Dalam satu-satu majlis khususnya melibatkan anjuran kerajaan, dapat dilihat begitu banyak makanan dihidang. Dalam menikmati rezeki dari Allah taala ini, ada segelintir dari kita bertindak membungkusnya dalam tisu dengan alasan untuk bawa pulang mereka di rumah dan tidak dapat menghadirinya.
Jika inilah tabiat yang ada pada kita, tanpa sedar kita sebenarnya menikmati yang haram kerana makanan itu diambil tanpa izin penganjurnya. Bacalah perkongsian ilmu dari Ustazah Asma Harun yang dikongsikan di fb Pesan Bonda.
Hukum membawa pulang makanan yang dihidang PERCUMA
Astaghfirullah…
TELADAN YANG SANGAT BERGUNA:
Sementara tunggu giliran dipanggil di sebuah klinik , nampak satu keluarga Arab Sudan, suami isteri dan bawa 3 anak baru lepas terima rawatan..
Dekat tepi kaunter bayaran ada satu bahan makanan yang sedang dipromosi.
Bukan bahan yang dipromosi saya nak cerita tapi akhlak seorang yang sangat menjaga amanah Allah SWT.
Saya nak tanya, jika kita, faham akan apa maksud "PLEASE TAKE ONE"? Adakah seorang ambil satu atau sekeluarga ambik satu?
Jika kita faham seorang ambil satu saja, maka jika kebetulan kita datang bawa 3 orang anak, setiap anak boleh ambik satukan? Maka halallah untuk tiap orang anak makan benda tu..
Tapi apa yang menarik perhatian saya ialah, bapa Arab Sudan tu faham ialah sekeluarga ambik satu. Jadi ketika dah nak masuk kereta, bapanya perasan 2 orang anaknya ambik setiap orang satu. Dia tegur anaknya suruh pulangkan satu. Just take one only. Haram! dia kata..
Maka anaknya pun pulangkan semula sebungkus kat dalam kotak tu, dan berlalu masuk dalam kereta semula..
Subhanallah… begitu sekali seorang bapa menjaga amanah, memastikan barang yang halal masuk kedalam perut anak-anaknya..
Sedangkan kebanyakkan yang kita temui, jika ada barang free, diletakkan di kaunter mana-mana pun, katakan sepiring kerepek suruh rasa, kita lalu dan berhenti ambik makan untuk rasa, bila sedap, kita ambik segengaman dan jalan, bukan nak beli. Halalkah?..

Saya pernah dengar satu pesanan seorang; ketika itu kami di Ladang Kurma di Madinah, "Kamu boleh makan sebanyak mana kurma yang dijamu di sini, ia halal, namun sebijik yang kamu masukkan dalam poket, dengan niat nak makan nanti atas bas, ia jadi haram."
Dengan kata lain jika kita pergi mana-mana majlis, jika makanan tu dihidangkan di situ, kita cuma boleh makan di situ, TIDAK boleh bungkus dalam tisu seketul dua pun dan masukkan dalam poket dengan tujuan nak beri orang yang tak datang rasa tanpa minta izin dengan tuan majlis…
Yang kita bawa balik tu telah jadi HARAM sekiranya kita tidak MINTA HALAL dengan tuan majlis..
Maka berhati-hatilah dengan haram halal yang kita nak anak-anak makan..
Walaupun asalnya halal, makanan halal , jadi haram apabila kita tak berilmu dan amanah menjaganya..
Di akhirat nanti, semua dari kita akan saling tuntut menuntut. Tiada seorang pun yang terlepas. Di dunia ni kita boleh cakap kita halalkan semuanya dan takkan saling menuntut di akhirat tapi bila di Padang Mahsyar, bau neraka pun kita dah tercium walaupun jaraknya 500 perjalanan lagi, semua orang dalam ketakutan dan semua orang takkan terlepas dari tuntut menuntut..
Orang Lelaki paling banyak dituntut di akhirat. Isterinya, anaknya, mak ayah, mertuanya dan adik beradiknya (walaupun sudah berkahwin). Jika ramai isterinya, maka ramailah isterinya yang akan menuntut segala pahala darinya. Jika ramai anaknya, maka ramailah anaknya yang akan menuntut pahalanya di akhirat.
Begitu juga ibu bapa yang sakit, walaupun di dunia ni tidak menjaga ibu bapa yang sakit, mak ayah kata dia redha tetapi di akhirat nanti semuanya akan dituntut..
Jika ada mertua tetapi tidak menjaga hak mertua, di akhirat juga akan dituntut kelak..
Anda mungkin berminat dengan
Jika punya adik beradik perempuan, mereka juga akan menuntut pahala darinya, sampai habis dan tidak cukuplah pahala orang lelaki, lalu berpindahlah dosa-dosa orang yang menuntut itu pada orang lelaki itu..
Di dunia ini semuanya nampak simple dan ramai yang ambil mudah. Contoh suami sedang tidur walaupun sudah masuk waktu solat. Isteri kena kejutkan suami bangun dan solat sebab akhirat nanti, suami akan tuntut kenapa isteri tidak kejutkan suami yang sedang tidur..
Di dunia ini kita nampak kecil sahaja benda ni tapi di akhirat nanti sebesar-besar kuman pun suami akan tuntut pada isteri..
Di dunia ini jika suami membiarkan isteri-isteri dan anak-anak mereka tidak menutup aurat, tidak solat, tidak berpuasa dan sebagainya, di akhirat nanti para isteri dan anak-anak akan saling menuntut pada suami sebab tidak menegur dan melarang dari melakukan dosa. Benda ini mungkin, nampak mudah di dunia tapi di akhirat, sebesar-besar kuman pun mereka akan tuntut..
Itu belum lagi bab dalam berkawan. Jika kita ada ilmu agama, kita tidak sampaikan pada kawan-kawan, kita biarkan kawan-kawan kita dalam kealpaan dunia, kita tidak melunaskan tanggungjawab sebagai kawan. Maka di akhirat nanti kawan-kawan akan datang menuntut hak kepada kita..
Hidup kita di dunia ni semuanya akan dihisab walaupun dalam Facebook. Jangat ingat di alam maya ni, Allah tak hitung amalan kita. Apa saja walaupun sekecil kuman Allah akan hisab..
Seorang perempuan beragama Islam yang mendedahkan aurat jika tiada satu pun kawan-kawan yang menegur dia untuk menutup aurat, di akhirat nanti semua kawan-kawannya akan ditanya Allah kenapa tidak menegur kawan itu supaya menutup aurat dan kawan yang tidak menutup aurat tu akan menuntut semua pahala dari kawan-kawan yang tidak menegurnya..
Nampak?..
Ini antara hak seorang kawan. Kita ada ilmu agama tapi kita tidak lunaskan haknya sebagai sebagai sahabat..
#Ustazah_Asma_Harun..
∞
Ramai remaja beri alasan tidur lewat sebagai alasan tidak bangun untuk solat Subuh. Malah kebanyakan remaja gemar tidur meninggi hari dan kemudian berjaga hingga lewat malam sehingga menyukarkan bangun awal pagi untuk bersolat.
Berkongsi di pagenya,Ustaz Azhar Idrus dalam menjawap satu pertanyaan mengenai satu hadis yang menyebut, apakah hadis syaitan kencing dalam telinga orang tidur itu sahih? Apakah makna hadis tersebut?
Dalam menjawap pertanyaan itu, beliau memaklumkan hadith yang menceritakan syaitan kencing pada telinga orang yang sedang tidur itu adalah hadith sahih.
Diriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud r.a. katanya :
ذُكِرَ عِنْدَ النبيِّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ رَجُلٌ، فقِيلَ: ما زَالَ نَائِمًا حتَّى أَصْبَحَ، ما قَامَ إلى الصَّلَاةِ، فَقالَ: بَالَ الشَّيْطَانُ في أُذُنِهِ
Artinya : “Disebut pada sisi Nabi saw tentang seorang yang tidur ia sampai ke subuh tidak bangun ia kepada sembahyang. Maka Nabi saw berkata : Syaitan telah kencing pada telinganya.” (Hadith riwayat Imam Bukhari)
Ulamak berbeda pendapat pada makna solat yang ditinggalkan dalam hadith ini.
Sebahagian ulamak berkata solat yang ditinggalkan dalam hadith ini ialah solat sunat malam dan dan sebahagian yang lain berkata solat fardu.
Berkata Syeikh Ali Al-Qari :
أَيْ: صَلَاةِ اللَّيْلِ ، أَوْ صَلَاةِ الصُّبْحِ
Artinya : “Yaitu solat sunat malam atau solat subuh.” (Kitab Mirqat Al-Mafatih)
Berkata Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar :
وَيُرَادُ بِهِ صَلَاةُ اللَّيْلِ أَوِ الْمَكْتُوبَةُ ، وَيُؤَيِّدُهُ رِوَايَةُ سُفْيَانَ : هَذَا عِنْدَنَا نَامَ عَنِ الْفَرِيضَة
Artinya : “Dan dikehendaki dengannya itu ialah solat sunat malam atau solat fardu. Dan menguatkannya oleh riwayat Sufyan. Ini disisi kami ialah tidur dari solat fardu.” (Kitab Fathul Baari)
Dan tersebut pada kitab Torhu At-Tasrib :
وذهب الطحاوي رحمه الله إلى أن المقصود النوم عن صلاة العشاء
Artinya : "Dan telah berjalan oleh Imam At-Thahawi kepada yang dimaksudkan ialah tidur dari solat isyak.”
Dan sebahagian ulamak berkata lelaki yang di kencing dalam telinganya oleh syaitan itu ialah kerana tidur sehingga tidak solat subuh kerana berdalil dengan hadith :
من نام عن الفريضة حتى أصبح فقد بال الشيطان في أذنه
Artinya : “Siapa yang tidur dari solat fardu sampai waktu pagi maka sungguhnya telah kencing oleh syaitan pada telinganya.” (Sahih Ibnu Hibban)
Setengah ulamak mengatakan perbuatan kencing pada hadith ini ialah makna haqiqi yaitu memang syaitan dari kalangan jin kencing dalam telinganya kerana tidak bangun menunaikn solat dari kerana tabiat syaitan itu makan dan minum dan berkahwin dan termasuk kecing berak.
Dan setengah ulamak mengatakan maksudnya ialah majazi yaitu kiasan dari sebab lalai seorang yang asyik dengan tidurnya dia diperdayakan oleh syaitan dengan hasutannya.
wallahua’lam
ustaz azhar idrus
Jadi pada korang yang liat bangun Subuh tu, faham-fahamlah ya. Sebab tu telinga jadi tak dengar azan sebab penuh dengan kencing syaitan.
∞
Rasanya ramai rakyat Malaysia lebih sinonim memanggil jenama makanan segera ini dengan panggilan ‘Mekdi’. Bukan sahaja ia mudah untuk disebut malah kedengaran lebih ‘Malaysian’ kan?
Susulan itu, sempena bulan kemerdekaan ini, McDonald’s turut sama tidak mahu melepaskan peluang untuk menunjukkan semangat ‘Malaysia’ apabila menukar nama restoren makanan segera tersebut kepada Mekdi.
Tapi, pertukaran nama tersebut hanya eksklusif fi cawagan Bukit Bintang sahaja kerana ia merupakan lokasi pertama jenama ini bertapak di Malaysia.

Memetik NST, Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai menjelaskan sebab penukaran nama tersebut adalah sebagai penghargaan kepada rakyat Malaysia yang sering memberikan sokongan terhadap jenama makanan segera tersebut.
“Jadi kami berhasrat untuk menukar jenama kami kepada nama panggilan kegemaran rakyat Malaysia,” katanya kepada NST.
Untuk pengetahuan, jenama makanan segera ini sudah 37 tahun tau bertapak di Malaysia. Unbelievable!

Susulan itu juga, turut diperkenalkan nasi lemak yang menjadi pilihan makanan rata-rata rakyat Malaysia. Barulah betul-betul Malaysian kan?

∞
Siapa cakap pondok kecil dan usang tidak boleh dihias sempurna!
Mengubah suai rumah seakan menjadi trend pada zaman sekarang. Tidak kira rumah jenis apa, kalau rajin pasti rumah korang kemas dan kelihatan indah di dalamnya
ARTIKEL BERKAITAN : Hanya Bajet 1K, Pemuda Ini Transform ‘Rumah Flat’ Jadi Kondo!

Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan pondok usang tapi tandas bersadur emas?Untuk pengetahuan semua, pondok tersebut milik seorang lelaki yang dikenali sebagai Baharuddin Mamat yang tular di TikTok sejak beberapa hari yang lalu.
Jika dilihat dari luar, anda mungkin tidak akan menyangka bahawa pondok tersebut kelihatan berbeza dari dalamnya. Menerusi video yang dimuatnaik oleh kenalannya @salahuddinmazelan, memasuki ke dalam pondok tersebut adalah seperti berada dalam dunia yang berbeza.
Paling istimewa, tandas di dalam pondok itu juga turut dilengkapi dengan tab mandi dan dihiasi dengan sangat kemas.
Manakan tidak, ia dihiasi dengan pelbagai barangan berwarna keemasan yang kelihatan sangat mewah dan moden.
Mengikut laporan, pondok tersebut dibina oleh Baharuddin Mamat untuk pekerja-pekerja berehat selepas berniaga. Malah, pondok tersebut berada berdekatan dengan kedai makannya di Kampung Dusun Melintang, Jalan Sultan Muhammad di Terengganu.
Rata-rata netizen terkejut dan memuji hiasan dalaman pondok ini yang tak setara dengan luarannya.


Kesimpulannya, bak kata pepatah English, “don’t judge a book by its cover“. Ha kalau korang jumpa pondok macam ni jangan pandang sebelah mata, kot-kot lagi hebat dari hiasan dalaman rumah korang tu.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: salahuddinmazelan
∞