Terbaru, pengacara dan pempengaruh Hazeman Huzir sekali lagi memberi inspirasi kepada orang ramai kerana sanggup memotong rambutnya untuk didermakan kepada pesakit kanser.
Hazeman Huzir atau nama sebenar Mohamed Hazeman Huzir berkata, dia mengambil tindakan itu bagi meningkatkan keyakinan diri pesakit kanser yang mengalami keguguran rambut akibat kesan kimoterapi.
“Saya potong rambut buat wakaf pesakit kanser. Rambut saya akan dijadikan wig oleh NGO. Kemudian diberikan kepada adik-adik yang rambut gugur sebab chemo”
Kredit: Instagram Hazeman Huzir
Haze berkongsi berkongsi hal itu melalui aplikasi Instagram dan X miliknya.
Ads
Menerusi perkongsian Instagram dibuat, Haze sempat berseloroh menggunakan trend media sosial ‘Mak saya suruh break (putus), dia tidak suka lelaki rambut panjang’ yang pada mulanya menunjukkan dirinya berambut panjang dan kemudian muncul dengan penampilan terbaru berambut pendek.
Dalam pada itu, pengacara tersebut memberitahu rambut yang didermakan itu akan dijadikan rambut palsu oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO). Jelasnya, rambut palsu asli mempunyai kelebihan kerana ia mudah untuk diuruskan berbanding buatan sintetik.
Ads
Kredit: X Hazeman Huzir
“Rambut palsu from human hair ni boleh basuh & boleh hair dryer. So mahal sikit kalau banding dengan wig synthetic”
“So aku dermakan rambut pada pesakit kanser supaya dorang confident balik dan rasa segelumit normal. Especially yang budak-budak perempuan”
Kredit: Instagram Hazeman Huzir
Menurut Haze, dia juga berjanji untuk mewakafkan seluruh tubuh dari hujung rambut sampai hujung kaki dan rambut pendek itu boleh tumbuh semula. Jadi, ia bukanlah satu masalah yang besar walaupun sudah tiga (3) tahun dia menyimpan rambut panjang.
Ads
Sekadar info, Hazeman Huzir juga adalah pengacara podcast bagi aplikasi SEENI. SEENI merupakan salah satu aplikasi digital interaktiv oleh Nu Ideaktiv yang memberikan konten lokal menarik.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malam ini, pentas Gegar Vaganza musim ketujuh akhirnya melabuhkan tirainya dengan kemenangan vokalis kumpulan Projek Pistol, Cliff Umar!
Saingan sengit nyata diberikan oleh semua peserta pada malam ini apabila masing-masing tampil dengan persembahan sebaik mungkin bagi merealisasikan peluang untuk bergelar juara. Namun, juara hanya boleh menjadi milik seorang peserta kecuali semasa Gegar Vaganza musim keenam dan rezeki berpihak kepada Cliff.
Untuk pengetahuan, saingan sengit Cliff iaitu Mus May bergelar Naib Juara manakala seorang lagi peserta ‘favourite’ iaitu Ayu Damit memperolehi tempat ketiga. Lain-lain kedudukan adalah seperti berikut; Noraniza Idris (Tempat ke-4), OkaLinda Nanuwil (Tempat ke-5), Oja (Tempat ke-6) dan Ashira (Tempat ke-7).
Dalam ucapan penghargaan Cliff setelah dinobatkan sebagai juara (dan – ahem – membuka pelitup muka), beliau mendedikasikan kejuaraan ini kepada semua pihak yang terlibat yang menjayakan Gegar Vaganza 7.
“This one (merujuk kepada trofi) doesn’t belong to me. This one belongs to everyone yang menjayakan show ini. Kepada production team, and to all my fellow artists who work so hard every week. It is my honour to be performing with them every week.
“Saya merupakan peminat Abang Mus, kak Ani dan semua orang di sini,” katanya dengan penuh teruja.
Jurusan Perakaunan di peringkat pengajian tertiari menerusi akreditasi Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun atau ACCA semakin hari semakin semakin popular dalam kalangan pelajar Malaysia.
Dunia kini kian bergerak dengan pantas dengan pemodenan teknologi. Begitupun selari dengannya juga, graduan di mana-mana negara kini ‘diancam’ ketidakpastian mengenai masa hadapan bidang kerjaya mereka apabila isu pengangguran akibat gagal memperolehi pekerjaan tidak menunjukkan tanda-tanda akan selesai dengan segera.
Untuk memastikan seseorang graduan seperti kamu sentiasa relevan kepada pasaran kerjaya kelak, adalah penting untuk kamu memilih bidang pengajian yang melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran terutamanya kemahiran teknikal dan pengetahuan bagi menjamin peluang kerjaya yang cerah. Antara bidang yang diakui sentiasa menyediakan peluang pekerjaan adalah bidang perakaunan menerusi kelayakan ACCA.
Baru-baru ini, REMAJA berpeluang menemuduga seorang akauntan bertauliah yang juga merupakan Pengerusi Rangkaian Ahli Muda ACCA (Young Members Network), Fauziah Khan.
Lebih mesra dengan panggilan Fazy, beliau kini mempunyai lebih daripada 9 tahun pengalaman bekerja dalam pelbagai bentuk peranan di mana beliau memulakan perjalanan kerjayanya sebagai seorang juruaudit luar di sebuah firma perakaunan, BDO.
Fauziah Khan
Kongsi Fazy, dia kini berkhidmat sebagai Timbalan Pengurus dalam Perkhidmatan Kewangan Kumpulan KPJ Healthcare Berhad sebuah syarikat senaraian awam (PLC) khusus dalam menyampaikan perkhidmatan penjagaan kesihatan.
Sebelum itu, Fazy pernah berkhidmat di Jabatan Amalan Profesional dan Teknikal MIA selama 3.5 tahun dan menyelia pelaksanaan piawaian audit dan perakaunan di Malaysia. Bukan itu sahaja, Fazy juga menguruskan Lembaga Piawaian Audit dan Jaminan (AASB) dan Jawatankuasa Pelaksanaan Teknologi Digital (DTIC) ketika berperanan sebagai penolong pengurus di MIA.
Menurut Fazy Khan, semua sektor di Malaysia sekarang memerlukan kepakaran seorang akauntan tidak kiralah sama ada sesebuah syarikat itu berskala kecil mahupun bertaraf multinasional.
Antara tugas penting akauntan adalah memastikan perancangan kewangan organisasi dilaksanakan dengan baik seperti merancang laporan ramalan keuntungan & perbelanjaan syarikat, mengurus dan menganalisis rekod kewangan, pemantauan perbelanjaan kewangan, menyediakan laporan, dan memberikan nasihat kepada pihak atasan, pelanggan atau pemegang saham. Akauntan memainkan peranan penting dalam memastikan kesihatan kewangan dan kejayaan perniagaan, organisasi, dan individu.
Kongsinya kepada REMAJA lagi, bermacam-macam kelebihan lain apabila mengambil ACCA juga menanti graduan:
Pilihan kerjaya yang sangat fleksibel: Hanya dengan bidang perakaunan, kamu berpeluang untuk terokai bidang lain seperti, perakaunan forensik, pengauditan, percukaian, pengurusan kewangan dan lain-lain lagi. Bahkan, jika berminat untuk menceburi bidang keusahawanan, ilmu perakaunan dapat membantu kamu menguruskan hal ehwal kewangan perniagaan dengan baik seterusnya menjamin kelangsungan perniagaan yang dijalankan.
Kemajuan pantas dalam kerjaya: Dengan kemahiran dan pengalaman profesional yang baik, kemajuan kerjaya anda akan bergerak pantas. Anda boleh menjawat jawatan penting seperti penganalisis belanjawan, juruaudit, akauntan percukaian, perolehan atau pegawai kewangan korporat yang menawarkan imbuhan tinggi dan faedah yang lebih banyak.
Boleh bekerja dalam mana-mana sektor industri atau perniagaan: Anda boleh memilih untuk bekerja dalam mana-mana sektor pekerjaan yang diinginkan. Tidak kira sama ada anda memilih untuk bekerja di firma perakaunan besar atau di syarikat kecil, kelayakan dan kemahiran perakaunan yang diperlukan adalah sama untuk semua industri seperti industri penjagaan kesihatan, FMCG, minyak dan gas, kecantikan, makanan dan minuman, serta peruncitan dan sebagainya.
Peluang kerjaya di dalam dan luar negara lebih luas: Profesion ini melengkapkan anda dengan kemahiran kewangan, perniagaan dan digital yang relevan sehingga ke peringkat global. Ia pada asasnya adalah kelayakan antarabangsa yang berfungsi di mana-mana negara yang anda pilih untuk bekerja.
Peranan yang pelbagai: Akauntan memiliki kemahiran organisasi, analitikal dan teknikal melangkaui bidang perakaunan itu sendiri. Daripada pakar undang-undang dalam kewangan kepada penulis teks perakaunan; dengan kelayakan profesional yang dimiliki, kamu bebas untuk meneroka pelbagai bidang kerjaya yang diminati.
Fazy gemar berkongsi pengalamannya sebagai seorang pelajar ACCA suatu ketika dulu dan juga pengalamannya sebagai seorang akauntan kepada bakal ahli ACCA
Masa Depan Perakaunan
Teknologi kecerdasan buatan atau Artificial intelligence (AI) diakui semakin popular pada era ini. AI mempunyai keupayaan untuk menyelesaikan kerja-kerja yang bersifat kompleks dan kerja yang sifatnya berulang-ulang.
Hasilnya, ramai graduan yang mengeluh dan menunding jari terhadap AI yang bagi mereka memberi impak negatif. Iyalah, keperluan tenaga manusia kini boleh digantikan dengan kecanggihan AI dalam mencipta produk dan perkhidmatan baharu, membawa pasaran baharu, meningkatkan produktivitI, menjimatkan masa dan tenaga manusia.
Namun begitu, Fazy memberi jaminan kepada pelajar yang memilih jurusan ACCA ini untuk tidak perlu bimbang sekiranya teknologi AI tidak mampu menggugat profesion sebagai akuantan. Hal ini kerana jurusan ACCA ini sentiasa keep up to date dalam elemen digital. Selain itu, kerjaya sebagai akauntan juga memerlukan pengalaman dan judgement call yang tiada pada robot AI.
Kata Fazy, seorang akauntan juga boleh memiliki ‘work-life balance’ apabila memasuki dunia kerjaya sepertinya yang gemar mencuba aktiviti luar rumah seperti indoor go-kart ini.
Menurutnya lagi, tidak lengkap sekiranya pelajar yang bercita-cita untuk menjadi seorang akauntan tidak mempunyai kelayakan akauntan bertauliah daripada ACCA.
Kamu boleh memperolehi kelayakan akauntan bertauliah ACCA dalam tempoh hanya empat tahun sahaja tanpa memerlukan ijazah perakaunan. Caranya adalah dengan mendaftar kursus di bawah ACCA seterusnya memperolehi kelayakan setaraf bahkan lebih baik daripada ijazah perakaunan.
ACCA menawarkan pilihan modul profesional yang komprehensif yang dibangunkan oleh pemimpin pelbagai industri untuk memastikan ia sentiasa relevan dalam pasaran kerja serta diiktiraf di seluruh dunia.
Bina Kerjaya Dengan ACCA
ACCA juga menyokong pelajar dan ahli mereka melalui pembelajaran dan pembangunan yang komprehensif seperti:
ACCA Career Navigator untuk membantu merangka laluan kerjaya mereka, yang menjadi panduan untuk menerangkan tentang kemahiran baharu yang perlu diperolehi, meneroka destinasi dan peluang kerjaya serta bidang-bidang di mana mereka boleh memperkembangkan bakat mereka
ACCA Careers, tapak keboleh pasaran global yang menghubungkan ahli ACCA dengan bakal majikan.
webinar dan laporan Professional Insights untuk memastikan profesional perakaunan dan kewangan dimaklumkan tentang trend tempatan, serantau dan global
Jadi, tidak hairanlah jika graduan ACCA berjaya menarik perhatian majikan di dalam dan luar negara. Jangan lepaskan peluang keemasan ini dan mengejar kerjaya impian anda dengan mengikuti pengajian ACCA secara mod fleksibel. Untuk info lanjut tentang ACCA, lawati laman webwww.accaglobal.com.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bulan Ramadan adalah waktu terbaik untuk umat Islam meningkatkan amalan bagi mendapat ganjaran pahala yang besar. Kami pasti ramai yang ingin mengejar pahala dengan melakukan kebaikan, khususnya menderma.
Banyak perkongsian yang telah dibuat dengan menyenaraikan antara badan-badan kebajikan yang boleh disalurkan sumbangan. Namun kadang kala mungkin kita terlepas pandang untuk bersedekah.
Disebabkan oleh itu, Farah Lee telah berkongsi cara mudah untuk korang menderma secara harian. Mungkin ada yang terlupa atau tak sempat, jadi ikut sahaja car aini ok?
1. Pergi ke laman web launchgood/teamfl30daysofdeeds, klik ‘Automate your giving’
2. Pilih sumbangan korang untuk setiap hari sepanjang bulan Ramadan. Korang boleh menderma serendah RM5 sehari atau USD1 sehari
3. Kemudian, pilih cara pembayaran melalui kad kredit atau kad debit
4. Lengkapkan butiran yang diperlukan
5. Selepas itu, tekan butang Confirm apabila selesai mengisi butiran kad korang
6. Setiap sumbangan harian korang akan ditandakan pada daun-daun sehingga hari ke-30 Ramadan
Walau bagaimanapun, katakanlah selepas sign up korang rasa nak berhenti menderma, boleh saja berhenti pada bila-bila masa.
Duit korang itu akan disalurkan kepada kempen-kempen yang telah disahkan oleh LaunchGood ini. InsyaAllah semuanya valid dan benar. Untuk lebih mudah korang boleh terus ke Instagram Farah Lee dan klik pada bio.