Hari Terakhir 2020 Malaysia Berakhir Suram, Catat 8 Kematian Kes Covid-19

Share

Hanya tinggal beberapa minit saja lagi sebelum Malaysia melangkah masuk ke tahun 2021. Namun, perjuangan kita menentang wabak Covid-19 masih terlihat jauh lagi dari sekarang.

Menurut laporan harian oleh Ketua Pengarah Kesihatan negara, Tan Sri Dr. Noor Hisham hari ini, Malaysia mencatatkan kes positif COVID-19 yang cukup tinggi dengan sejumlah 2,525 kes.

Ini menjadikan kes keseluruhan terkini sebanyak 113,010 dengan kes aktif sebanyak 23,598.

Catatan menggusarkan itu melihat negeri Selangor kembali mencatat kes tertinggi dengan 1,205 kes, diikuti Sabah (299 kes) dan Melaka dengan (239 kes). Lima kluster baru pula dikesan hari ini di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor dan Negeri Sembilan.

Dr Noor Hisham turut melaporkan lapan kematian yang direkodkan hari ini, lalu menjadikan kes kumulatif kematian kepada 471 sehingga kini.

Walaupun ini merupakan musim percutian buat rakyat Malaysia, namun ingatlah bahawa jangkitan Covid-19 tidak mengenal tempat dan waktu, cuti mahupun tidak.

IKLAN