
Honda Malaysia telah mengumumkan kempen panggilan semula 1,527 unit model kenderaan mereka yang terdiri daripada beberapa model City, City Hatchback, HR-V dan BR-V.
BACA: Honda Lancar Penganti Model Jazz, City Hatchback Bermula Harga RM75,670

Menerusi satu kenyataan rasmi, panggilan ini dilaksanakan sebagai satu langkah keselamatan berjaga-jaga untuk memeriksa dua situasi iaitu;
Situasi A: Pemeriksaan nut tork pada Penjana Arus ulang-alik (ACG) yang melibatkan model City tahun pembuatan 2021 dan City Hatchback (2022).
Situasi B: Pemeriksaan kekekatan skru ‘earth grounding’ yang melibatkan model Honda HR-V (2020) dan BR-V (2021).

Langkah ini diambil sebagai langkah keselamatan dan berjaga-jaga untuk memeriksa pengetatan nut pada terminal ACG enjin ‘harness’ dan skru ‘earth grounding’. Terminal sentuhan dan bateri yang lemah boleh menyebabkan berlakunya enjin terhenti semasa memandu atau tidak dapat menghidupkan enjin selepas kereta berhenti.
BACA: Berbaloikah Honda City Hatchback RS e:HEV Pada Harga RM107,000?
Honda Malaysia turut memohon maaf atas kesulitan yang dialami oleh pelanggan yang terjejas dan menjelaskan bahawa semua model pengeluaran serta jualan semasa tidak terjejas dalam panggilan sema produk ini.

Pemilik yang terkesan dengan panggilan semula ini akan dimaklumkan menerusi surat pemberitahuan dan boleh menghubungi pengedar sah Honda setelah menerima surat terbabit. Segala kos penyelenggaraan akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Honda Malaysia.
Bagi pengguna Honda yang terbabit, sila ambil perhatian ya!
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Adakah Jennie, Seungri dan B.I Punca Yang Hyun Suk Meletakkan Jawatan Dari YG Entertainment?

Berita tergempar untuk peminat dunia hiburan Kpop. CEO YG Entertainment, Yang Hyun Suk secara rasminya telah meletakkan jawatan. Berita ini ditulis sendiri oleh CEO itu di laman rasmi YGE:
“Ini adalah Yang Hyun Suk.
Saya memohon maaf kepada peminat YGE dan artis label kami.
Saya juga minta maaf kepada semua pekerja yang tanpa lelah bekerja meskipun mendapat kritikan.
Saya hanya mendiamkan diri dan bersabar dalam apa jua walaupun ia memalukan. Saya akui saya tidak mampu bertahan lagi. Saya tidak sanggup melihat artis label atau peminat terus menghadapi kerugian kerana saya.
Selama 23 tahun, saya menghabiskan hidup saya untuk membina YG.
Menyumbangkan muzik terbaik dan artis terbaik adalah kebahagiaan terbesar buat saya. Saya telah berfikir tentang bagaimana ini adalah satu-satunya perkara yang boleh saya lakukan untuk menyumbang kepada peminat dan masyarakat.
Bagaimanapun, saya akan turun dari semua jawatan dan perniagaan saya di YG bermula hari ini.
Saya sangat berharap tidak ada lagi kemudaratan yang akan datang kepada YG sebagai label atau artis yang saya sayangi dan peminat yang menyayangi mereka kerana saya.
Terdapat lebih banyak mereka yang profesional di YG yang lebih berkebolehan dari saya. Ini akan menjadi peluang yang baik bagi mereka untuk menunjukkan kebolehan mereka. Ini mungkin satu-satunya harapan untuk menstabilkan YG dengan cepat.
Akhirnya, saya percaya bahawa kebenaran pasti akan terbongkar selepas penyiasatan terhadap semua kes yang melibatkan syarikat ini. fakta semasa dilihat selepas Terima kasih.”

Blackpink Jennie
Antara kes yang menjadi viral sejak awal tahun 2019 ini adalah tersebarnya gambar Blackpink Jennie bercinta dengan EXO Kai.
Awal tahun ini, peminat industri Kpop dikejutkan dengan berita percintaan antara Jennie dan Kai. Meskipun ramai peminat gembira dengan hubungan mereka, ada juga yang menyatakan bahawa berita ini akan membawa “bad luck” kepada syarikat itu. (kepercayaan budaya Korea)

Baca juga: Kai Dan Jennie Khabarnya Putus Hubungan Selepas 4 Bulan Bercinta
Big Bang Seungri
Beralih kepada beberapa bulan selepas itu, industri Kpop dikejutkan lagi dengan berita bekas ahli kumpulan Big Bang Seungri yang terlibat dengan skandal kelab Burning Sun yang turut dikaitkan dengan pemerdagangan orang. Berikutan daripada itu, Seungri keluar dari grup Big Bang dan membatalkan kontrak dengan YG Entertainment.

Baca juga: Tuduhan Kes Seksual Seungri Punca Saham YG Turun, JYP & SM Juga Terkesan!
iKON B.I
Tak cukup dengan itu, minggu ini satu lagi skandal dadah berkait dengan iKON B.I yang juga telah membatalkan kontrak dengan YG Entertainment.
Baca juga: Surat Ibu B.I Yang Menyentuh Hati Dan Rupa-Rupanya Ada Kaitan Dengan Skandal Dadah Big Bang TOP
Baca juga: Terpalit Isu Skandal Dadah, B.I Bakal Tarik Diri Daripada iKON
Tak cukup dengan itu, beberapa tahun yang lalu, YG juga terpalit dengan pelbagai skandal dadah.

Big Bang TOP & G Dragon
Pada tahun 2017, TOP terpalit dengan skandal dadah jenis ganja yang menggemparkan peminat kpop khususnya VIP. Ketika itu, TOP dalam persiapan untuk menyertai ketenteraan terpaksa menangguhkan kemasukan pada tahun itu. Dia dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan setelah mendapat pengampunan selama 2 tahun. Walau bagaimanapun, TOP yang mengikuti khidmat ketenteraan pada November tahun lalu hingga Jun ini.
G Dragon yang merupakan leader kepada Big Bang itu juga ditangkap di salah sebuah kelab kerana mengambil ganja ketika konsertnya di Jepun.
YG Entertainment ketika itu menjelaskan bahawa GD tidak menyedarkan diri ketika mengambil dadah dan ia merupakan satu kesilapan. GD bagaimanapun terlepas dari hukuman kerana disahkan hanya mengambil dalam kandungan sedikit.

2NE1 Park Bom
Park Bom menyeludup 82 pil amphetamine melalui Express Mail Service di lapangan terbang pada tahun 2010, ketika dia masih anggota 2NE1.
Dia yang bercampur dengan jeli ditangkap oleh kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon. Kes itu bagaimanapun digantung.
Park menjelaskan dia tidak menyangka bahawa amphetamine adalah haram di Korea, dan mengatakan dia menggunakan dadah untuk merawat kemurungan dan Attention-Deficit Disorder (ADHD).
Pada tahun 2016, kontrak Park dengan YG Entertainment ditamatkan tanpa pembaharuan dan kumpulan gadis 2NE1 secara rasminya dibubarkan pada tahun itu.

Mungkin ini antara sebab papa YG meletakkan jawatan sebagai CEO Syarikatnya sendiri. YGE mungkin antara syarikat terkenal menghasilkan kpop idol, namun syarikat tersebut sering menghadapi masalah dengan kes penyalahgunaan dadah.
Apa pendapat korang dengan keputusan YG ni? Ataupun YGE perlu tutup terus?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
BENDERA Lambang Kedaulatan Negara, Ini Rusuhan Pernah Berlaku Bila Bendera Dipermainkan

Apa ada di sebalik bendera yang mampu mencetuskan hura-hara di sesebuah negara? Bagi yang bermaruah dan menganggap negara yang didudukinya adalah tempat perlu dipertahankan, bila bendera yang menjadi simbol kedaulatan diinjak-injak, sudah tentu semangat untuk mempertahankannya akan timbul.
Sejak sehari dua ini, tular di media sosial insiden bendera dipasang terbalik. Ada mengaitkannya dengan unsur komunis dan tak kurang juga menganggap ia satu perbuatan protes. Seakan penyakit berjangkit atau senang disebut wabak, satu demi satu insiden bendera terbalik dipaparkan di media sosial.
Apa perasaan bila membaca insiden bendera terbalik ini? Sengaja atau memang tersilap memasangnya?


Sebelum pemikiran pergi lebih jauh perihal insiden bendera dipasang terbalik yang tular di media sosial, minggu lalu ribuan etnik Papua salah satu daerah di Indonesia digegarkan dengan insiden rusuhan besar-besaran di Kota Manokwari dan Jayaputra sebagai memprotes layanan dan penghinaan terhadap pelajar etnik Papua di Surabaya, Jawa Timur pada Jumaat 16 Ogos lepas.
Insiden bermula apabila sekumpulan pelajar etnik Papua dilaporkan membuang dan merosakkan bendera yang dipasang di Asrama Mahasiswa Papua di Surabaya, sebelum asrama itu dikepong pihak polis dan tentera serta masyarakat setempat.

Menurut media tempatan, demonstrasi itu pada mulanya berlangsung secara aman, sebelum beberapa pihak bertindak agresif dengan membakar pejabat Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Papua Barat dan premis- premis perniagaan dan kemudahan awam. Malah memaksa Presiden Indonesia, Jokowi meminta maaf dan menyeru keamanan dikembalikan di Papua.
Pelajar Malaysia protes tindakan pijak bendera
Pada 26 Januari 2014 pula, pelajar Malaysia yang menuntut di Jepun menzahirkan rasa kesal dengan sebahagian tindakan penyokong Datuk Seri Anwar yang memijak bendera negara berkenaan sebagai membalas tindakan Jepun menghalang Anwar memasuki negara itu kerana pernah disabitkan kes rasuah pada 1999 seperti yang terkandung dalam Perkara 5.1 Kawalan Imigresen Jepun dan Akta Pengiktirafan Pelarian.
Biar tiada tindakan balas dari penduduk Jepun yang dilihat matang menghadapi isu berkenaan, ia juga dilihat sebagai menjaga hubungan diplomatik yang sudah lama terjalin.
8 Februari 2019 pula, Kerajaan Filipina mengakui akan mengambil tindakan terhadap individu atas nama Elly Pamatong yang mendakwa dirinya sebagai pengasas United States Allied Freedom Fighters of the East (USAFFE) di mana dia dilihat mengeluarkan kenyataan-kenyataan anti Malaysia sebelum bertindak membakar bendera Malaysia dan insiden ini tular di media sosial.

Ekoran itu, Kedutaan Filipina di Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihak berkuasa negara itu sedang menangani tindakan itu sewajarnya. Kedutaan tidak akan membiarkan insiden ini berlaku dan kami amat kecewa apabila kejadian ini telah mengecewakan rakyat Malaysia.
“Kedutaan turut menegaskan bahawa kami komited dalam membangunkan hubungan dua negara yang baik antara Filipina dan malaysia,” memetik kenyataan itu.
Pernah ingat bagaimana negara jiran Indonesia melancarkan protes apabila bendera negara mereka diletak terbalik dalam buku cenderamata ketika pembukaan Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017 yang mendapat liputan meluas dari media Indonesia?.

Hal ini memaksa bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin meminta maaf bukan saja pada seluruh rakyat Indonesia tetapi kepada rakan sejawatnya iaitu Imam Nahrawi yang meluahkan rasa kesalnya dengan insiden tersebut.
Sarjana turut menulis isu Jalur Gemilang ini
Carian REMAJA mengenai insiden bendera turut menemui tulisan Mohd Ayop Abd Razid yang berkelulusan Sarjana dalam bidang Sejarah dan Tamadun. Dalam satu tulisannya yang pernah disiarkan dalam akhbar Berita Harian pada 29 Ogos 2017 dengan tajuk KENAKAN TINDAKAN TEGAS HINA JALUR GEMILANG. (Baca Sini )
Ketua Polis Johor pun dah beri amaran
Insiden bendera tidak habis bila mana semalam Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, pihaknya memandang serius perkara bendera terbalik ini kerana memberi pelbagai persepsi dalam kalangan masyarakat.


Katanya, Jalur Gemilang sebagai lambang kedaulatan negara dan tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan.
“Kebelakangan ini kami mengesan beberapa insiden membabitkan penghinaan terhadap Jalur Gemilang sama ada dipasang atau digantung secara terbalik atau digunakan bagi maksud tidak sewajarnya.
“Keadaan ini memberi persepsi pelbagai dalam kalangan masyarakat kerana bendera adalah lambang kedaulatan negara,” katanya dalam kenyataan di Johor Bahru, hari ini.
Menurutnya, pihak didapati melakukan perbuatan itu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Katanya, tindakan juga boleh diambil mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM100.
Ini pesan Yang Di Pertuan Agong untuk semua rakyat Malaysia
Sejujurnya, Malaysia terkenal di mata dunia sebagai sebuah negara yang aman damai kerana perpaduan kaumnya, keunikan adat, budaya serta keindahan muka bumi dan kedamaian yang dicapai selama ini. Jangan dirosakkan hanya kerana perbezaan politik, agama dan kelainan pendapat yang wujud sesama kita.
Seperti kata, DYMM Seri Paduka Baginda, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semasa hari perlantikannya di mana baginda menitahkan semua pihak agar jangan sekali-kali mencetuskan api perselisihan dengan membangkitkan perkara yang boleh menggugat dan meruntuh keharmonian negara.
Seri Paduka menegaskan bahawa perpaduan dan keharmonian rakyat adalah tiang seri dan kekuatan negara.
“Bermain dengan api bukan hanya membakar diri sendiri, malahan turut membakar seluruh kampung halaman,” titah Sultan Abdullah pada Istiadat Pertabalan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, di Istana Negara di Kuala Lumpur yang lalu.
Jadi inilah NILAI SEBUAH BENDERA yang perlu kita fikir sedalam-dalamnya. Jika bendera adaalah MARUAH NEGARA, sanggupkah maruah kita dipermainkan? Tepuk dada tanya iman di dada!
Salam kemerdekaan ke 62 tahun. Tema tahun ini Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kendall Jenner Rampas Takhta Gisele Bundchen Sebagai Model Termahal

It’s that time of the year again. Pada setiap penghujung tahun pasti akan keluar senarai-senarai pencapaian individu tidak kiralah sebagai penyanyi, pelakon mahu pun model. Ramai yang tertanya-tanya siapakah model yang mendapat pendapatan paling tinggi sepanjang tahun 2017.

Sejak tahun 2002, supermodel berasal dari Brazil, Gisele Bundchen telah mengungguli carta tanpa digugat oleh sesiapa pun. Namun, untuk tahun 2017 ia sudah berubah. The year of 2017 belong to Kendall Jenner!

Jadi bagaimana peragawati yang baru berusia 22 tahun mampu merampas takhta dari seorang queen seperti Gisele? Teirma kasih kepada media sosial terutama Instagram, Kendall Jenner berjaya mengumpul empayar pengikutnya yang berjumlah lebih 85 juta.
Dengan populariti luar biasa seperti ini Kendall berjaya mendapatkan kontrak bernilai jutaan ringgit bersama jenama-jenama popular seperti Estee Lauder, La Perla dan juga Adidas. Selain itu, pendapatan menerusi penampilannya di dalam program realiti TV keluarganya, Keeping Up With Kardashians, clothing line Kendall + Kylie serta pelbagai tajaan kempen media sosial turut menyumbang pendapatan tingginya berjumlah USD22 juta.
Gisele yang agak ‘senyap’ pada tahun ini berada di tempat kedua dengan USD17.5 juta dengan endorsment daripada Carolina Herrera, Arezzo dan Vivara. Ia agak berkurangan berbanding jumlag dikumpulnya pada tahun lalu, USD30.5 juta. Di tempat ketiga pula isteri kepada John Legend, Chrissy Teigen dengan USD13.5 juta yang pertama kali measuki carta Top 10 model termahal. Ia diikuti oleh Adriana Lima (USD10.5 juta) dan Gigi Hadid (USD9.5 juta).
TOP 10 HIGHEST EARNING MODEL 2017
- Kendall Jenner $22 juta
- Gisele Bündchen $17.5 juta
- Chrissy Teigen $13.5 juta
- Adriana Lima $10.5 juta
- Gigi Hadid $9.5 juta
- Rosie Huntington-Whiteley $9.5 juta
- Karlie Kloss $9 juta
- Liu Wen $6.5 juta
- Bella Hadid $6 juta
- Ashley Graham $5.5. juta
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

