
Pengikut setia gajet jenama Apple pastinya ternanti-nanti harga rasmi bagi keluaran iPhone XS dan iPhone XS Max.
Penantian korang akhirnya berakhir apabila Apple Malaysia telah pun mengeluarkan harga rasmi bagi telefon pintar terbaru tersebut. Pelanggan boleh membuat pre order bermula jam 3.01 petang pada 19 Oktober ini.
Nah sebelum tu, hadamkan dulu berapa harga yang perlu korang bayar jika teringin nak memiliki produk terbaru Apple ini.
iPhone XS 64GB: RM4999
iPhone XS 256GB: RM5699
iPhone XS 512GB: RM6649

iPhone XS Max 64GB: RM5399
iPhone XS Max 256GB: RM6099
iPhone XS Max 512GB: RM7049

Perghh, boleh tahan juga harganya. Tapi kalau mampu apa salahnya kan. Kalau yang rasa macam tak mampu, tak perlulah sampai korang nak meminjam duit semata-mata nak dilihat up-to-date.
Belilah ikut kemampuan!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Belum Sebulan Kahwin, Wanita Ini Diduga Kehilangan Suami Tercinta

Belum sampai sebulan melayari bahtera rumah tangga bersama suami tercinta, si isteri terpaksa menerima ujian dengan reda apabila cinta hatinya telah pergi buat selama-lamanya akibat barah otot tahap empat, pada Rabu.
Wanita yang dikenali sebagai Siti Marha Azua dan suaminya, Allahyarham Mohd Hashmi Arifin sebelum ini pernah mendapat perhatian warganet selepas dilihat pasangan pengantin itu berkahwin walaupun si suami terlantar sakit di atas pelamin, pada 13 November lalu.
Berita duka tersebut dikongsi Marha menerusi satu hantaran video di aplikasi TikTok sehingga meraih rasa simpati orang ramai. Video berdurasi 24 saat tersebut memaparkan foto hitam putih arwah suaminya selain rakaman sekumpulan lelaki mengangkat keranda untuk dimasukkan ke dalam van jenazah.
ARTIKEL BERKAITAN: Hasrat Lihat Anak Terima Rawatan Tak Kesampaian, Bayi Meninggal Dunia Dalam Bas Sebelum Tiba Ke Hospital

“Mohon doakan suami saya, Mohd Hashmi Arifin,” coretnya ringkas di ruangan kapsyen tanpa memaklumkan waktu pemergian suami tercintanya.
Pemerhatian REMAJA mendapati, rata-rata pengguna aplikasi berkenaan membajiri ruangan komen perkongsian tersebut dengan mengucapkan salam takziah buat Siti Marha dan mendoakan semoga roh ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Sekadar informasi, Allahyarham Mohd Hashmi disemadikan di Tanah Perkuburan Islam di Kapar, Klang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Siti Marha
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bekas PM, Najib Razak Akan Bebas Pada 23 Ogos 2028

Setelah spekulasi bertebaran sepanjang minggu ini, akhirnya sah bahawa bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak akan dibebaskan lebih awal daripada tempoh yang dijatuhkan ke atas beliau.
ARTIKEL BERKAITAN: “This Is Not The End” Anak DS Najib Beri Respon Pertama Tentang Kes Ayahnya – REMAJA
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Urusetia Lembaga Pengampunan di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri; lembaga pada 29 Januari lalu memutuskan untuk memberi pengurangan hukuman penjara dan denda terhadapnya.
Najib akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028. Manakala denda yang perlu dibayar Najib juga dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Namun, sekiranya denda tidak dibayar, tempoh penjara bagi Najib akan ditambah selama setahun di mana tarikh pembebasan beliau adalah pada 23 Ogos 2029.
Terdahulu, sebanyak lima kertas pengampunan termasuklah permohonan Najb telah dipertimbangkan dalam persidangan Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya ke-61 yang dipengerusikan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum tempoh pemerintahan Baginda berakhir pada 30 Januari lalu.
BACA LAGI: Kenali 3 “Yang Arif” Hakim Wanita Jadi Tumpuan Kes Najib Ke Penjara – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siap Sedia Untuk Berdepan Gangguan Bekalan Air Di Lembah Klang Mulai Esok

Bermula hari Selasa, 6 Max sehingga 9 Mac akan datang, penduduk di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang akan menghadapi catuan air oleh pihak berkuasa.
Okay, korang yang duduk di luar Lembah Klang tu dah boleh tarik nafas lega sikit.

Antara kawasan terlibat ialah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Kuala Langat dan Hulu Selangor.
NAMUN..
Gangguan bekalan air di setiap kawasan telah dijadualkan dan akan berlaku pada masa berbeza.
Petaling : 8 pagi (6 Mac) sehingga 9 malam (7 Mac)
Klang / Shah Alam : 8 pagi (6 Mac) sehingga 9 pagi (9 Mac)
Gombak : 8 pagi (6 Mac) sehingga 12 tengah malam (8 Mac)
Kuala Lumpur : 8 pagi (6 Mac) sehingga 9 malam (8 Mac)
Kuala Langat : 8 pagi (6 Mac) sehingga 3 petang (7 Mac)
Hulu Selangor : 8 pagi (6 Mac) sehingga 9 malam (7 Mac)

Gangguan bekalan air ini berlaku disebabkan kerja-kerja pembaikan yang dilakukan di Loji Pembersihan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) oleh Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) dari jam 8 pagi sehingga 6 petang.
Walaupun proses tersebut mengambil masa 10 jam setiap hari, bekalan air akan kekal terganggu untuk 4 hari berturut-turut kerana loji pembersihan tersebut akan ditutup serta merta bagi memberi ruang untuk kerja-kerja pembaikan.
Syabas menasihatkan agar penduduk di kawasan yang terlibat menyediakan bekalan air secukupnya sebelum hari Selasa bagi tempoh 4 hari tersebut.
Untuk maklumat lanjut dan LIVE update, klik pada akaun media sosial dan laman web Syabas.
Facebook: Air Selangor
Twitter: Air Selangor
Laman web: Syabas
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

