Dalam bulan Ramadan yang penuh barakah ini, macam-macam kisah baik hati kita dapat tengok dekat media sosial. Terbaharu, seorang lelaki berkongsi satu cerita yang pada mulanya dianggap “random”, namun rupanya cukup luar biasa dan menyentuh hati ramai.

Menerusi perkongsian tersebut tula di threads, lelaki itu menceritakan bagaimana ibunya memasak dalam kuantiti yang banyak setiap kali menjelang waktu berbuka. Bukan sekadar untuk keluarga sendiri, malah makanan itu diangkat dan diletakkan di depan rumah.

“Mak aku masak banyak-banyak pastu angkut semua letak depan rumah pastu panggil je sesiapa yg lalu situ, ajak berbuka sekali. Tak kira siapa. Kenal atau pun tidak. Esok dia dah plan nak masak nasi dagang & nasi lemak sebab abah aku balik hari ni,” tulisnya.

Kisah Dikongsi Lelaki Ini Raih Pujian Netizen

“Mak Aku Masak Banyak-Banyak, Panggil Je Sesiapa Lalu Ajak Berbuka” – Kisah Dikongsi Lelaki Ini Raih Pujian Netizen

Apa yang lebih menyentuh hati, ibu tersebut tanpa rasa segan silu memanggil sesiapa sahaja yang lalu di hadapan rumah untuk duduk berbuka bersama. Tidak kira jiran, orang luar, atau individu yang langsung tidak dikenali semuanya dipelawa dengan penuh keikhlasan.

Perkongsian itu pantas mendapat perhatian warganet. Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan tersentuh dengan sikap pemurah wanita berkenaan.

Ramai yang mendoakan agar keluarga tersebut terus dimurahkan rezeki, malah ada yang berseloroh mahu mengetahui lokasi rumah untuk turut sama merasai suasana berbuka yang penuh kemesraan itu.

Ads

Dalam dunia yang semakin sibuk dan individualistik hari ini, tindakan seperti ini mungkin kelihatan kecil, namun sebenarnya membawa makna yang besar. Bukan mudah untuk membuka ruang rumah dan hati kepada orang yang tidak dikenali.

Kisah dikongsi lelaki ini raih pujian netizen kerana ia memperlihatkan nilai kemanusiaan yang tulus.

Ia bukan tentang makanan yang banyak atau menu istimewa seperti nasi dagang dan nasi lemak semata-mata, tetapi tentang semangat berkongsi rezeki tanpa mengharapkan balasan.

Ads

“Mak Aku Masak Banyak-Banyak, Panggil Je Sesiapa Lalu Ajak Berbuka” – Kisah Dikongsi Lelaki Ini Raih Pujian Netizen

Ramadan, Bulan Berkongsi Rezeki

Ramadan sememangnya bulan untuk kita berlumba-lumba melakukan kebaikan. Setiap amalan, sekecil mana pun, dilipatgandakan ganjarannya. Tindakan ibu tersebut jelas mencerminkan semangat sebenar Ramadan memberi tanpa memilih dan berkongsi tanpa syarat.

Semoga kisah ini menjadi inspirasi buat kita semua agar terus menyemai nilai kasih sayang, memperkukuh silaturahim, dan menjadikan Ramadan sebagai medan untuk mendekatkan diri sesama manusia.

Kerana akhirnya, keberkatan sebenar bukan pada banyaknya hidangan, tetapi pada keikhlasan dalam memberi.

Ads

Sumber : Threads pokokkakpen

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads