Tiada ribut tiada angin, secara tiba-tiba , pempengaruh media sosial dan pelakon, Harris Annuar telah menerima mesej mengejutkan berbaur ugutan santau daripada seorang individu yang tidak dikenalinya.
Menerusi hantaran foto di akaun Instagram Harris, dia mendedahkan rantaian mesej ugutan yang diterimanya awal pagi semalam.
Jelasnya, individu itu telah mengugut untuk menghantar santau akibat rasa tidak puas hati terhadapnya.
Mesej tersebut berbunyi, “Kau ingat ini, kau tunggu bila-bila masa aku boleh upah bomoh untuk santau kau. Ini bukan benda main-main aku serius.
Ads
“Aku janji nama Allah, aku akan buat santau kau. Jangan terlalu senang-lenang sangat. Aku tak kisah kau artis, kau raja mana-mana negeri ke. Ini aku aku nak pesan dekat kau, kau simpan dalam otak kau okay.”
Justeru, Harris mengambil keputusan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Polis Shah Alam Seksyen 9 semalam. Laporan dibuat memandangkan ia adalah mesej ugutan serius dan Harris sendiri enggan perkara yang sama dihadapi orang lain terutamanya rakan selebriti yang khabarnya pernah diugut oleh individu sama.
Biarpun sudah membuat laporan polis, pemenang tempat ketiga pencarian Hero Remaja 2017 ini tampil ke hadapan bagi memastikan agar sesiapa yang pernah terasa hati dengannya untuk memaafkan kesilapan yang mungkin pernah dilakukannya.
“Di kesempatan ini, saya pun tak tahu sebenarnya saya salah apa atau dengan siapa. Tapi tak mengapa, saya tetap ingin minta maaf andai kata saya pernah menyakiti hati sesiapa atau membuat sesiapa merasa tidak selesa tanpa saya sedari.
Ads
“Kita ini hanyalah manusia biasa yang tidak pernah lari daripada kesilapan,” katanya sambil memohon doa kepada Ilahi agar hanya melindungi dirinya daripada sebarang keburukan yang berpunca daripada dirinya sendiri.
Tindakan Harris membuat laporan polis telah menerima sokongan daripada beberapa selebriti tempatan yang berharap agar individu tersebut menerima pengajaran daripada perbuatan keterlaluan ini.
Antaranya termasuklah Khai Bahar, Alif Muhaimin, Fendy Bakry, Ezlynn, Uyaina Arshad dan Safwan Nazri.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sudah beberapa kali sebenarnya grup popular, Backstreet Boys turun ke rantau Asia Tenggara tetapi mereka enggan berkunjung ke Kuala Lumpur.
Kali terakhir mereka ke Kuala Lumpur adalah pada tahun 2015 di Stadium Negara. Tahun lalu, mereka memilih Singapura untuk jelajah Larger Than Life yang berjaya menarik 20,000 orang peminat di Stadium Nasional negara itu.
Nampaknya, nasib kita pada tahun 2019 juga masih tak bertuah selepas senarai penuh bandaraya Asia untuk tour Backstreet Boys dikeluarkan petang tadi di laman web rasmi mereka. Pengumuman itu juga dilakukan melalui video di Facebook.
Sepanjang bulan Oktober hadapan, mereka akan menjelajah ke sekitar Asia terutamanya di Asia Tenggara. Antaranya termasuklah:
12 Oktober – Tokyo Jepun
13 Oktober – Tokyo Jepun
16 Oktober – Osaka, Jepun
19 Oktober – Macau, China
22 Oktover – Taipen, Taiwan
24 Oktober – Bangkok, Thailand
26 Oktober – Jakarta, Indonesia
28 Oktober – Manila, Filipina
30 Oktober – Singapura
Jadi bagi korang yang nak menonton Backstreet Boys secara live, bolehlah rancang percutian ke Bangkok, Jakarta, Manila atau Singapura kelak.
Tiket fan club akan mula dijual lebih awal pada 28 Mac ini dan berakhir pada keesokan harinya. Sementara itu, tiket selebihnya akan dijual pada orang ramai pada 1 April jam 10 pagi.
Bagi yang tak ada bajet lebih untuk tiket penerbangan dan cas hotel tu, korang masih ada konsert Westlife Ogos ini kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada siapa-siapa yang berimpian memiliki rumah sendiri dengan harga RM350,000 ribu, mungkin hari raya ini rezeki korang. Kalau tak menang rumah pun, boleh bawa balik Honda HRV atau Volkswagen.
Nak menang memang mudah sangat-sangat. Cuma join saja contest Kempen Cahaya Raya dan mana tahu, ada rezeki korang. Semuanya Allah dah tentukan. Ya tak?
Sempena hari raya yang bakal tiba ini, Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen Cahaya Raya yang menawarkan pelbagai hadiah bernilai lebih RM1.5 juta termasuk sebuah Rumah Impian bernilai RM350,000, sebuah Honda HRV bernilai RM100,000 dan sebuah Volkswagen Polo bernilai RM80,000 untuk pemenang bertuah permainan dalam aplikasi Ketupat Raya, satu usahasama dengan Visa. Kempen yang akan berlangsung dari 3 Mei hingga 17 Jun akan membariskan pelbagai tawaran eksklusif ke atas lebih 100,000 produk dengan potongan harga sehingga 90%.
Rumah teres bernilai RM350,00 harus dimenangi. Gambar sekadar hiasan
Sebelum pelancaran Kempen Cahaya Raya ini, Shopee telah menjalankan satu kaji selidik pra-Raya dari 2 hingga 9 April untuk mendalami tabiat membeli-belah rakyat Malaysia dalam membuat persiapan sempena musim Hari Raya. Hampir 140,000 orang pengguna dari seluruh Malaysia telah mengambil bahagian dalam kaji selidik tersebut.
Berikut merupakan antara maklumat menarik hasil daripada kaji selidik tersebut:
Kaji selidik tersebut mendapati, 85% peserta adalah golongan belia berusia bawah 35 tahun yang merupakan pengguna tegar e-dagang.
Jumlah responden tertinggi merupakan dari negeri Selangor, dengan rekod lebih 20% daripada jumlah keseluruhan peserta.
Penduduk dari Sabah dan Sarawak mencatatkan jumlah 20% daripada peserta kaji selidik ini dan mereka mendapati membeli-belah secara dalam talian adalah lebih mudah di samping menawarkan pilihan pelbagai jenis produk
80% responden membuat persiapan sempena Hari Raya kira-kira sebulan sebelum bulan Ramadan
Kira-kira 90% daripada jumlah peserta membeli-belah secara dalam talian secara kerap, sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan
95% responden lebih gemar membeli-belah secara dalam talian kerana tawaran harga dan promosi yang dilancarkan
Selain itu, faktor lain seperti kemudahan, variasi produk dan insentif lain termasuk penghantaran percuma dan komisyen sifar serta platform bayaran yang selamat juga memainkan peranan – semuanya boleh didapati di Shopee!
Menariknya, 5 kategori pilihan golongan wanita sempena Hari Raya termasuklah Pakaian Lelaki (yang merupakan kategori pilihan utama, mengatasi Pakaian Wanita dan Beg & Dompet Wanita) dan Kasut Lelaki.
Bagi golongan lelaki pula, 5 kategori pilihan mereka termasuklah Pakaian Lelaki,Aksesori, Kasut Lelaki, Beg & Dompet Lelaki dan Fesyen Muslim.
Lebih daripada 40% responden membelanjakan lebih daripada RM200 setiap orang untuk membuat persiapan sempena Hari Raya
“Kami merancang Kempen Cahaya Raya kami berdasarkan hasil kaji selidik tersebut. Pengguna Shopee pasti ternanti-nanti akan lebih 100,000 produk yang ditawarkan dengan potongan harga sehingga 90% dari pelbagai kategori seperi Fesyen, Kesihatan & Kecantikan, Perhiasan Rumah & Ruang Tamu dan banyak lagi. Bersesuaian dengan konsep balik kampung sempena Hari Raya untuk sambutan bersama keluarga dan insan tersayang, kami ingin menghadiahkan sebuah Rumah Impian dan dua buah kereta sebagai kejutan sempena kempen ini. Kami berharap, kejutan ini ibarat sebuah impian menjadi kenyataan bagi pemenang bertuah kami,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.
“Sejajar dengan perkembangan teknologi yang diintegrasikan dalam gaya hidup rakyat Malaysia, mereka mula mengubah tabiat membeli-belah dari luar talian ke dalam talian. Berdasarkan pada data VisaNet, perbelanjaan menerusi e-dagang dalam kalangan pengguna telah meningkat sebanyak dua kali ganda berbanding transaksi secara bersemuka. Sepanjang musim perayaan ini, kami berpegang teguh pada usahasama kukuh dengan jenama seperti Shopee untuk memberi lebih manfaat kepada rakyat Malaysia dan kami komited untuk mengembangkan industri bayaran secara elektronik di Malaysia,” kata Ng Kong Boon, Ketua Pasaran Malaysia Visa.
Shopee turut bekerjasama dengan jenama terkemuka seperti Nestle, XES Shoes, honor Malaysia, Maybelline, Watsons, ASUS, Petpet, Universal Traveller dan banyak lagi untuk menawarkan pelbagai jualan hebat sepanjang waktu kemuncak Kempen Cahaya Raya dari 3 hingga 6 Mei dan dari 24 hingga 27 Mei.
Sepanjang kempen ini, pengguna Shopee juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik seperti Syiling Shopee, baucar, televisyen, seterika mudah alih, pengering rambut dan lain-lain yang bakal memeriahkan lagi sambutan Raya kali ini. Pada masa yang sama, pengguna juga boleh menikmati tawaran dan promosi hebat tanpa had dari semua kategori yang membariskan lebih 60 jenama terkenal termasuk Fesyen & Aksesori Wanita dan Lelaki, Kesihatan & Kecantikan, dan jualan kilat Shocking Sale akan dilancarkan 5 kali sehari.
Kalau korang perasan, video sekumpulan kanak-kanak Indonesia sering dikongsi di laman sosial kerana telatah mereka yang mencuit hati dalam melakonkan babak sinetron, mahu pun menyanyikan lagu-lagu daripada penyanyi terkenal, Rossa.
Empat orang kanak-kanak ini dikenali sebagai Gtlosiar mempunyai pengikut lebih daripada 648 ribu orang di Instagram dan di channel YouTube mereka pula lebih daripada 300 ribu subscribers.
Apa yang menariknya, setiap daripada video yang dihasilkan mereka mampu membuatkan kita tergelak apabila melihat gelagat dan telatah lucu empat sekawan ini.
Antara video yang viral di media sosial adalah rakaman sinetron ‘Kembalikan Suami Aku’. Sebenarnya yang menarik perhatian dalam video ini adalah dua budak lelaki yang kelihatannya duduk di dalam reban. Memang lucu. Hiks!
Jom kita lihat antara video sinetron lain mereka yang mencuit hati.
Ternyata walaupun masih kanak-kanak lagi, mereka berempat sudah menunjukkan bakat terpendam. Siapa tahu bila dewasa nanti kanak-kanak ini mampu pergi jauh dalam industri hiburan Indonesia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.