Memasuki minggu kedua tayangan Thariq Ridzuwan: His Treasure (TRHT) pada minggu ini, plot drama adaptasi ini semakin menebal dan menarik di mata penonton dan peminat novel sensasi dengan lebih 10 juta bacaan ini.
Episod ketiga dan keempat TRHT kali ini menyingkap perasaan emosi, cinta, kesetiaan dan dendam yang lebih mendalam dalam kalangan karakter yang ada. Tidak lupa juga, elemen humor yang dibawakan oleh ahli-ahli kumpulan Holy Dragon mula menemui penonton hasil lakonan pelakon lelaki baharu termasuklah Noki K-Clique, Thompson Goh, Darien Aeldra, Afiq Hamidon, Edaman Othman dan ramai lagi.
Episod 3: Operasi Terganggu & Rahsia Terbongkar
Dalam episod kali ini, Radwa (Qasrina Karim) dipaksa untuk berkahwin dengan Zafir (Hakimi Nordin)! Nasib baik, Thariq (Meerqeen) muncul untuk menyelamatkan Radwa dan perlu bersetuju dengan syarat yang ditetapkan oleh bapa Radwa.
Pada masa yang sama, Thariq terikat dengan misi penting bersama pasukan Holy Dragon. Ketika Holy Dragon menjalankan operasi besar-besaran, satu insiden mengejutkan berlaku hingga menyebabkan majlis pernikahan Thariq dan Radwa tergantung. Haih, drama after drama ya!
Setelah persetujuaan tersebut, Zafir pula tiba-tiba muncul kembali sekali gus menimbulkan tanda tanya besar tentang siapa sebenarnya yang bakal memiliki hati Radwa. Hubungan Thariq dan Radwa semakin diuji di saat misi dan perasaan bercampur-baur.
Ads
Di sebalik semua kekalutan hubungan tiga segi di antara mereka ini, Holy Dragon sempat membantu Radwa mendapatkan semula pekerjaannya.
Episod 4: Janji, Luka & Dendam Lama
Walaupun cedera sewaktu menjalankan misinya, Thariq akhirnya berjaya menikahi Radwa. Dia tetap berjanji untuk tidak pernah mengabaikan Radwa walau apa pun yang berlaku.
Ads
Namun, konflik keluarga Thariq yang masih menolak ikatan perkahwinan ini mencetuskan ketegangan baru. Radwa mula dihantui mimpi buruk lama yang mengingatkannya semula terhadap tragedi kematian Kak Wan.
Penonton mula memahami emosi haru-biru yang dirasakan Radwa kerana merasa bersalah dengan pengorbanan Kak Wan yang menggadaikan nyawa demi menyelamatkannya.
Belum sempat reda dengan semua itu, Aina (Mia Sara Shauki) yang menentang hubungan Thariq dan Radwa bertindak untuk membuka hadiah perkahwinan mereka demi mencari pasal dengan Radwa.
Ads
Antara cinta, dendam lama, dan konflik keluarga; mampukah Thariq dan Radwa mempertahankan bahtera rumah tangga mereka yang baru ingin berlayar ini?
Sarat dengan jalan cerita yang menyentuh emosi dan penuh konflik dalaman di antara watak-watak yang diperkenalkan setakat ini, Thariq Ridzuwan: His Treasure bukan sekadar drama cinta biasa.
Ia adalah kisah dua jiwa yang terikat oleh sejarah silam dan masing-masing cuba memperbaiki luka demi membina masa depan bersama.
Nantikan episod-episod seterusnya pada setiap hari Rabu dan Khamis di Astro One, Astro Ria (saluran 104) dan sooka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dokumentari yang dimuat naik BBC di Youtube baru-baru ini masih lagi hangat diperkatakan di media sosial. Ia mengenai skandal kelab ‘Burning Sun’ yang melibatkan beberapa orang selebriti Korea Selatan.
Menerusi dokumentari berkenaan, dua wartawan mendedahkan skandal seks yang melibatkan selebriti seperti Seungri, Choi Jong-hoon, Joon Joon-young dan ramai lagi.
Apa yang lebih mengejutkan, nama mendiang Goo Hara dari anggota Kara turut menjadi sebutan wartawan hiburan, Kang Kyung Yoon apabila dikatakan menjadi punca pembongkaran skandal tersebut.
Awalnya, Hara melihat kegiatan pelik pada telefon bimbit rakan selebritinya iaitu Choi Jong Hoon. Susulan hal itu, Hara menyakinkan Jong Hoon untuk mendedahkan segalanya dan rakaman tersebut dirakam oleh wartawan sekaligus menjadi tajuk berita mengenai ruangan sembang menerusi aplikasi KakaoTalk pada masa itu.
Kredit: BBC
Menurut penyanyi tersebut, dia bertindak melakukan pendedahan itu selepas mengalami nasib yang sama seperti mangsa skandal Burning Sun dan video seksnya juga disebarkan oleh bekas teman lelakinya.
Wartawan tersebut berkata, gerangan polis yang terlibat dalam ruang sembang itu merupakan kunci penting. Ia seperti kerja rumah yang tidak boleh diselesaikan, namun disebabkan kemunculan Hara yang ingin membantu, nyata membuka pintu kepada pendedahan kes ini.
“Saya masih ingat hari itu dan saya teringat suara yang berkata, ‘Hello, ini Hara’. Saya betul-betul nak bantu awak” – Kang Kyung Yoon
Dia kemudian bertanya kepada Hara motif utamanya untuk membantu kes ini dan ingin membantu siasatan. Kata Hara, “Saya kan mangsa rakaman video haram juga“.
Keberanian mendiang Goo Hara dipuji oleh ramai masyarakat kerana dikatakan membela nasib wanita teraniaya.
Untuk rekod, skandal Burning Sun dibongkar pada 2021 yang melibatkan penyanyi Seungri BIGBANG, Jung Joon Young dan Choi Jong Hoon daripada FT Island. Mereka dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan gangguan seksual dan rogol pada tahun 2021.
Bagaimanapun mereka kini telah dibebaskan selepas menjalani beberapa tahun hukuman penjara.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah melancarkan video muzik Let Me bulan lalu, Zayn Malik is on the roll dengan muzik video terbaru dan ia telahpun mencapai kedudukan nombor 41 dalam senarai Trending.
Entertainer merupakan single terbaru Zayn Malik dan ia dikeluarkan seiring dengan muzik video melalui akaun YouTube Vevo-nya. Sarat dengan adegan pendek yang dimuatkan ke dalam sebuah video, ramai yang memuji video tersebut – sama seperti respons mereka terhadap video-video sebelum ini.
Namun, satu perkara lagi yang SAMA di antara semua video muzik Zayn adalah penampilan model perempuannya yang – hhm – tak ubah seperti sosok wajah bekas kekasihnya, iaitu model Gigi Hadid.
Okay, okay, lets recap. Entertainer adalah video sequel kepada Let Me yang dilancarkan bulan lalu. Di dalam Let Me, model yang dimaksudkan iaitu Sofia Jamora membuat penampilan kali pertama. Sudah tentu jika namanya pun sequel, Sofia akan terlibat sama di dalam Entertainer, kan?
Sofia yang mirip dengan wajah Gigi membawa watak sebagai kekasih yang telah membohongi Zayn. Emosi tersebut turut jelas kedengaran pada lirik Entertainer.
When you lied to my face, I could see the truth.
Every step with the way I knew, how you fooled me, boo.
Sofia Jamora dan Gigi Hadid. Sama ke?
Adakah Zayn akan meneruskan sequel ‘percintaan curang oleh model berwajah seakan Gigi Hadid’ ini untuk video muzik seterusnya? Hhm, kenalah tunggu. Apapun, korang decide sendiri jika Sofia memang mirip Gigi?
Ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi begitulah perumpamaan yang boleh kita samakan dengan anak lelaki Puan Sri Tiara ini.
Berkongsi video di samping anak tersayang di media sosial baru-baru ini, warga maya tertarik dengan personaliti Mohd Eridani Effendi atau mesra disapa Dani ini. Rata-rata followers Puan Sri Tiara memuji wajah kacak Dani dan menyatakan rupa paras anak lelaki ini mewarisi ketampanan bapa, Tan Sri Mohd Effendi Norwawi.
Meniti usia 24 tahun, Dani merupakan satu-satunya cahaya mata lelaki penerbit filem terkenal ini.
Puan Sri Tiara ialah pelakon, penerbit filem, penerbit teater muzikal, dan penyanyi menyambut ulang tahun kelahiran pada awal Oktober lepas. Bersempena hari lahir, figura ini menitipkan rasa syukur dikurniakan keluarga tersayang.
“Syukur alhamdulillah for my good health, for my beloved family Effendi, Mila and Dani, and everyone in my life who fill my life with happiness.”
Bahkan dia meluahkan rasa bertuah mempunyai dua cahaya mata yang menyenangkan dan penyeri hidup.
“I want to celebrate my two wonderful kids Mila and Dani. Being mother to you both has been the most fulfilling part of my life, and my absolute joy. Thank you for being the most wonderful kids any mother could ask for.”
Seperti kakaknya iaitu Hani Karmila, Dani turut aktif dalam sukan Jiu Jitsu dan pernah memenangi pelbagai kejohanan.
Hani Karmila merupakan anak hasil perkahwinan terdahulu Puan Sri Tiara bersama arwah Hani Mohsin. Sementara Dani pula cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan Tan Sri Mohd Effendi Norwawi.
Tan Sri Effendi sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2006 dan Menteri Pertanian 1999 hingga 2004. Beliau juga tokoh terkenal dalam bidang perniagaan dan bekas Pengerusi Eksekutif ENCORP Berhad, Bloomberg TV Malaysia dan NTV7.
Dah ibu dan ayahnya kacak dan cantik mesti la turun kepada anak-anaknya kan.