Siapa je yang tak suka makan ayam. Boleh dikatakan di Malaysia ini, makanan kita memang banyak menggunakan ayam sebagai lauk utama. Dan pelbagai jenis masakan tidak kiralah sama ada kari, tom yam, rendang atau dijadikan pelengkap di dalam mee kari, mee sup, soto dan macam-macam lagi. Pelbagai peringkat umur dan bangsa di Malaysia memang suka makan ayam.
Antara menu yang paling popular sekarang ialah ayam goreng dan bakar. Kalau anda masih ingat lagi beberapa bulan lepas sebelum ini ayam goreng pedas jenama terkenal sentiasa sold out di merata-rata outlet gara-gara menjadi tular di media sosial. Dengan populariti inilah telah menyebabkan pelbagai variasi jenama ayam goreng dan bakar dengan resipi tersendiri semakin banyak ditawarkan kepada pengguna di Malaysia.
Kali ini Remaja ingin kongsi beberapa restoran yang menyediakan ayam goreng dan ayam bakar untuk santapan kamu di masa akan datang. Mostly yang disenaraikan ini memang Remaja pernah cuba!
Kyochon
Tidak dinafikan deman K-pop dan drama Korea sedikit sebanyak telah membawa masuk pelbagai jenama makanan Korea ke negara kita. Dan antara jenis makanan yang popular ialah ayam goreng Korea. Kyochon merupakan antara jenama yang paling popular. Dengan menawarkan tiga jenis ayam goreng utamanya iaitu Soy Garlic Series, Red Pepper Series dan Honey Series ia sentiasa menggunakan ayam segar.
Ayam Goreng McD Spicy (McDonalds)
Ads
Huru-hara satu Malaysia dibuatnya pada beberapa bulan lepas. Gara-gara iklan yang cukup membuatkan mulut sesiapa sahaja kecur selepas menonton iklan komersialnya, Ayam Goreng McD cukup susah didapati melainkan pergi awal dan sanggup beratur panjang. Namun, kini ia tidak lagi begitu tular namun rasa pedasnya cukup digemari oleh rakyat Malaysia.
Nando’s
Tampil dengan slogan Everyone’s Platter, Nando’s adalah jenama yang tidak asing lagi bagi penggemar ayam bakar dengan sos pelbagai perisa istimewanya. Jenama yang berasal daripada Afrika Selatan ini cukup terkenal dengan ayam Peri-peri Chicken. Kamu boleh memilih Extra Hot, Hot, Mild, Lemon & Herba dan Mango & Lime. Lengkap juga dengan pelbagai side dish menarik seperti coleslaw, peri chips, garlic bread dan macam-macam lagi.
Ads
K Fry Urban Korean
The latest fried chicken craze in Malaysia! Baru-baru ini tular di media sosial tentang ayam goreng Korea yang disalut cheese tebal dengan outlet pertamanya di IOI City Mall, Putrajaya. Sehingga ke hari ini, masih ramai yang terpaksa beratur panjang untuk menikmati Cheesy Fried Chicken Bumbuk. Kelainan yang dibawa jenama ini dengan ayam goreng bersalut cheese ternyata berjaya memikat hati ramai penggemar ayam goreng!
4Fingers Crispy Chicken
Ads
Sebuah lagi jenama ayam goreng Korea yang kian mendapat tempat di hati penggemar ayam goreng Malaysia. Namanya sahaja sudah cukup memberi bayangan tentang ayam goreng rangup yang sememangnya menjadi salah satu faktor wajib ada untuk hidangan ini. Dengan status Halal yang diperolehinya, kamu tidak perlu ragu-ragu untuk menikmati hidangannya. Apa yang istimewa mereka hanya menyediakan ayam bahagian kepak dan peha sahaja dengan dua perisa berbeza, Soy Garlic dan Hot.
Galito’s
Ini merupakan salah ayam bakar terbaru yang boleh didapati di negara kita. Malah, pada hari ini Remaja berkesempatan mengikuti majlis pelancaran Galito’s di Malaysia bersama pengasasnya sendiri, Louis Germishuys. Apa yang menarik tentang Galito’s? Pertama sekali mereka tampil dengan resipi Galito’s Flame-Grilled Chicken. Ayam bakar ini diperap dengan perlahan selama 24 jam dengan bahan-bahan semulajadi tanpa pengawet. Dengan menggunakan resipi negara asalnya iaitu Afrika Selatan, Galito’s merupakan ayam bakar yang harus dicuba. Ia cukup berbeza dengan ayam bakar yang terdapat di pasaran terutamanya dengan pesaingnya (ehem).
Ada cadangan ayam goreng yang best boleh Remaja cuba di masa akan datang? Berikan cadangan di ruangan komen!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bekas petinju terkenal yang memegang rekod 29 kemenangan tanpa kalah di Ultimate Fighting Champion, Khabib Nurmagomedov khabarnya telah bertukar bidang karier.
Bak perumpamaan ‘Benih yang baik kalau di campak ke darat menjadi gunung dan jika dicampak ke laut menjadi pulau’ begitulah juga si lagenda MMA ini.
Perkara itu diumumkan sendiri oleh kelab tersebut bersama jejaka berusia 33 tahun tersebut di laman sosialnya. Impian Khabib Nurmagomedov untuk terlibat dalam bola sepak tercapai apabila dia dilaporkan telah menandatangani kontrak bersama pasukan divisyen ketiga Rusia, FC Legion Dynamo.
Khabib sebelum ini telah menyatakan minatnya untuk memasuki dunia bola sepak sejak bersara tahun lalu.
Menurut Daily Mail, kelab itu telah mengumumkan mengenai kontrak bersama Khabib dalam satu kenyataan di media sosial dengan memuatnaik gambar Khabib yang berjabat tangan dengan seorang pegawai kelab itu.
Gambar Via Daily Mail
“Kami memerlukan pahlawan yang hebat untuk menghadapi ‘pertempuran’ yang menanti tidak lama lagi. Kami bersiap sedia untuk menerima pasukan RPL bersama Khabib Nurmagomedov,” kata kelab itu.
Khabib yang juga merupakan rakan baik kepada Cristiano Ronaldo pernah mengatakan bahawa dia lebih suka menonton bola sepak berbanding MMA dan sering memuatnaik gambar-gambar yang menunjukkannya sedang berlatih bola sepak.
Bagaimanapun, masih belum diketahui bila dia akan mula beraksi dengan pasukan tersebut, lapor The Sun.
Pengendali rangkaian mudah alih Eagle Mobile ini bersara pada bulan Oktober tahun lalu dalam sukan MMA setelah kehilangan bapanya, Abdulmanap, yang meninggal dunia di usia 57 tahun.
Terdahulu mengikut laporan Essentially Sport, Khabib memiliki sumber kekayaan bernilai $30 juta hasil dari pertarungan yang disertainya ketika bersama UFC.
Pasangan pelakon, Lili dan Cole Sprouse baru-baru ini dilaporkan telah putus oleh media pada musim panas lalu setelah dua tahun bercinta.
Menurut sumber, katanya pasangan tersebut putus dalam keadaan dramatik dan langsung tidak menghubungi antara satu sama lain sepanjang cuti musim panas tersebut.
Bagaimanapun, semasa kedua-dua mereka hadir untuk Comic-Con di San Diego baru-baru ini tidak menunjukkan tanda-tanda bahawa mereka sudah berpisah.
Mungkin bosan dengan pelbagai spekulasi yang dibuat oleh netizen dan media, akhirnya Lili tampil memberikan kenyataan mengenai hubungan mereka itu menerusi laman media sosial.
“Berita Tergempar: Sumber sahih mengesahkan bahawa tiada satu daripada kamu yang tahu apa-apa.
“Jangan percaya apa-apa yang ditulis di internet ya anak-anak, dan berita sepatutnya berusaha lebih sikit untuk jadi tidak kejam. ‘Sumber sahih’ apo?,” tulis Lili
Don’t believe everything you read on the internet, kids. And news sources should try a little harder to be less vile. “Reliable sources” can kiss my ass. 🙏🏻
Wow! nampaknya Lili marah betul dengan khabar angin antara dia dan kekasihnya itu. Untuk pengetahuan, Lili dan Cole bertemu semasa penggambaran drama siri Riverdale.
Walaupun, kedua-dua mereka tidak pernah mengesahka hubungan cinta tersebut namun peminat semua tahu bahawa mereka adalah pasangan kekasih.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam usaha untuk menyelamatkan alam sekitar di samping memastikan kesihatan serta keselamatan pelanggang terjamin, kesemua cawangan Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) sebenarnya telahpun menggantikan straw plastik kepada rice straw selama beberapa bulan ini.
Cuma masih ramai yang sama ada tidak sedar akan perubahan itu ataupun tidak percaya bahawa rice straw ini banyak bezanya dengan straw biasa.
Untuk pengetahuan, rice straw diusahakan oleh Rice Straws Malaysia menerusi NLYTech dan diperbuat 100 peratus daripada bahan natural. Tidak seperti straw biasa yang perlu dikitar semula, rice straw berwarna ungu ini mampu terurai (decompose) sendirinya dalam masa 90 hari jika dibuang begitu saja. Senang cerita, ia memang mesra alam.
Malah, ia mempunyai tagline “100 peratus mesra penyu” dengan merujuk kepada binatang marin itu yang sering menjadi mangsa tercekik bahan plastik yang dibuang ke laut.
Satu lagi kelebihan rice straw adalah ia boleh digigit, dikunyah dan ditelan oleh manusia! Setelah CBTL memperkenalkan rice straw pada tahun ini bagi semua menu minumannya, ramai yang pelik mengapa straw ini lebih tebal dan mempunyai tekstur. Tidak seperti straw plastik atau straw kertas yang selalu kita dapat.
Well, itu kerana straw di CBTL menggunakan rice straw. Persoalan sama ada ia boleh dimakan SELALU ditanya oleh pelanggan kepada barista di kaunter CBTL sehinggakan seorang stafnya mengambil keputusan untuk menerangkan bahawa ia sememangnya betul-betul SELAMAT ditelan menerusi satu video TikTok.
Namun dia menasihati agar pelanggan membiarkannya di dalam air untuk seketika waktu agar ia bertukar menjadi lembut seperti jeli jika tidak mahu menggigitnya. Dan jangan risau, ia tidak mempunyai sebarang perisa asing yang boleh ‘mencemarkan’ rasa minuman masing-masing.
Menerusi ruang komen di video yang kini telah tular hingga lebih sejuta tontonan itu, ramai netizen yang nampaknya tidak sedar akan penggunaan rice straw ini di CBTL. Haa, jadi selepas ini, korang bolehlah mendapatkan minuman dari CBTL semata-mata untuk mendapatkan rice straw ini. Hehe, terbalik pula jadinya!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!