
Isu tulisan Jawi yang diajar di sekolah kebangsaan kini semakin diperkatakan oleh orang ramai, termasuklah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Iskandariah sendiri.
Menerusi akaun Twitter, Tunku Azizah telahpun memulakan inisiatif memuat naik Tweet dalam tulisan Jawi sejak beberapa hari yang lalu.

Tunku Azizah menyatakan bahawa pemerkasaan skil menulis dan membaca dalam tulisan Jawi tak seharusnya dijadikan sebagai isu nasional.
Malah, Tunku Azizah juga berpendapat bahawa amat beruntung sekiranya lebih ramai rakyat Malaysia yang boleh berbahasa Mandarin dan Tamil.
“Saya ada darah Kantonis tetapi saya tak pandai tulis atau baca. Alangkah untung kalau saya pandai berbahasa Kantonis.”

Mengapa perlu seseorang dihindar daripada menuntut skil baharu? Sama seperti semua orang bebas untuk mempelajari bahasa Mandarin, Kantonis dan Tamil, tak rugi pun jika seseorang boleh membaca dan menulis tulisan Jawi.

“Hanya kerana Jawi, satu Malaysia takut?”

“Saya tidak pergi ke sekolah agama di Johor. Tetapi kerana minat kepada tulisan Jawi saya belajar sendiri dengan membaca surat khabar Utusan Melayu. Kini (saya) masih belajar menulis Jawi.”

*
Buat masa ini, tulisan Jawi telahpun diajar di sekolah kebangsaan seluruh negara. Namjn di sesetengah kawasan, ibu bapa masih melakukan protes menentangnya.
Berita Harian melapotkan 900 sekolah jenis kebangsaan Cina telahpun menanda tangani petisyen menolak perlaksanaan tersebut.
Bagi REMAJA, tiada salahnya pun untuk meningkatkan skil komunikasi di kalangan pelajar. Apa komen korang?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anna Jobling Munculkan Diri Dalam Klip Video Rossa, Peminat ‘Ship’ Gandingan Bersama Omar Daniel Pula

Nama Dato’ Sri Rossa tidak lagi memerlukan pengenalan dalam kalangan pendengar muzik di Malaysia. Apa sahaja buah tangan terbaru yang hadir daripada penyanyi berusia 44 tahun ini pasti akan melekat di hati peminat. Terbaru, Rossa kini sedang hangat mempromosikan lagu berjudul Bertengkar Manis hasil nyanyian bersama Barsena Bestandhi.
Klip video Bertengkar Manis arahan Prialangga ini sudahpun mencatatkan lebih daripada 100,000 tontonan selepas lima hari dilancarkan di akaun YouTube Rossa Official.
Ia merupakan sebahagian daripada lagu yang dimuatkan bagi album terbaru Dato’ Sri Rossa berjudul Another Journey : The Beginning yang menemui peminatnya pada bulan Februari lalu.
Menariknya, ia juga menampilkan pelakon jelita yang semakin memahat nama baik di Malaysia mahupun Indonesia, Anna Jobling!
ARTIKEL BERKAITAN: Jadual 2023 Anna Jobling Sudah Penuh! Bakal Muncul Di Indonesia Setelah Menang Hatrik Di ABPBH-35 – REMAJA
“Kami Akan Selalu Catch Up”
Tidak ramai yang serba tahu mengenai persabahatan yang rupa-rupanya sudah lama terjalin di antara Anna dan Dato’ Sri Rossa. Disebabkan sudah saling mengenali, idea kemunculan Anna dalam klip video Bertengkar Manis ini mudah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

“Saya memang sudah berkawan lama dengan Dato’ Sri Rossa. Setiap kali saya berkunjung ke Jakarta atau apabila Dato’ Sri Rossa hadir di Kuala Lumpur, kami akan selalu cuba luangkan masa untuk berjumpa dan saling bertukar khabar.
“Jadi untuk projek kali ini, saya benar-benar teruja memandangkan ia adalah kali pertama saya dapat bekerja dengan beliau untuk peluncuran lagunya,” kata Anna yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran bagi drama Syurga Itu Bukan Mudah terbitan Astro.
Kongsinya lagi, penggambaran klip video Bertengkar Manis itu dilakukan di Jakarta sahaja dan peluang itu tidak boleh dilepaskan oleh Anna begitu sahaja biarpun jadual kerjanya padat.
“Nama Dato’ Sri Rossa itu sangat besar dan saya sendiri tahu betapa evergreen lagu-lagu yang pernah beliau sampaikan. Sudah banyak generasi yang amat menyukai dengan lagu beliau termasuklah saya sendiri,” ujarnya.
Segalanya Profesional Saja
Menerusi klip video ini, Anna tampil bergandingan dengan seorang pendatang baharu lagi kacak dalam dunia seni Indonesia, Omar Daniel. Biarpun baharu, Omar pantas menyambar populariti di sana sehinggakan jumlah pengikutnya di Instagram telahpun mencecah 907,000 orang!

Tidak kurang juga para peminat Anna sendiri yang menyenangi gandingan finalis pencarian Dewi Remaja 2018/19 itu dengan Omar yang mereka ungkapkan sebagai sepadan.

Komen empunya badan sendiri?
“Ini merupakan kali pertama saya bertemu Omar dan ia merupakan kerjasama yang menjadi! Saya tahu Omar ialah seorang pelakon baharu yang terkenal terutamanya di Jakarta sekarang.
“Soal peminat ship kami berdua, saya memandangnya sebagai satu tanggungjawab yang perlu saya lunaskan sebagai pelakon. Setiap kali saya berjumpa atau bekerjasama (bersama gandingan pelakon lelaki berbeza), tentunya chemistry yang terjalin pun berbeza-beza.”

“Jadi untuk klip video (bersama Omar) kali ini, Anna hanya lakukan yang terbaik untuk pastikan wujud chemistry di antara kami berdua sewaktu penggambaran,” kata Anna sekaligus menepis sebarang gosip yang mungkin muncul.
Bagi korang yang belum menonton klip video Bertengkar Manis nyanyian Dato’ Sri Rossa featuring Barsena Bestandhi, klip pautan di bawah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anak Gadis Natasha Hudson Tarik Perhatian, Macam Kakak Adik Je!

Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, Natasha Hudson dan anaknya kelihatan seperti kakak dan adik sahaja. Bahkan, kedua-duanya tampak sebaya.
Itulah sebahagian daripada pujian yang diungkapkan oleh beberapa netizen setelah melihat gambar yang dikongsi oleh pelakon tersebut melalui media sosial miliknya
ARTIKEL BERKAITAN : Persis Kakak Dan Adik, Nana Mahazan Gembira Anak Gadis Mula Berhijab
Siapa sangka, kini anak perempuannya sudah membesar dan bertambah cantik. Sudah pasti, dia mewarisi kecantikan ibunya yang masih kelihatan anggun dan awet muda hingga kini.

Dalam perkongsian itu, Natasha ‘belanja’ follower dengan gambar bersama anak perempuannya, Neesa Helena yang merupakan anak sulung hasil perkahwinan terdahulunya dengan Datuk Shahrin Zahari.
Untuk pengetahuan, perkahwinan kedua tersebut hanya bertahan selama dua tahun sahaja. Selain Neesa, pelakon tersebut juga dikurniakan dua orang anak perempuan lagi daripada perkahwinannya yang ketiga, iaitu Naeema Kalila dan Fatimah.

Kedua-dua anaknya itu muncul dalam gambar untuk sebuah iklan produk kecantikan. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata memuji kecantikan anak dan ibu itu. Bahkan, ramai yang tidak menyangka, Natasha mempunyai anak perempuan yang sudah besar.
Biarpun sudah melewati usia 4o-an, namun wanita ini tetap cantik dan jelita tanpa kesan dimamah usia. Untuk indfo, Natasha kini juga baru lepas melahirkan bayi hasil perkahwinan bersama Muhammad Harits Jasmin atau lebih mesra disapa Jay Jasmin.
Untungkan Neesa Helena ada mak cantik!
BACA LAGI : Warisi Kecantikan Ibu, Anak Gadis Kajol Dan Ajay Devgan Semakin Matang
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
11 Program Pengajian Yang Korang Boleh Pilih Di Universiti Untuk Senang Dapat Kerja

Bagi lepasan SPM mesti korang sedang terfikir-fikir jurusan apa yang nak diambil untuk melanjutkan pelajaran di universiti nanti kan?
Jika sebelum kami ada berkongsi artikel tentang bidang-bidang pengajian yang akan dimansuhkan di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), kali ini kami nak beri informasi berkaitan dengan program yang korang boleh ambil di universiti untuk mudah mendapatkan peluang bekerja.
BACA: 38 Program Pengajian Universiti Awam Digugurkan, Netizen Beri Pendapat
1. Marketing digital
Kebanyakan syarikat di Malaysia hari ini memerlukan graduan yang 'celik' digital seperti marketing digital, digital writer dan digital video kerana semua itu memudahkan dan mengurangkan kos pengambilan kerja. Tambah pula, zaman sekarang memang semua orang bergantung kepada smartphone dan internet.

2. Perubatan dan pergigian
Bidang perubatan dan pergigian melibatkan kos pengajian yang termahal, iaitu lebih RM100,000 selama sekurang-kurangnya 5 tahun pengajian (tidak termasuk yang gagal subjek da terpaksa ulang tahun pengajian).
Kebiasaanya, graduan daripada bidang ini mendapat peluang pekerjaan hampir 95% selepas tamat tempoh pembelajaran.
3. Sains veterinar
Walaupun sebelum ini bidang sains veterinar di Malaysia banyak mencetuskan kontroversi apabila ada isu yang melibatkan doktor Muslim perlu merawat haiwan yang perlu disamak setelah disentuh, namun kesedaran yang semakin tinggi terhadap nilai kasih sayang terhadap haiwan menaikkan populariti bidang pengajian ini.
Jurusan ini juga antara yang mudah mendapat pekerjaan sehingga 85.3%.

4. Subjek berkaitan perubatan (paramedic)
Individu yang bekerja disekitar hospital atau klinik seperti jururawat, medical officer, pegawai kesihatan dan macam-macam lagi merupakan pengajian medik yang merangkumi kesihatan fizikal dan tertumpu kepada satu-satu cabang dalam bidang perubatan.
Statistik menunjukkan sebanyak 79.8% telah diterima bekerja sebaik sahaja tamat belajar.
5. Seni bina, pembinaan dan perancangan
Kursus pengajian ini sangat unik dan mencabar kerana menggabungkan kedia-dua bidang ilmu, iaitu sains dan kemanusiaan. Bidang ini juga banyak memberi sumbangan terus ke arah pembentukan persekitaran manusia seperti pembinaan bangunan dan perancangan sesebuah penempatan.
Sebanyak 71.3% daripada graduan berjaya mendapat pekerjaan dalam bidang ini.

6. Kejuruteraan dan teknologi
Jurusan ini mempunyai banyak persamaan dengan kursus seni bina, pembinaan dan perancangan kerana ahli teknologi kejuruteraan sering bertanggungjawab bagi reka bentuk dan pembangunan. Namun, kelebihan mereka adalah boleh menceburi pelbagai bidang besar seperti industri, termasuklah pembuatan, pembinaan, penindustrian, penyelenggaran dan pengurusan.
Berdasarkan kajian, 62.8% mereka yang berjaya dalam bidang ini mudah mendapatkan pekerjaan.
7. Sains komputer
Permintaan pekerjaan dalam bidang ini agak memberangsangkan sehingga mencecah 59.1%. Bidang ini adalah pengkajian perhitungan dan pemprosesan maklumat sama ada daripada segi perkakasan mahupun perisian, sesuai dengan peredaran zaman yang semakin berteknologi tinggi.

8. Pendidikan
Menjadi guru bukanlah sesuatu yang mudah kerana kursus ini turut mempertingkatkan kesedaran tentang peranan perkembangan kognitif, fizikal, emosi, kreativiti, bahasa dan estetika manusia.
Sebanyak 59.1% daripada mereka yang mempunyai ijazah pendidikan mudah mendapatkan pekerjaan.
9. Pengajian perniagaan
Kursus ini mengajar penuntut tentang kemahiran pentadbiran, pengurusan sumber manusia, perakaunan, kewangan, pemasaran, insurans, perbankan dan juga keusahawanan. Kajian menunjukkan sebanyak 49% graduan dalam bidang perniagaan ini telah berjaya mendapat pekerjaan yang mereka mahukan.

10. Sains Matematik
Bidang ini berkait rapat dengan matematik dan statistik memupuk kebolehan dan kemahiran pelajar untuk menggunakan teknik serta kaedah kuantitatif yang amat bersesuaian untuk menjalankan analisis, penyelidikan, ramalan dan perancangan dalam persekitaran industri.
Walaupun kursus ini agak sukar, tetapi seramai 47.1% telah memperolehi pekerjaan dengan mudah.
11. Pengajian sosial
Bidang ini merangkumi cabang ilmu yang sangat luas seperti geografi, ekonomi, sains politik dan sosiologi yang mengkaji struktur dan sifat-sifat kelompok manusia. Sebanyak 44.9% graduan mampu memperoleh pekerjaan dengan begitu mudah.
Apa-apa pun semuanya bergantung juga pada rezeki. Sekiranya dah memang rezeki korang, memang tak kemana kan? Paling penting, korang kenalah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.
Kalau dah sambung pelajaran tapi tak belajar betul-betul pun tak guna kan.
Sumber: blog.maukerja.my
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

