Kes baharu positif COVID-19 setakat ini (14 Januari 2021) mencatatkan jumlah sebanyak 3,337 kes dengan 15 kes kematian COVID-19 direkodkan. PKP di Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan) Sabah, Melaka, dan Johor. Manakala beberapa negeri lain dikenakan PKPP dan PKPB.

Hal ini tidak boleh dipandang remeh oleh masyarakat kerana kita masih belum menang bagi menangani situasi pandemik ini.

Operasi di pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah (PKRC) Maeps juga nampaknya penuh dengan pesakit yang dijangkiti pandemik ini. Sudah tentu, waktu dikuarantin merupakan waktu ‘tegang’ dan stress buat pesakit posotif Covid-19 ini.

Tapi, sebenarnya tidak ye. Dalam satu perkongsian seorang pengguna aplikasi Tiktok dikenali sebagai Syahida, dia telah memuat naik video aktiviti yang dilakukan oleh teman lelakinya ketika dikuarantin bersama ratusan lagi penghuni.

 

@syhdysraDidn’t expect this would be my boyfriend’s activities while quarantine 😭😭😂. ##maepsserdang ##quarantine ##fyp♬ original sound – syahida

IKLAN

 

Fashion show baju bersalin
Apa yang menghiburkan ialah sekumpulan pemuda yang dikuarantin di MAEPS telah melakukan fashion show dengan baju yang sering digunakan oleh kaum wanita di wad bersalin.

 

IKLAN
@syhdysraTheir other activities 😂 ##fyp ##foryou ##maepsserdang♬ She Share Story (for Vlog) – 山口夕依

Rata-rata warganet terhibur dengan video yang tular ini. Dan sempat tinggalkan pesan agar berhati-hati takut air ketumban pecah.

“Hati-Hati Pecah Air Ketumban Nanti’, Netizen Terhibur Lihat Geng Kuarantin Buat ‘Runway Fashion’

IKLAN

Disamping, warganet turut mendoakan agar para penghuni pusat kuarantin MAEPS segera sembuh dan bebas daripada pandemik yang menular ini.

“Hati-Hati Pecah Air Ketumban Nanti’, Netizen Terhibur Lihat Geng Kuarantin Buat ‘Runway Fashion’

Apa-apapun, diharap mereka yang dikuarantin ini masih menjaga SOP walaupun gembira brjumpa kawan baru.

So korang, tolonglah main peranan juga ya. Patut arahan yang diberikan untuk duduk di rumah sepanjang tempoh PKP ni. Kerajaan kita dah bersungguh-sungguh membantu menghentikan penularan wabak ini, jadi sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita juga harus turut sama berganding bahu bagi mencegah virus ini daripada terus menular.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI