
Pelakon, Harris Annuar baru-baru ini tampil memaklumkan sebuah khabar gembira apabila isterinya, Asha Merican kini sedang hamil cahaya mata kedua mereka.
Menerusi perkongsian di Instagram, Harris atau nama sebenarnya Mohammad Harris Shahrul Annuar (33), memuat naik sebuah video yang memaparkan detik isterinya mengetahui keputusan ujian kehamilan tersebut.
Dalam rakaman berkenaan, Asha dilihat terkejut seketika sebelum wajahnya bertukar ceria apabila menyedari dirinya berbadan dua.
Lebih menyentuh hati, beliau kemudiannya terus memeluk Harris sebagai tanda kegembiraan mereka berkongsi berita istimewa itu.
“Alhamdulillah, jangan dia mintak bau simen lagi sudah,” tulis Harris secara berseloroh dalam perkongsian yang sama.
Terdahulu, Asha pernah menjadi perhatian peminat apabila berkongsi pengalaman mengidam yang agak luar biasa ketika hamil anak pertama.
Antara yang mencuri tumpuan termasuk keinginannya menghidu bau simen, selain turut dikatakan gemar makan sabun dan bermain permainan ‘lato-lato’ sehingga tular di media sosial.
Untuk rekod, Harris dan Asha mendirikan rumah tangga pada 11 Jun 2022 selepas empat tahun menjalin hubungan cinta, dan kini pasangan itu bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.