurkan kepada Majlis Kanser Kebangsaan (MAKNA), Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) dan Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA).
Penaung BCWA, Puan Sri Dato’s Akmal Abdul Salam berkata, “Ramai individu yang terlepas pandang cabaran fizikal, emosi dan kewangan yang dihadapi oleh pesakit kanser payudara semasa dan selepas rawatan.
Ads
“Dengan sumbangan kali ini, kami berhasrat bagi menyediakan lebih ramai wanita Malaysia dengan ilmu, penjagaan dan sokongan bagi pengesanan awal kanser payudara di samping mengekalkan kualiti hidup optimum selepas menghidapi kanser,” katanya.
Mengakhiri acara The Orchid Run & Ride 2024, penganjur menampilkan beberapa aktiviti menarik termasuklah persembahan De Fam dan penampilan istimewa pemain badminton kebangsaan, Kong Zhou Swin dan Kang Khai Xing.
Ads
Sebagai info, acara ini juga bakal dilangsungkan di Johor dan Sarawak bagi menyambul ulang tahun PETRONAS ke-50 di dua lokasi tersebut serta bagi mengumpul lebih RM200,00 untuk disalurkan ke organisasi penjagaan kesihatan.
Acara ini turut disokong oleh beberapa penaja lain termasuklah Bank Simpanan Nasional, kafe MESRA, Setel dan kedai serbaneka PETRONAS.
Ihsan Foto: PETRONITA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sempena perasmian sambutan Ma’al Hijrah peringkat negeri Pahang tahun 2021,/1443H pada hari ini, Pemangku Raja Pahang iaitu Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar para pemimpin negara ini untuk berhenti merebut kuasa dan bersengketa sesama sendiri di saat Malaysia sedang bergelut dengan penularan wabak COVID-19.
Sumber Foto : BERNAMA
Titah secara maya dari Istana Abdulaziz itu telah disiarkan secara langsung di Dewan Auditorium Kolej Universiti Yayasan Pahang dan disaksikan oleh para tetamu yang antaranya terdiri daripada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Pesanan Tengku Hassanal itu relevan apabila melihat kepada suhu permainan politik yang semakin membara baru-baru ini baik dari bahagian kerajaan mahupun pihak pembangkang. Titah baginda, ini adalah masa untuk semua pihak bersatu padu tanpa mengira kepercayaan agama, warna kulit dan fahaman politik serta terus mengamalkan sikap saling menolong.
“Ini bukanlah masanya untuk merebut kuasa, bersengketa mahupun banyak berbicara tanpa berbuat apa-apa tindakan. Kita harus menang dalam peperangan dengan musuh yang tidak kelihatan ini (wabak covid-19).”
Tambah baginda, semangat kejiranan yang tinggi juga harus dipertingkatkan pada waktu ini. Apatah lagi apabila sanak-saudara yang kini berkhidmat di ibu negara tidak mampu pulang dan menziarahi kampung halaman masing-masing. Lantas sebagai jiran tetangga, seharusnya kita saling menolong dan prihatin terhadap mereka yang tinggal berdekatan.
“Pepatah jangan jaga tepi kain orang mungkin tidak lagi relevan.”
“Saya nasihatkan agar kita semua sentiasa prihatin kepada jiran masing-masing dan berikan bantuan bersesuaian kepada yang memerlukan.”
Baginda juga menyeru agar semua pihak termasuk kerajaan negeri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan swasta untuk sentiasa cakna terhadap rakyat yang memerlukan bantuan ketika pandemik COVID-19. Ini termasuklah bahagian akar umbi penduduk seperti jawatankuasa masjid dan surau untuk teruskan bantuan kepada yang memerlukan.
“Saya tidak mahu ada rakyat saya yang berada dalam kelaparan kerana tidak mempunyai makanan serta keperluan asas untuk meneruskan kehidupan. Satu bakul makanan yang berharga lebih kurang RM100 mungkin kecil pada kita, tetapi pada mereka yang susah, ia amat besar nilainya,” titah baginda.
Diharap apabila umat Islam memasuki tahun baharu dalam kalendar Islam pada hari ini, semangat perjuangan kita juga haruslah berubah menjadi lebih positif. Jangan disebabkan ingin menjamin kuasa dan kepentingan peribadi serta parti masing-masing, kepayahan rakyat dipinggirkan begitu saja. Ikhlaskanlah hati dalam menjalankan tugas.
Sumber : BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru sahaja menyambut ulang tahun ke-37, bintang bola sepak terkenal Cristiano Ronaldo telah mencatatkan rekod apabila beliau menjadi manusia pertama yang mempunyai seramai 400 juta pengikut di instagram.
Pada pertengahan tahun lalu, Ronaldo dilihat mempunyai sejumlah 300 juta pengikut dan hanya beberapa bulan sahaja bintang sukan ini berjaya menambah sehingga 400 juta. Tempat kedua dimiliki oleh Kylie Jenner dengan jumlah pengikut seramai 308 juta dan diikuti Lionel Mesi sebanyak 306 juta.
Dengan jumlah 3242 hantaran yang dibuat di instagram, Cristiano Ronaldo juga mencatatkan purata sebanyak 10 juta tanda suka bagi setiap gambar yang dimuat naik dan beliau hanya mengikuti 501 akaun instagram yang lain.
Fuh, memang ramai rupanya peminat Cristiano Ronaldo ni mengalahkan artis!
Jom kita lihat antara akaun instagram milik individu lain yang turut mempunyai jumlah pengikut paling ramai.
Penyandang tempat kedua Dewi Remaja 2009/2020 itu juga antara bintang wanita yang sudah mengenakan hijab penuh. Penghijrahannya untuk terus berhijab pastinya telah membuka mata masyarakat dan disambut baik peminat untuk turut sama mengubah penampilan.
Akui untuk kekal istiqamah dalam melakukn sesuatu yang kita lakukan tidaklah semudah yang diniatkan. Namun begitu, setiap yang diusahakan selama ini dan berbekalkan doa dalam penghijrahan ke arah kebaikan pasti menghasilkan sesuatu yang bermanfaat.
Menerusi sesi siaran langsung (live) pelakon filem hit J Revolusi itu, dia ada menerima soalan daripada seorang pengikut mengenai tip untuk kekal istiqamah dalam penghijrahan ke arah kebaikan.
Kongsinya, dirnya akui bahawa iman seorang insan ada turun dan naiknya. Pun begitu, lama-kelamaan rasa ‘kuat’ itu akan datang dengan sendirinya jika betul dengan niat.
Dia turut menzahirkan rasa kesyukuran kehadrat Ilahi dikurniakan rezeki yang tidak dijangka selepas dia memilih untuk berhijab penuh.
“Tidak mengapa jika tidak kuat, pakai sahaja tudung. Kalau mahu buka, bukalah. Izara semenjak memakai tudung, Izara punya rezeki… tidak tahu nak cakap bagaimana.
“Memang iman kita naik dan turun, lama-lama dia akan rasa kuat. Akan rasa sendiri yang kita nak menutup aurat,” tuturnya dalam sesi live tersebut.
Di samping itu, pelakon naskah Ombak Rindu The Series itu turut berkongsi bahawa dirinya mula membuat keputusan untuk menutup aurat apabila terbaca satu ayat daripada Al-Quran dimana suruhan daripadaNya sendiri untuk menutup aurat.
Sekadar informasi, Izara Aishah mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Adib pada tanggal 17 November 2017. Hasil perkahwinan, pasangan dua sejoli itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.