Hubungan Sudah Renggang Tapi Masih Enggan Break? Mungkin Ini 5 Cara Nak Baikinya

Share

Pada zaman dulu, remaja akan hidup dalam dunia fairytale mereka. Pasangan di sekolah itulah pasangan seumur hayat mereka.

But things have definitely changed. Kini, ramai yang mendapati sukar untuk mempertahankan hubungan dengan pasangan.

Guys, kalau bergaduh manja itu biasalah. Malah momen sebegitu yang sebenarnya menjadi tali pengikat kamu berdua.

Namun kalau hubungan itu obviously sudah merenggang, mungkin ada isu yang perlu diselesaikan jika kamu masih sayangkan hubungan tersebut.

Jom cuba beberapa tip yang mungkin boleh menjadi jawapan kepada masalah yang ada.

01

Jangan sesekali tunggu dia mengambil the first step. Jika kamu yang ingin selematkan hubungan, kamulah yang mengambil inisiatif untuk memulakan perbincangan dengannya.

Semasa berbincang, jangan mudah tenggelam di dalam emosi yang tak stabil. Pastikan kamu  berdua setkan peraturan untuk tidak sesekali marah kepada pasangan sebelum sesi perbincangan bermula.

02

Biarkan dia bercakap terlebih dahulu. Sebelum kamu ingin dia mendengar your side of the story, biarkan dia luahkan apa jua alasannya untuk tidak lagi melayan dan mencintai kamu seperti sebelum ini.

Usah pantas argue atau menyampuk semasa dia berhujah. Fahami poin si dia dan pastikan minda terbuka ketika mendengar.

03

Sebenarnya, menjarakkan diri selama beberapa hari selepas bergaduh dengan pasangan adalah idea yang menyihatkan. Tapi, janganlah pula hilang tanpa khabar secara tiba-tiba.

Hubungan tak akan ke mana jika masing-masing lari daripada masalah. Cuba bayangkan kalau kamu ada masalah dengan bank, tak kanlah nak isytihar bankrup terus! Mesti korang cari solusi dulu walaupun memang sakit sedikit.

04

Selalunya, pasangan akan bagi alasan tak ada perasaan sayang dah. Eh, macam familiar je! Hehe..

Rasa bosan itu kebiasaanya memang akan datang dalam hubungan apabila masing-masing tak nak berusaha. Kamu kenalah ready untuk commit masa untuk si dia. Cuba perkara baru dengan dia, cuba pergi tempat baru dengan dia.

Kalau bukan buat semua benda tu dengan pasangan, kamu nak buat dengan siapa lagi?

05

Manusia memang pentingkan diri sendiri. THERE, that is a fact and it should be accepted by all. Manusia memang akan selamatkan diri sendiri sebelum memikirkan orang lain. Kita akan cuba salahkan pasangan sebelum diri sendiri.

Di sinilah masa kamu duduk dan cuba untuk muhasabah diri. Belajar untuk leraikan ego dan katakan ucapan maaf.

Mengalah tak bermaksud kamu lemah atau kamu yang bersalah.

Tetapi, mengalah itu bermaksud kamu lebih sayangkan pasangan dan hubungan kalian.

Jika memang sudah takdirNya lebih baik untuk berpisah, maka akan berpisah juga. Selesaikan dengan baik dan move on. Namun, jika hubungan masih boleh diperbaiki, why not fight for it.

IKLAN