Ternyata pandemik COVID-19 bukan saja mengakibatkan jangkitan masalah kesihatan serius tetapi juga membawa kesan ekonomi yang berpanjangan apabila banyak sektor terjejas termasuklah sektor perhotelan.
Jika sebelum ini , di waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama banyak hotel besar mahupun kecil mengalami kerugian dan ‘gulur tikar’. Namun PKP 2.0 ini memperlihatkan hotel Royale Chulan Bukit Bintang yang sudah lama beroperasi terpaksa membuat keputusan untuk menghentikan perkhidmatan dalam industri perhotelan buat selamanya. Hal ini dilaporkan oleh New Staits Times
Menurut info, hotel ini tamat perkhidmatan bermula semalam 11 Februari 2021
2. Hotel Silka Maytower Kuala Lumpur
Antara hotel bertaraf tiga bintang di Kuala Lumpur yang popular, hotel ini juga menerima nasib yang sama kerana tidak mampu menanggu beban dan kesan pandemik, dan membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatannya pada bulan Januari lalu.
Tarikh tamat perkhidmatan: 29 Januari 2021
3. Hotel Equatorial Penang
Ads
Hotel Equatorial Penang merupakan salah satu hotel yang penulis suka menginap jika bercuti ke Penang. Namun, apakan daya menurut CNA, hotel gergasi dan popular yang telah beroperasi sejak 1989 di Penang ini juga akan menamatkan perkhidmatannya dalam industri perhotelan kerana perniagaan tidak lagi mampu menanggung kos kerugian sepanjang serangan pandemik ini.
Tarikh tamat perkhidmatan: Sebelum 31 Mac 2021
4. Hotel The Puteri Pacific Johor Bahru
Dipetik dari New Straits Times, satu lagi hotel gergasi di Johor Baru iaitu The Puteri Pacific yang telah beroperasi sejak tahun 1991, juga menamatkan perkhidmatannya pada tahun lalu.
Ads
Tarikh tamat perkhidmatan: 30 Ogos 2020
5. Hotel Ramada Plaza Melaka
Hotel popular berusia 35 tahun ini juga menamatkan perkhidmatannya pada bulan Jun 2020 kerana tidak mampu menampung kerugian sepanjang pandemik.
Ads
Tarikh tamat perkhidmatan: 30 Jun 2020
6. Berjaya Tioman Resort Pahang
Salah satu resort yang popular dikalangan pelancong tempatan dan luar negara ini juga, memberhentikan perkhidmatan setelah 50 tahun beroperasi pada tahun lepas.
Tarikh tamat perkhidmatan: 15 Jun 2020
Sungguh ramai yang bergelut untuk mendapatkan sesuap nasi. Jika korang antara individu yang masih berkemampuan, marilah kita bersyukur.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai terbiasa menggunakan perkhidmatan perbankan Maybank2u untuk urusan e-wallet. Malah ia diyakini kerana keselamatan yang agak ketat. Malah begitu ramai mempercayai bank utama di negara ini.
Namun, bila check kad debit bank, tengok tarikh dah luput dan tidak boleh menunaikan sebarang transaksi!
Aduh…Kalau korang malas berurusan di bank. Boleh je tukar kad debit terutama sekali Maybank secara online sahaja, kad pun akan dihantar ke rumah!
Menurut Maybank, semua kad debit Maybank boleh ditukar ganti melalui dalam talian kecuali jika kad berkenaan hilang/dicuri atau terlupa nombor PIN. Jika tidak mahu berurusan di cawangan bank, boleh saja menukarkan kad tersebut menerusi dalam talian dan tunggu kad yang baharu dihantar ke rumah masing-masing.
Sejak di usia kanak-kanak lagi, ibu bapa kita sudah menerapkan tabiat membaca bagi mempupuk minat terhadap buku. Amalan membaca mampu memberikan pengetahuan yang luas dan menjadikan seseorang itu lebih berilmu.
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) antara pusat utama yang dijadikan rujukan buat masyarakat bagi mencari bahan bacaan yang bermanfaat sejak dari dulu lagi. Namun, dengan peredaran zaman teknologi digital hari ini, ramai yang memilih untuk membaca secara digital dan tidak menggunakan buku fizikal.
Nah, korang jangan ingat PNM semuanya buku fizikal ya. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Perpustakaan Negara juga terlibat dalam projek penerbitan buku audio.
Gambar hiasan
Menurut laman Facebook rasmi PNM, projek buku audio ini telah dimulakan sejak tahun 1996 dan sehingga kini, PNM telah berjaya menerbitkan sebanyak 72 judul dengan penglibatan secara sukarela oleh rakyat Malaysia yang berbakat dalam menyumbangkan suara mereka dalam projek ini.
Ini merupakan projek berterusan PNM dengan kerjasama pelbagai agensi antaranya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dan Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB).
Mengapa perlu bayar sedangkan ada yang percuma? Betul tak?
Sebanyak 4,476 e-buku pelbagai bidang perkara disediakan oleh PNM, 140 judul buku audio dan 98 judul buku audio (read along) turut tersedia. Semuanya disediakan secara percuma. Korang boleh akses di pangkalan data Overdrive dan lawati laman web www.u-pustaka.gov.my
Manfaatkan faedah yang diberikan secara percuma ini dan korang tidak perlu lagi mengeluarkan wang untuk mengakses e-book atau buku audio selepas ini.
Tanpa sedar, isu perdagangan, penjualan dan pemilikan hidupan liar sebagai binatang peliharaan dipandang remeh sehinggakan ramai yang menyimpan niat untuk membela dan memlihara binatang eksotik terutamanya ular.
Sumber Gambar : Pexels
Tapi sebelum korang memelihara binatang itu ambil kira sisi haram dan halal. Sebagai orang Islam, apakah hukum apabila melakukan jual beli dan memelihara ular. Ini penjelasan yang telah dikongsikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan di bawah ini.
Soalan
Assalammualaikum, adakah dibolehkan untuk menjadikan ular sebagai haiwan peliharaan dan apakah hukum berjual beli ular? Mohon pencerahan SS Mufti, terima kasih.
Ringkasan Jawapan:
Hukum memelihara ular adalah haram dan dilarang melaksanakan transaksi jual beli ular. Hal ini kerana ular termasuk dalam kelompok haiwan pengganggu (fawasiq) dan tiada manfaat untuk diperdagangkan. Setiap barangan jualan yang tiada nilai manfaat adalah tidak sah transaksinya kerana tidak menepati syarat jual beli.
Huraian Jawapan
Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat
Ular antara haiwan yang berbahaya dan memberi mudarat kepada manusia. Terdapat beberapa riwayat hadis yang menunjukkan bahawa Baginda SAW memerintahkan agar ular dibunuh sama ada dalam keadaan berihram atau tidak ihram. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud, bahawa Rasulullah SAW bersabda :
Maksudnya : “Sesungguhnya Rasulullah SAW memerintahkan orang yang sedang berihram untuk membunuh ular di Mina”
Riwayat Muslim (2235)
Menurut imam Nawawi, hadis ini menunjukkan bahawa seseorang yang sedang berihram diharuskan untuk membunuh ular. Sepertimana yang diketahui orang dalam keaadan ihram dilarang untuk membunuh binatang, namun syarak memberi pengecualian terhadap binatang-binatang pengganggu, bahkan hukumnya sunat dibunuh untuk menghindari kemudaratan. ( Lihat : Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, 14/ 234)
Daripada Aisyah R.Anha, Bahawa Nabi SAW bersabda :
Maksudnya : “ Lima binatang fawasiq yang boleh dibunuh di tanah halal dan haram (atau dalam keadaan berihram), iaitu ular, burung gagak hitam bercampur putih, tikus, anjing gila, burung helang
Riwayat Muslim 1198, Riwayat Bukhari 3314
Perkataan fawasiq yang dinyatakan di dalam hadis memberi makna binatang-binatang pengganggu dan perosak. Berpandukan hadis ini juga, majoriti ulama bersepakat bahawa harus membunuh binatang-binatang tersebut sama ada di tanah haram (Mekah dan Madinah) dan juga di luar tanah haram. ( Lihat : Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, 8/ 113-114).
Berdasarkan dalil yang dibentangkan, ular termasuk dalam lima kelompok haiwan penggangu (fawasiq) yang dianjurkan untuk dibunuh. Hal ini kerana haiwan tersebut memudaratkan dan berbahaya kepada manusia.
Fuqaha telah membahaskan hukum memelihara dan berjual beli kelompok haiwan penganggu ( fawasiq) seperti berikut :
Hukum Memelihara Ular
Ibn Hajar al-Haitami menyatakan haram mengurung lima binatang pengganggu dan perosak di dalam kandang untuk tujuan pemeliharaan.” (Lihat Tuhfah al-Muhtaj fi Syarh Minhaj 9/337)
Menurut Imam al-Zarkasyi, seseorang yang mukalaf diharamkan memelihara beberapa jenis binatang, antaranya anjing yang tidak dibenarkan oleh syarak dan juga binatang perosak yang lain seperti helang, tikus, burung gagak dan ular. (Lihat : al-Mantsur fi al-Qawaid, 3/80).
Hukum Jual Beli Ular
Imam al-Nawawi menyatakan tidak sah jual beli haiwan yang tidak mendatangkan manfaat seperti kumbang, kala jengking, ular, tikus semut dan seumpamaya. ( Rujuk Raudah al-Tolibin wa Umdatun al-Muftin 3/353 )
Fuqaha turut bersepakat bahawa tidak boleh dijual beli hasyarat (antaranya serangga) yang tidak memberi manfaat kerana tidak menepati syarat barang jualan iaitu barang jualan mestilah mempunyai nilai manfaat. Oleh yang demikian, haram menjual hasyarat (antaranya serangga) seperti tikus, ular, kala jengking, kumbang, semut dan seumpamanya. Adapun sekiranya sebahagian haiwan serangga mempunyai manfaat, maka ia harus dijual seperti ulat sutera untuk dijadikan kain sutera dan serangga lebah yang boleh menghasilkan madu. ( Rujuk al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Quwaitiyah, 17/280)
KESIMPULAN
Setelah meneliti perbahasan yang dikemukakan, haram memelihara haiwan yang dianjurkan untuk dibunuh terutamanya binatang yang berbahaya seperti ular. Bahkan, ular termasuk dalam kelompok haiwan penggangu dan perosak (fawasiq) dan tiada manfaat untuk diperdagangkan. Setiap barangan jualan yang tiada nilai manfaat adalah tidak sah transaksinya kerana tidak menepati syarat jual beli.
Jadi, dah tahu hukumnya masih nak memelihara haiwan berbisa ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sunway Square Mall larangan haiwan peliharaan dikuatkuasakan semula susulan arahan kerajaan negeri Selangor, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.