Honda Malaysia Mohon Maaf, Panggil Semula 1,525 Unit Kenderaan Model Terbabit

Share

Honda Malaysia telah mengumumkan kempen panggilan semula 1,527 unit model kenderaan mereka yang terdiri daripada beberapa model City, City Hatchback, HR-V dan BR-V.

BACA: Honda Lancar Penganti Model Jazz, City Hatchback Bermula Harga RM75,670

Foto: New Straits Times

Menerusi satu kenyataan rasmi, panggilan ini dilaksanakan sebagai satu langkah keselamatan berjaga-jaga untuk memeriksa dua situasi iaitu;

Situasi A: Pemeriksaan nut tork pada Penjana Arus ulang-alik (ACG) yang melibatkan model City tahun pembuatan 2021 dan City Hatchback (2022).

Situasi B: Pemeriksaan kekekatan skru ‘earth grounding’ yang melibatkan model Honda HR-V (2020) dan BR-V (2021).

Foto: Honda Malaysia

Langkah ini diambil sebagai langkah keselamatan dan berjaga-jaga untuk memeriksa pengetatan nut pada terminal ACG enjin ‘harness’ dan skru ‘earth grounding’. Terminal sentuhan dan bateri yang lemah boleh menyebabkan berlakunya enjin terhenti semasa memandu atau tidak dapat menghidupkan enjin selepas kereta berhenti.

BACA: Berbaloikah Honda City Hatchback RS e:HEV Pada Harga RM107,000?

Honda Malaysia turut memohon maaf atas kesulitan yang dialami oleh pelanggan yang terjejas dan menjelaskan bahawa semua model pengeluaran serta jualan semasa tidak terjejas dalam panggilan sema produk ini.

Foto: Honda Malaysia

Pemilik yang terkesan dengan panggilan semula ini akan dimaklumkan menerusi surat pemberitahuan dan boleh menghubungi pengedar sah Honda setelah menerima surat terbabit. Segala kos penyelenggaraan akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Honda Malaysia.

Bagi pengguna Honda yang terbabit, sila ambil perhatian ya!

Sumber: (1)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN