Jika korang bekerja atau menuntut di Kuala Lumpur, pasti masing-masing mengerti ‘hazab’nya bila berdepan dengan kelewatan tren perkhidmatan awam.
Setelah sentiasa memberikan perkhidmatan sebaik mungkin kepada pengguna servis perkhidmatan awam Light Rapid Transit (LRT) dan Mass Rapid Transit (MRT) selama ini, hari ini boleh dianggap sebagai hari yang agak malang untuk RapidKL.
Ia bermula dari insiden pagi tadi yang membabitkan seorang wanita yang sedang mengandung empat bulan. Dalam pada dia sedang berdiri dan menunggu tren sampai, secara tiba-tiba dia pengsan, terjatuh dan terlantar di atas trek LRT di Stesen Damai.
Kejadian tersebut bukan saja mencetuskan suspen di kalangan pengguna LRT lain, malah mereka di media sosial juga turut risaukan nasib wanita berusia 26 tahun itu. Dia dilaporkan selamat dan dihantar oleh pegawai Rapid KL ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.
Pujian harus diberikan kepada sistem Platform Intrusion Emergency Stop (PIES) yang dilaksanakan di sepanjang laluan LRT Kelana Jaya.
Sistem tersebut bertindak pantas melambatkan dan seterusnya memberhentikan kesemua tren yang sedang berfungsi sepanjang laluan Kelana Jaya sekiranya ia mengesan ada objek yang terjatuh ke atas trek
Ads
Bagaimanapun, susulan insiden tersebut, pergerakan semua pengguna LRT tergendala pada waktu puncak pagi tadi. Hanya selepas jam 8.15 pagi, keadaan kembali pulih normal.
* * * * *
Pada petang tadi pula kira-kira sekitar jam 4.30 petang, laluan MRT pula menghadapi masalah teknikal di Stesen Semantan. Susulan daripada itu, tren MRT terpaksa ‘mengambil giliran’ untuk bergerak, bermula dari tren Sg Buloh – Phileo Damansara.
Pekerja perlu menggantikan diod di trek MRT berdekatan stesen Semantan. Tren kembali berfungsi normal pada jam 6.17pm.
Manakala di stesen lain, pengguna terpaksa menunggu lama sehinggakan stesen MRT sesak dengan orang ramai yang baru pulang dari tempat kerja.
Ads
Ada yang sabar menunggu, ada juga yang memilih perkhidmatan awam lain sejurus selepas masalah itu berlaku. Nasib baik, MRT memahami situasi tersebut dan menawarkan pulangan duit tiket di kaunter servis pelanggan mereka.
But no, it did not stop there. Sejam kemudian, tren LRT dari SS15 ke SS18 pula berdepan dengan masalah teknikal apabila tren bergerak dengan terlampau perlahan menuju ke stesen terakhir di Putra Heights.
Ramai yang berpendapat ia mungkin ada kena mengena dengan keadaan cuaca kilat dan ribut hujan yang melanda sekitar kawasan Subang Jaya pada petang tadi.
Stesen LRT Universiti. Foto: @sharifaharfah
Walaupun pengguna cuba untuk memahami situasi tersebut, hampir 200 orang ‘tersekat’ di stesen LRT Kelana Jaya dan lebih 100 orang lagi di dalam tren di atas trek.
Tambahan lagi, menurut mereka isu ini sudah berlarutan selama beberapa hari pada minggu ini terutamanya pada waktu puncak. Hasilnya, masuk pejabat lambat, sampai rumah pun lambat.
Sabar je lah jawabnya. Apa-apa pun, kami mengharapkan servis perkhidmatan awam negara terutamanya di Kuala Lumpur segera dimantapkan selaras dengan manifesto semua parti yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum kali ini.
Kalau tak, tak serupa bikinlah bro.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam beberapa hari ini kisah bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah sunyi dari kritikan netizen. Di media sosial dapat dilihat rakyat begitu “bebas bersuara” bertanya bagaimana seorang Datuk Seri yang juga suspek utama Macau Scam berjaya melarikan diri dengan memanjat pagar di bangunan tersebut.
Mereka hairan bagaimana seorang individu berbadan besar mampu memanjat pagar jenis anti climb sebelum didedahkan ada tiga pengawal keselamatan Datuk Seri itu membantu dengan menjadi tangga kepada Datuk Seri berkenaan memanjat badan mereka sebelum melompat keluar dari pagar tersebut.
Dalam satu perkongsian Harian Metro, hal ini dirancang dalam tempoh dua minit sahaja seolah-olah sudah ada tangan-tangan ghaib yang membuat perancangan teliti bagi membantu Datuk Seri berkenaan melarikan diri.
Seolah-olah dirancang dari awal dengan penuh teliti. Malah, kedudukan pagar keselamatan jenis anti-climb, jalan pintas dan susun atur sekitar Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, diselidik terlebih dahulu.
Semua itu membolehkan dalang utama sindiket cuci duit atau pengubahan wang haram berusia 32 tahun terbabit melarikan diri tanpa disedari pihak berkuasa dalam kejadian jam 6.30 petang Ahad lalu.
Difahamkan, suspek yang mendakwa sebagai Datuk Seri itu meloloskan diri dengan bantuan tiga pengawal peribadinya yang bertindak cekap dalam tempoh kurang dua minit.
Dia sebelum ini ditahan SPRM pada 2 Oktober sebelum direman sehingga Ahad lalu susulan siasatan kes pengubahan wang haram membabitkan artis.
Sumber berkata, dua daripada pengawal peribadi suspek berperanan sebagai 'kuda' bagi membolehkan suspek memijak belakang tubuh mereka untuk melepasi pagar setinggi hampir dua meter itu.
Menurutnya, seorang lagi pengawal peribadi suspek menyambutnya di luar pagar sebelum mereka melarikan diri dengan menaiki Perodua Myvi.
Tetapi apa yang nyata, netizen tidak pernah kering idea untuk “membahan” kerana mereka telah menyiapkan satu video dari aksi filem Tamil bagaimana seorang hero berjaya melarikan diri dari penjara selepas pagar atasnya di potong. Lebih mengharukan sebahagian penghuni penjara itu menjadi tangga, seolah-olah sama seperti perlakuan bodyguard yang membantu Datuk Seri itu melarikan diri. Hish la korang nie, memang kelakar sungguh.
Tengok video di bawah:
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini isteri kepada pelakon dan usahawan terkenal, Fizo Omar, Fazeera Nazri berkongsi berita gembira apabila dirinya dilantik sebagai pensyarah dalam bidang TESL di sebuah universiti swasta.
Terkini, ibu kepada dua cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya berkongsi berita gembira di mana dia berjaya mendapatkan band 7 bagi ujian International English Language Testing System (IELTS). Wah hebatnya!
Faz
Menerusi perkongsian di Instagram, Faz menunjukkan keputusan yang diraih olehnya. Ujian yang mempunyai empat kategori itu dilihat sangat mudah bagi Faz kerana dia berjaya mengumpul markah yang sangat baik di setiap bahagian tersebut.
Bagi ujian pendengaran dan percakapan, Faz meraih markah yang sangat tinggi iaitu 7.5. Manakala ujian membaca pula, Faz mendapat 6.5. Bagi ujian penulisan pula, Faz mendapat 6.0. Secara keseluruhan Faz meraih band 7.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat Faz. Ujar netizen, ujian IELTS bukan mudah untuk mendapat keputusan yang baik. Namun, Faz berjaya melakukannya.
Bagi peminat minuman Coca-Cola, restoran KFC dan Pizza Hut telah mengumumkan kerjasama beberapa tahun yang menyaksikan Coca-Cola akan menjadi pembekal minuman kepada cawangan makanan segera itu.
Korang kini boleh menikmati hidangan KFC atau Pizza Hut kegemaran mereka dengan Coca-Cola Rasa Asli, Coca-Cola Zero Sugar, Sprite, Fanta dan juga teh Heaven and Earth. Segala jenis minuman daripada Coca-Cola boleh didapati di mesin pembahagi air dan juga jenis sedia diminum sama ada dalam tin atau botol.
Mulai Ogos ini, Coca-Cola Malaysia adalah pembekal minuman untuk KFC dan Pizza Hut, dengan pelbagai jenis minuman menyegarkan tersedia di restoran KFC dan Pizza Hut terpilih. Semua 1180+ restoran KFC dan Pizza Hut di seluruh negara akan melalui fasa peralihan untuk menghidangkan produk Coca-Cola. Fasa ini dijangka selesai pada awal bulan September.
Produk popular, Coca-Cola Zero Sugar juga boleh didapati di restoran-restoran KFC dan Pizza Hut, sebagai salah satu langkah Coca-Cola Malaysia dalam menyediakan pilihan yang lebih sihat melalui logo Simbol Pilihan Lebih Sihat yang diiktiraf. Coca-Cola Malaysia kekal komited menyokong usaha untuk mengurangkan pengambilan gula dalam kalangan rakyat Malaysia, dan menyediakan minuman lazat yang menjadi pilihan ramai pada masa yang sama.
Jadi selepas ini no more Pepsi di KFC dan Pizza Hut, korang jangan terkejut pula ya. Hiks!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!