Akhirnya pertanyaan dan teka teki orang ramai sama ada gula-gula ‘planet gummy’ dan ‘eye balls’ yang kini semakin tular dalam kalangan masyarakat kita halal di makan atau tidak terjawap apabila satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM mengandungi bahan tidak halal.
Ia sekaligus mengesahkan kerisauan orang ramai sama ada gula-gula yang diimport dari China mengelirukan orang ramai kerana turut dijual secara atas talian dengan perakuan halal.
Pendedahan ini dibuat menerusi sebuah akaun Tik Tok dan menyebabkan Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM dihujani pertanyaan untuk mendapatkan kepastian lanjut.
Untuk makluman, isu ini telah diberi perhatian dan siasatan akan dijalankan memandangkan produk tersebut merupakan produk import. Sebagai pengguna, semua pihak dinasihatkan agar lebih berwaspada apabila membuat pembelian secara dalam talian dan pastikan status halal produk terlebih dahulu.
Ads
Elakkan keraguan dengan mengutamakan produk yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah kerana ianya dijamin halal dan toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut garis panduan, standard serta perundangan berkaitan halal yang telah ditetapkan di negara ini.
Untuk mengetahui produk yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, sila layari Portal Rasmi Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar SmartHalal:-
Sebelum ini, REMAJA pernah menghubungi menghubungi Ustaz Azhar Tuarno yang juga pegawai JAKIM berkenaan isu gula-gula White Rabbit yang sah mengandungi gelatin babi, dan apa yang perlu dilakukan andai seseorang itu sudah termakan makanan tidak halal ini.
Menurutnya, apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam, segeralah beristigfar dan memohon keampunan dari Allah taala di atas kekhilafan yang dilakukan.
“Cuma perlu istigfar dan minta ampun pada Allah. Jangan mengulanginya lagi selepas kita menyedari kekhilafan ini. Adalah lebih baik dalam bab makanan, umat Islam berhati-hati memilih pengeluar makanan tersebut kerana kita tidak mahu ada unsur-unsur shubahah dalam makanan yang kita makan,” katanya ketika dihubungi.
Hanya pencinta kucing saja yang faham perasaan begini. Sebab itulah saat kucing sakit atau mati, pemilik juga akan menangis beriya-iya saat kehilangan haiwan tersebut. Dengan sifat manjanya hingga mampu mencairkan hati pemiliknya, memelihara kucing terutama baka jenis mahal bukanlah murah. Ia memerlukan wang yang banyak bertemu doktor haiwan jika kucing sakit atau perlu di vaksinkan.
Di negara seberang, viral kisah seorang pemilik kucing yang membelanja penduduk kampung makan termasuk menabur duit selepas kucingnya melahirkan lima ekor anak.
Dalam satu perkongsian di Instagram @ndorobeii, jelas di dalam video itu jelas tertera kegembiraan di wajah warga desa termasuk kanak-kanak saat mengutip duit dilemparkan pemilik kucing itu hingga mengundang ketawa netizen melihatnya.
Sejak di muat turun, lebih 11 ribu pengguna melihatnya dan memberikan tanda suka. Walau tidak dinyatakan secara jelas lokasi kejadian di daerah mana, ia dilihat satu tanda kesyukuran pemiliknya dan dia berbesar hati berkongsi dengan warga desa selepas kucingnya melahirkan 5 ekor anak.
Dalam pada itu, di kotak makanan tertera kata-kata lucu iaitu Chinta dan Chikko atas kelahiran anak lima. Semoga menjadi anak yang soleh, berbakti pada orang tua dan majikan, tulis akaun tersebut.
Hal ini terus mengundang rasa lucu netizen kerana rata-rata pemilik kucing mengakui mereka memang sanggup berbuat apa saja untuk haiwan peliharaan itu.
Hurm..untunglah orang kampung. Dah macam hiburan pulakkan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika beberapa bulan lalu negara kita dilanda musim 'sejuk' kerana mengalami hujan lebat hampir di seluruh negeri, kini Malaysia berada pada fasa kedua Monsun Timur Laut dengan kurang taburan hujan yang akan menyebabkan cuaca kering dan panas sehingga hujung Mac.
Menurut berita yang dilaporkan oleh Sinar Harian, Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan cuaca kering terutamanya di Kedah, Perlis dan Perak selain Kelantan dan Terengganu.
Menjelang Februari pula, situasi sama turut melanda Pulau Pinang, Perak Utara, utara Kelantan dan utara Terengganu serta di timur Sabah.
Hm, patutlah sekarang nak tidur waktu malam pun dah rasa bahangnya tu.
MET Malaysia menerima maklumat bahawa jumlah paras air di empangan tertentu mengalami penurunan berbanding kebiasaan.
Korang juga dinasihatkan untuk berjimat cermat dalam penggunaan air, berhati-hati ketika melakukan aktiviti luar serta tidak melakukan pembakaran terbuka dan paling penting, minum air yang secukupnya.
Jika tidak mempunyai sebarang aktiviti luar, elakkan daripada kerap berada di luar rumah atau bangunan. Be safe guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rasanya semua sedia maklum bahawa Neelofa dan pasangannya sudahpun dikenakan kompaun sebanyak RM60,000 kerana melangggar prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di majlis perkahwinan serta merentas negeri.
Tapi rupanya hal ini tidak habis lagi ye, terbaru akaun jenama batu kristal mewah dunia, Swarovski memaklumkan pihak mereka sudah tidak lagi berkerjasama dengan Neelofa.
Hal ini selepas, satu ciapan bagi menjawap pertanyaan pengguna Twitter mengenai status kolabrasi Neelofa dengan jenama antarabangsa tersebut.
Melalui akaun Twitter @azba95 menerusi ulang kicau kesalah Neelofa hingga dikenakan kompaun awal minggu lalu. Dia turut membandingkan situasi terbabit dengan selebriti di luar negara seperti Korea Selatan.
Menurut pengguna Twitter ini, selebriti di Korea Selatan akan hilang kolabrasi sebagai duta sesebuah jenama jika terpalit dengan isu yang tidak baik.
“If Neelofa is a Korean artists, the brands that she is the ambassador of would have terminated the contracts already.”
Tidak lama selepas itu, syarikat barangan aksesori mewah ini memberikan respon.
Thank you for reaching out. We can confirm that we’re no longer working with Neelofa,” menurut akuan rasmi Swarovski.
Namun, hal ini tidak tahu lah sesahihannya kerana tiada lagi kenyataan rasmi dari pihak Neelofa mahupun Swarovski. Untuk info, lebih 5 tahun Neelofa berkolabrasi bersama bersama Swarovski dan menjadi wanita berhijab pertama yang muncul sebagai cover billboard.
Bukan itu je, busana perkahwinan Neelofa yang kontroversi itu juga ditatah dengan 5,000 butir permata batu kristal Swarovski ini. Fuhh!!!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khutbah Jumaat Jakim mengingatkan bahawa musuh akhlak remaja zaman digital bukan lagi pedang, tetapi skrin di tangan. Pesanan penuh hikmah tentang cabaran media sosial dan cara mendidik dengan kasih sayang.