Ingat, jangan bila dengar barang free je kita onz…
Kalau bercakap soal percutian, rasanya semua orang pun akan excited. Siapa je yang tak suka berjalan kan? Tak kisahlah bercuti di dalam atau luar negara, kalau ada peluang dan rezeki memang at least setahun sekali korang kena pergi travel.
Bukan saja dapat merehatkan diri, malah boleh menimba pengalaman baru di tempat orang.
Seperti yang dikongsi oleh KhairinKhan di laman Twitter-nya baru-baru ini setelah bercuti di Korea Selatan.
Siapa sangka, hanya kerana mahu memakai pakai tradisional Korea Selatan iaitu Hanbok secara percuma, Khairin dan rakannya yang lain berdepan dengan pengalaman sukar dilupakan.
Dari situ dia sedar pelancong memang tidak boleh mempercayai orang yang baru dikenali. Semoga perkongsian ini boleh menjadi panduan untuk korang lebih berhati-hati jika travel ke luar negara.
Jom kita baca thread yang telah dikongsi olehnya.
Kami didatangi oleh sekumpulan pelajar Universiti Seoul yang mengajak untuk berborak-borak.
Mereka mengajak kami untuk merasai budaya Korea di universiti mereka dan paling menarik, kami boleh mencuba memakai Hanbok secara percuma.
Ads
Bila dengar free apa lagi, kami setuju untuk ikut mereka ke destinasi yang diceritakan tadi. Tapi bukan universiti tempat yang dibawa, tapi terus ke pusat komuniti yang terletak jauh dari Seoul.
Hanbok Putih & Ritual
Di pusat komuniti itu, kami diberikan sepasang Hanbok berwarna putih yang digunakan untuk upacara ritual. Semasa upacara berjalan, mereka tidak membenarkan kami untuk menggunakan kamera mengambil gambar.
Mereka meletakkan kami di dalam sebuah bilik dan menyuruh semua mengikuti ritual menyembah nenek moyang mereka.
Apabila upacara bermula, kami hanya berani pandang ke bawah sahaja kerana tidak boleh lihat ke hadapan. Ini kerana mereka sudah start membaca mantera. Selepas itu mereka tunduk dan sujud. Paling menakutkan guys, mereka juga menyuruh kami untuk mengikut aksi ritual yang mereka lakukan. Seriously!
Perasaan tak sedap hati mula terdetik. Dengan berani dan nada tegas, kami tak boleh lakukan upacara ini kerana kami Muslim.
Ads
Pada mulanya mereka bantah tapi kami tetap dengan pendirian untuk tidak lakukan upacara ini. Mereka sempat memberitahu agar tidak meninggalkan bilik ini lalu menyuruh kami duduk di bahagian belakang.
Azab tidak habis disitu sahaja ya,
Kami dijemput makan buah yang disembah semasa upacara tadi. Kami menolak. Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu, niat mereka bawa kami ke sini adalah untuk meminta derma untuk tempat itu.
Kami bagilah derma 1000 won (RM4) lepastu ciao. Mereka macam terkejut dengan pemberian wang kami. Tak kan sikit ni je ke?
Kami memberi alasan tak mampu beri sedekah kerana kami hanya pelancong biasa.
Malang buat kami hari tu, kerana satu hari dibazirkan melawat tempat yang tidak dirancang ini. Geram sangat dengan Hanbok yang meraka janjikan itu. Jadi untuk balas geram itu pada waktu malam itu kami pergi ke tempat menyewa Hanbok dan tunaikan impian kami semua.
Netizen Pun Ramai Yang Dah Terkena
Rata-rata Netizen yang membaca perkongsian ini juga pernah kena scammer begini ketika bercuti di Korea.
Hanbok Free Untuk Belajar Budaya & Lagu
This Happened To Me Too!
Haa, itulah sebabnya korang kena buat research dulu sebelum bercuti di sesuatu tempat. Paling utama jika ke negara seperti Korea Selatan yang menjadi pilihan ramai pelancong Malaysia, baca dahulu reviu dan itenerari yang dimuat naik oleh mereka.
Pernah tak, ada ketika kita berasa was-was sama ada sudah membaca tahiyat awal ketika solat atau kita teruskan ke rakaat ketiga? Ini kerana ada ketika kita terlupa sama ada sudah membacanya atau belum? Mungkin ramai yang ingin tahu, andai kata kita terlupa baca tahiyat awal dan sudah naik ke rakaat ketiga, adakah kita wajib turun semula baca tahiyat? Ustaz Azhar Idrus berkongsi ilmu jika kita terlupa membaca tahiyat awal.
Soalan : Jika kita tertinggal baca tahyat awal dan naik ke rakaat yang ketiga adakah wajib kita turun semula baca tahiyat?
Jawapan :-
Jika orang yang sembahyang tertinggal membaca tahyat awal lalu naik ia ke rakaat yang ketiga maka jika belum sampai berdiri tegak nescaya disunatkan dia turun kembali duduk membaca tahyat.
Dan jika dia sudah berdiri tegak pada rakaat yang ketiga nescaya tidak lagi dia boleh turun duduk membaca tahyat dan jika dia turun juga dengan sengaja nescaya batal solatnya. Akan tetapi jika ia solat berjemaah maka wajib ia kembali kepada duduk tahyat kerana mengikut imam.
Telah berkata oleh Syeikh Bafadhal : وَلَو نسي التَّشَهُّد الأول فَذكره بعد انتصابه لم يعد إِلَيْهِ فَإِن عَاد عَالما بِتَحْرِيمِهِ عَامِدًا بطلت أَو نَاسِيا أَو جَاهِلا فَلَا وَيسْجد للسَّهْو وَيجب الْعود لمتابعة إِمَامه
Artinya : “Dan kalau seorang itu lupa membaca tahyat awal kemudian dia teringat selepas tegaknya berdiri nescaya tidak harus dia kembali kepada tahyat. Maka jika dia kembali kepada tahyat dalam keadaan dia tahu tentang diharamkannya dan sengaja nescaya batal solatnya. Atau dia kembali itu kerana terlupa atau tidak tahu maka tidak batal dan sunat dia sujud sahwi sebelum salam. Dan wajib makmum kembali duduk tahyat kerana mengikut imamnya.” (Kitab Muqaddimah Hadhramiyah).
Telah berkata Imam Ibnu Ruslan :
لَكِن على الْمَأْمُوم حتما يرجع … إِلَى الْجُلُوس للْإِمَام يتبع وعائد قبل انتصاب ينْدب … سُجُوده إِذْ للْقِيَام أقرب Artinya : “Akan tetapi wajib atas makmum kembali kepada duduk tahyat awal kerana mengikut imam dan yang solat sendirian sunat kembali kepada duduk tahyat apabila belum berdiri tegak dan sunat ia sujud sahwi jika sudah dekat kepada berdiri.” (Kitab Matan Zubad).
Keterangan :
Dalam solat sendirian jika seorang itu terlupa duduk tahyat awal lalu ia berdiri maka jika sudah berdiri tegak nescaya tidak harus lagi dia duduk semula kerana membaca tahyat awal. Jika dia duduk semula kerana membaca tahyat awal nescaya batal solatnya kerana dia telah berada di rukun yang lain tidak boleh lagi ulang kepada perkara yang sunat. Dan sebelum salam adalah sunat dia lakukan sujud sahwi kerana tertinggalnya akan tahyat awal itu.
Yang dimaksudkan berdiri tegak itu ialah berdiri yang sudah memadai dinamakan qiam sekali pun belum meletakkan kedua tangannya di bawah dadanya.
Jika belum lagi berdiri tegak nescaya sunat dia turun membaca tahyat awal dan sebelum salam disunatkan dia sujud sahwi apabila dia telah naik lebih dari separuh berdiri atau lebih dari had rukuk.
Ada pun jika dia baru naik sedikit seperti belum sampai separuh atau belum sampai had rukuk nescaya disunatkan kembali duduk baca tahyat dan tetapi tidak disunatkan sujud sahwi sebelum salam kerana sedikit pergerakkannya.
Dan dalam solat berjemaah jika makmum terlupa tahyat awal dan naik berdiri nescaya wajib makmum itu duduk semula bersama imam membaca tahyat kerana kewajipan mengikut imam. wallahua’lam ustaz azhar idrus
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ekoran daripada penangguhan pendaftaran fizikal kepada pelajar IPT baru-baru ini, Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan memberikan RM100 melalui inisiatif UiTM Prihatin kepada penuntut yang terpaksa berpatah balik ke kampung selepas mendaftar di institusi tersebut.
Bantuan yang sama turut diberikan kepada penuntut yang sudah mendaftar dan terus tinggal di kolej kediaman serta di luar kolej kediaman UiTM Shah Alam dan kampus cawangan ketika ini. Pengurusan tertinggi universiti juga bersetuju memberi pengecualian bayaran kolej bagi bulan ini kepada semua penuntut yang memilih untuk terus tinggal di kolej kediaman UiTM Shah Alam dan kampus cawangan.
Gambar hiasan
Terdapat 3,252 penuntut yang direkodkan datang mendaftar secara fizikal pada Khamis hingga Sabtu lalu dengan 940 memilih untuk terus kekal di kolej kediaman UiTM.
Naib Canselornya, Prof Emeritus Datuk Dr Mohd Azraai Kassim turut berkata inisiatif dan insentif yang dilaksanakan itu selari dengan saranan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad supaya IPT memahami kesulitan dan kekangan yang dihadapi penuntut.
Selain itu juga, pihak UiTM memberi jaminan kebajikan dan keselamatan penuntut akan sentiasa dipantau dan diberikan keutamaan. Diharap dengan inisiatif yang dilakukan ini dapat memberikan semangat untuk pelajar lebih tenang dan tabah dalam meneruskan pengajian mereka.
Pempengaruh atau selebriti TikTok popular, Haikal Irfan, mengakui dugaan yang perlu dilaluinya untuk berada pada tahap hari ini bukanlah sesuatu yang mudah ditempuhi.
Ia kerana, pemuda berasal dari Ipoh, Perak itu mendedahkan dia pernah melarikan diri dari rumah kerana keluarga menghalangnya untuk menjadi pempengaruh atau influencer di media sosial.
Menurut sumber, Haikal menjelaskan cintanya berputik pada TikTok dan mula mendalami sejak dia diberhentikan kerja sebagai cef pelatih atau commis cef di sebuah hotel, akibat pandemik. Kemudian, dia cuba mempelajari cara untuk meraih pendapatan melalui aplikasi berkenaan.
Kongsi pemuda berusia 23 tahun itu, walau pada mulanya tidak direstui kedua orang tuanya, kini dia berjaya menjadikan pempengaruh sebagai kerjaya hingga mampu menjana pendapatan bulanan sekitar RM10,000, bahkan pernah mencecah angka RM50,000 sebulan.
Sementara itu, Haikal turut berkongsi dia pulang ke rumah setelah tiga bulan untuk memohon maaf dan meminta restu kedua ibu bapanya.
Kini setelah hampir lima tahun mendalami dan menyelami selok belok ritma aplikasi media sosial paling mendadak pengaruhnya di dunia itu, Haikal boleh tersenyum bangga dengan deretan pencapaian dikecapinya.
Sekadar informasi, perjuangan pemuda ini di medan digital dalam mengumpul sejuta pengikut di platform TikTok akhirnya tercapai pada 26 Jun tahun lalu.
Kini, dia mula mensasarkan matlamat baharu iaitu untuk memastikan akaun miliknya diiktiraf oleh pemaju aplikasi berkenaan menerusi pentauliahan lencana biru.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.