Sebelum ini ramai yang bimbang dengan jenis vaksin yang diterima oleh mereka kerana ada jenis-jenis vaksin yang tidak diterima bagi beberapa buah negara luar. Mereka jadi takut sekiranya tidak boleh ke luar negara dek kerana jenis vaksin yang diterimanya tidak diiktiraf.
Terbaharu, penerima vaksin di Malaysia tidak dibenarkan memasuki Hong Kong dan keputusan ini telah mendatangkan kegusaran kepada pelajar dan ahli perniagaan yang mempunyai urusan di wilayah itu.
Menurut Malaysiakini, pada 1 Ogos lalu pihak berkuasa Hong Kong mengumumkan mereka mengemas kini senarai yang dianggap negara berisiko tinggi dengan menambah 15 lagi negara termasuk Malaysia.
Ia menjadikan senarai larangan itu bertambah kepada 25 negara. Bagi residen Hong Kong yang tinggal di 25 negara terbabit, mereka haruslah lengkap divaksin apabila tiba di Hong Kong sebagai syarat tambahan kepada ujian swab serta kuarantin selama 21 hari.
Syarat ini berbeza bagi negara berisiko sederhana dan berisiko rendah apabila pengunjung yang tidak divaksin atau divaksin separuh masih dibenarkan masuk dengan jangka waktu kuarantin yang lebih lama.
Hong Kong hanya mengakui sijil vaksinasi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan tertentu dan Malaysia tidak termasuk dalam senarai berkenaan. Syarat kemasukan menetapkan bahawa catatan vaksinasi pengunjung mesti dikeluarkan oleh Hong Kong sendiri, pihak berkuasa di Tanah Besar China atau Macau, atau pihak berkuasa negara yang mempunyai perjanjian pengakuan rekod vaksinasi dua hala dengan Hong Kong.
Ads
Daripada 25 negara yang diklasifikasikan sebagai “berisiko tinggi” oleh pihak berkuasa Hong Kong, hanya lapan yang mempunyai pihak berkuasa kesihatan yang diklasifikasikan sebagai ketat.
Ia bermaksud terdapat 16 negara lain yang berpotensi berada keadaan sama seperti Malaysia, termasuk Brazil, India, Filipina, Rusia, Turki, dan Emiriah Arab Bersatu.
Ads
Konsul Jeneral Malaysia di Hong Kong, Yap Wei Sin telah mengesahkan bahawa penduduk Hong Kong yang diberi vaksin di Malaysia tidak dibenarkan Hong Kong apabila dasar baru itu berkuatkuasa. Namun, pihaknya memberi jaminan mereka sedang berusaha mencari jalan keluar dan menggesa mereka yang terlibat dengan dasar terbabit mengikuti perkembangan semasa yang disalurkan melalui media sosial dan laman web konsulat untuk mendapatkan maklumat terkini.
Hm, nampaknya jika ada yang berhajat untuk ke Hong Kong selepas ini kenalah simpan dulu hasrat korang tu ya. Jika setakat ingin bercuti mungkin tidak ada masalah, boleh sahaja melawat ke negara lain. Namun, ia lebih kepada individu yang bekerja dan belajar di sana. Semoga semuanya dipermudahkan dan diharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan baik.
Isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) nampaknya tidak pernah reda kerana sering kali mendapat perhatian khususnya bagi mereka yang mengambil PTPTN untuk melanjutkan pelajaran.
Baru-baru ini, pengurusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan telah meminta agar peminjam menjelaskan pinjaman mereka supaya wang tersebut boleh digunakan untuk memberi pinjaman kepada pemohon baru.
Jika peminjam gagal membayar semula, ini mungkin memberi kesan kepada pelajar-pelajar baru yang bakal memasuki institut pengajian tinggi untuk menerima bantuan daripada PTPTN.
Hm!
Rasanya tidak adil juga pada generasi akan datang kerana disebabkan ada yang tidak mahu membayar pinjaman ini, peluang mereka juga terjejas untuk mendapatkan PTPTN.
Sejak PTPTN diwujudkan 21 tahun lepas, seramai 362,000 daripada 1.9 juta peminjam tidak membayar balik pinjaman mereka yang berjumlah RM2.7 bilion.
Menurut Wan Saiful lagi, jika seorang peminjam dikecualikan membayar balik pinjaman maksudnya seorang pelajar baru tidak akan mendapat pinjaman.
Wang yang digunakan untuk memberi pinjaman kepada mereka dipinjam oleh PTPTN daripada bank yang dikenakan faedah sebanyak lima peratus sedangkan pelajar dikenakan faedah hanya satu peratus saja.
Apa-apa pun, kalau dah berhutang memang diwajibkan untuk membayar semula kan? Jadi, bukan sekadar kewajipan, rasa tanggungjawab sebagai peminjam juga perlu ada dalam diri supaya mengelakkan daripada sikap pentingkan diri sendiri.
Masih ramai yang memerlukan bantuan untuk melanjutkan pelajaran. Jangan disebabkan kita sudah mendapat ijazah dan kerja yang baik, segala bantuan yang diberikan sebelum ini tidak dihargai dan memberi mudarat pada orang lain pula.
Berdasarkan laporan dari media kerajaan Saudi, sebuah bas yang membawa jemaah umrah ke kota suci Mekah terbakar selepas perlanggaran di jambatan semalam yang turut mengorbankan nyawa 20 individu dan mencederakan puluhan jemaah yang lain.
Insiden di wilayah selatan Asir itu dikatakan terjadi pada minggu pertama Ramadan yang turut dikenali sebagai masa tersibuk untuk jemaah melakukan ziarah umrah, dan hanya beberapa bulan sebelum jutaan umat Islam dijangkakan akan menunaikan haji tahunan.
Bas itu dikatakan melanggar jambatan, kemudian terbalik dan terbakar.
“Menurut maklumat awal yang kini kami terima, jumlah kematian dalam kemalangan ini mencecah 20 orang, dan jumlah kecederaan adalah kira-kira 29 orang,” lapor saluran Al-Ekhbariya yang bersekutu dengan kerajaan.
Ianya turut melaporkan bahawa mangsa mempunyai kewarganegaraan yang berbeza tetapi tidak menghuraikannya secara terperinci lagi atas faktor siasatan yang masih dijalankan.
Saluran itu turut berkata bas itu mengalami “masalah teknikal”, tanpa menyatakannya secara spesifik, manakala akhbar swasta Okaz berkata kemalangan itu berpunca daripada masalah dengan brek. Sehingga kini, punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: The Malaysian Reserve, Ahram Online, News Strait Times
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berstatuskan bandar bersejarah, Melaka merupakan salah satu destinasi yang sangat menarik dan istimewa. Baik dari segi tempat tarikannnya mahupun makanan, semuanya ada di Melaka.
Kalau dari Kuala Lumpur, Melaka cuma 2 jam perjalanan menggunakan kereta. Pernah dijajah oleh pihak Portugis dan Belanda kerana kedudukannya yang strategik, Melaka juga salah satu tempat yang terkenal dalam kalangan pedagang antarabangsa di Timur. Pedagang dari Arab, China dan India sering singgah di Melaka dan disebabkan itulah juga Melaka mempunyai kepelbagaian budaya selain 3 kaum utama di Malaysia.
Kalau korang bercuti Melaka mesti perasan dengan pokok-pokok ikonik di tengah bandaraya Melaka. Namun berita sedih kita terima apabila pokok besar yang berusia lebih 100 tahun itu yang sekian lama menjadi ikonik bagi bandar tersebut, kini tiada lagi. Menerusi laman Facebook penduduk di Melaka memaklumkan kejadian ini berlaku pada awal pagi tadi dan pokok tersebut tumbang sehingga menimpa wayar elektrik di kawasan tersebut.
Menurut laporan , Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Mohd Nasruddin Rahman berkata, faktor persekitaran mungkin menjadi punca pokok berkenaan tumbang dan pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sedang melakukan pembersihan di kawasan terbabit yang juga merupakan Bandar Warisan Dunia UNESCO.
Untuk info, pokok itu ditanam ketika sejak zaman penjajahan British lagi pada tahun 1824 lalu. Pokok Batai Laut (Pelthoporum pterocarpum) atau juga dikenali pokok Jemerlang merupakan sejenis pokok teduhan dan hiasan yang popular di Malaysia. Pokok yang boleh mencapai ketinggian 20 meter memang banyak di tanam di pinggir jalan di kawasan taman atau perkarangan bangunan.
Hubungan istimewa yang sekian lama menjadi teka-teki akhirnya terjawab! Pelakon popular, Bella Astillahdan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq kini selangkah lagi ke fasa baharu...