Mengapa Kamu Sering Berasa Cemburu Buta?

Share

Ada yang berpendapat bahawa cemburu itu tanda sayang dan sihat. Namun, cemburu yang melampau tergolong dalam penyakit emosi yang akhirnya akan membawa kepada kemurungan. Menurut pakar psikologi, cemburu merupakan perasaan yang terbuku di dalam hati dan menyebabkan hatinya gelisah. Dari sudut rasa cemburu seorang lelaki terhadap pasangannya didekati lelaki lain seperti berbual atau berhubungan dalam apa jua jenis bentuk komunikasi.

Mengapa perasaan cemburu sering menghantui kamu, walaupun kamu telah mengenali pasangan kamu. Kamu tahu hanya ada kamu dalam hatinya, namun masih cemburu buta saat dia berbual dengan orang lain.

 

01

Rasa tidak selamat

Perasaan insecure merupakan akar kepada segala rasa cemburu seseorang. Ia potensi utama yang menyebabkan rasa cemburu itu terbit dalam hatinya. Sebagai contoh, kamu ketawa saat kawan berbeza jantina kamu berjenaka, tapi kamu menepis keras jenakanya.

 

02

Rendah diri

Ini berkait rapat dengan perasaan insecure. Kamu akan berasa rendah diri jika fizikal atau taraf kewangan kamu tidak menarik. Contohnya, jika pasangan kamu terlihat figura yang bergaya serta mempunyai karier yang mantap. Rasa rendah diri akan mengundang rasa cemburu, dan rasa cemburu itu merupakan reaksi mekanisme bagi kamu untuk mempertahankan diri.

 

03

Dahagakan perhatian

Jika kamu yakin dengan diri sendiri biasanya tiada masalah. Walau bagaimanapun ada sesetengah individu yang mudah cemburu kerana inginkan perhatian total dari pasangannya. Kondisi ini biasanya berlaku disebabkan persekitaran semasa dia dibesarkan. Dia dah terbiasa dengan layanan first class

dari keluarganya.

 

04

Fobia ditinggalkan

Mana ada ornag yang tak takut ditinggalkan pasangan. Oleh kerana itu, terdapat individu yang mempunyai fobia melampau terhadap potensi dirinya ditinggalkan sehinggakan ada yang mencabar untuk membunuh diri. Ramai je pasangan yang clingy kerana fobia ini, maka mulalah cemburu yang membuak-buak.

 

05

 

Bersikap mengongkong

Ini merupakan sikap yang cukup negatif. Sifat mengongkong jika dibiarkan untuk tempoh masa yang lama boleh bertukar kepada satu bentuk penderaan mental. Punca utama seseorang boleh jadi macam ni, kerana dia menganggap kamu merupakan hak eksklusif miliknya walaupun masih belum mempunyai hubungan yang sah.

Jika kamu yang membaca ini mempunyai pasangan yang kuat cemburu, maka mainkan peranan dalam membantu menangani masalah ini. Pertama sekali, kamu berdua perlu berbincang. Perkara asas seperti luahkan kata-kata positif mampu meredakan keadaan. Setiap kali sifat cemburunya muncul, ringankanlah mulut untuk mengucapkan ‘I love You’.

Selain itu, luangkan masa dengannya walaupun kamu sibuk. Tanya khabar atau berjumpa dengannya. Kamu juga perlu elakkan daripada berahsia tentang kawan-kawan berbeza jantina kamu.Kenalkan mereka dengan pasangan kamu, agar tiada salah faham akan berlaku.

IKLAN