Siapa sangka nasi kandar kini menjadi kegemaran orang Jepun. Apa yang menarik, Restoran Zero Two Nasi Kandar Tokyo bukanlah diasaskan oleh orang Malaysia, sebaliknya restoran ini merupakan idea seorang jejaka Jepun yang dikenali sebagai Tateda.
Menurut laporan Japanese Heart, dia jatuh cinta dengan nasi kandar setelah makan menu tersebut ketika melawat Malaysia. Mengambil keputusan untuk membuka restoran nasi kandar setelah merasakan yang kari nasi kandar berbeza daripada kari lain, Tateda sebelum ini sebenarnya pernah memiliki restoran berasaskan masakan India.
Di buka pada awal Februari 2022, restoran yang terletak berdekatan Stesen Otemachi ini menjadi tumpuan orang ramai yang mahu mencuba masakan yang bercitarasa Malaysia. Menariknya mereka terdiri dari orang-orang Jepun sendiri selain dari orang Malaysia yang menetap di sana.
Pemilik, Tateda.
Apa yang menarik, hidangan nasi kandar yang disediakan di restoran ini adalah halal dan boleh dimakan oleh mereka yang beragama Islam. Pendekatan ini nampaknya menjadikan restoran ini sebagai sebuah restoran yang mengambil kira asal menu makanan yang dijual dan ternyata strategi ini meluaskan lagi demografik pelanggan.
Walaupun jauh terletak di Tokyo, pemilik restoran ini tetap mencuba mengekalkan rasa kari Nasi Kandar yang dia pernah cuba di Malaysia. Lauk pauk dan hidangan sampingan yang dihidang juga jelas mencerminkan hidangan lengkap sepinggan nasi kandar. Semua makanan yang dihidangkan ini boleh dipadankan sama ada memilih nasi putih atau nasi briyani.
Korang mesti tertanya-tanyakan berapakah agaknya kos untuk makan di sini? Harga sepinggan nasi kandar yang ditawarkan adalah antara JPY1,000 (RM36.40) sehingga JPY1,980 (RM72). Sebarang hidangan tambahan pula berharga antara JPY100 (RM3.64) dan JPY550 (RM20). Harga ini adalah berdasarkan poster yang dimuat naik di laman media sosial restoran ini.
Ads
Jika anda berkunjung ke negara matahari terbit ini suatu hari ini, restoran ini dibuka setiap hari dari jam 11.30 pagi hingga 8.30 malam. Kalau tidak mahu terlepas peluang, pastikan datang awal kerana menurut hantaran di Instagram mereka selalunya semua menu akan sold out sebelum waktu penutupan.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber gambar: Instagram Zero Two Nasi Kandar Tokyo
Ads
Ads
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menjadi wakil negara pertama mengesahkan tempat ke pusingan suku akhir Terbuka Malaysia sebentar tadi.
Pasangan yang kini berada di ranking keenam dunia itu menewaskan gandingan dari Taiwan, Ming Che Lu-En Tzu Hung dengan kemenangan straight set dalam aksi pusingan kedua yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Dalam pada itu, Tang Jie-Ee Wei ternyata bukan tandingan beregu Taiwan itu apabila tampil dengan permainan sempurna dan mendahului pada satu ketika dengan mata 7-1 sebelum Ming Che-En Tzu cuba bangkit merapatkan mata.
Kredit: Badminton Association of MalaysiaKredit: Badminton Association of Malaysia
Namun, selepas ‘interval’, pasangan negara itu memperkemaskan rentak untuk meraih kemenangan 21-8 pada set pertama.
Jurang kualiti permainan terus memainkan peranan antara kedua-dua beregu tersebut apabila pasangan negara tidak berdepan masalah untuk meraih kemenangan pada set kedua dengan kiraan mata 21-14.
Sementara itu, Tang Jie-Ee Wei akan menentang pasangan Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito di pusingan suku akhir pada 10 Januari, esok.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai di kalangan kita pencinta kucing yang juga haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW. Sikap manja si bulus, wajah yang comel membuatkan mereka yang membela binatang ini tidak pernah berkira kos dikeluarkan membeli makanan. Bukan itu saja, kebersihan kucing juga menjadi keutamaan kita.
Kadang-kadang pelik juga bila tengok dagu kucing akan menjadi hitam setelah makan atau minum?
Kotoran atau bintik hitam bawah dagu kucing berkemungkinan daripada masalah kesihatan iaitu disebabkan kecederaan, kemunculan parasit atau gangguan sistem tubuh.
Ini dia rahsia yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook Tony Kit melalui page Kucing Sepahkan Apa Hari Ini?, tentang info bintik-bintik hitam di dagu kucing ini.
Menurutnya, bintik-bintik hitam ini disebabkan lemak kibble yang tertinggal di bekas makanan mereka dan akan melekat pada dagu serta-merta. Paling penting tak susah pun nak hilangkan kekotoran ini hanya guna tiga bahan yang sangat mudah.
Baru-baru ini, dua pelajar dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) telah mencipta kejayaan membanggakanapabila masing-masing menerima Anugerah Top Of The World dalam peperiksaan berprestij International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).
Pelajar tersebut adalah Ahmad Soleh Muhaimi Saifuddin dari MRSM Kuantan berjaya memperoleh markah penuh dalam dua subjek iaitu Bahasa Inggeris dan Matematik IGCSE, manakala pelajar MRSM Kuala Kubu Bharu, Selangor, Muhammad Amiruz Zafeer Azlan Shah turut mencatat keputusan cemerlang dengan markah penuh bagi subjek Bahasa Inggeris IGCSE.
Menerusi perkongsian di akaun rasmi media sosial Majlis Amanah Rakyat (MARA), Ahmad Soleh dikenali sebagai seorang pelajar yang aktif dalam kepimpinan maktab serta memegang jawatan sebagai Exco Akademik dan Inovasi dalam Badan Wakil Pelajar (BWP).
Beliau turut mewakili MRSM Kuantan dalam beberapa program dan pertandingan termasuk Young Leader Apprentice (YALE) serta pelbagai acara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Moto hidupnya ‘Sentiasa dahagakan penjelajahan’ menjadi antara pendorong utama Ahmad Soleh dalam usaha mencapai cita-cita sebagai seorang jurutera bioperubatan yang berkhidmat dalam negara.
Sementara itu, Muhammad Amiruz Zafeer pula merupakan pelajar yang aktif dalam aktiviti kokurikulum dengan kejayaan menjuarai kejohanan bola tampar bawah 17 tahun serta penglibatan dalam pelbagai acara seperti National Science Challenge peringkat kebangsaan.
Kecemerlangan kedua-dua pelajar ini bukan sahaja mengharumkan nama MRSM masing-masing, malah mereka membuktikan keupayaan pelajar tempatan untuk bersaing secara setara di peringkat global.
Selain dari itu, kejayaan ini turut menjadi inspirasi kepada pelajar lain dan satu bukti jelas bahawa anak Malaysia mampu mencapai standard kecemerlangan dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!