Harapkan Emas Di Olimpik 2020 Tokyo, Datuk Lee Chong Wei Derma RM2 Juta Kepada BAM & MSN

Share

Nama Lee Chong Wei sememangnya tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia terutamanya dalam sukan badminton. Malah dia juga pemain badminton no 1 dunia.

Bukan calang-calang orang untuk jadi pemain no 1 dunia. Banyak ranjau dan duri perlu ditempuhi. Kalau nak jadi pemain badmnton negara no 1 perlu lihat jalan yang ditempuhi oleh Lee Chong Wei.

Jati diri legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei terserlah apabila mendermakan RM2 juta untuk sukan badminton dan persediaan atlet negara ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.

Sumbangan itu disalurkan menerusi Yayasan Lee Chong Wei dengan RM1.4 juta diperuntukkan untuk Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan bakinya, RM600,000 untuk Majlis Sukan Negara (MSN).

Menurut Chong Wei memang impiannya membantu atlet Olimpik negara terutama misi meraih pingat emas pertama negara apatah lagi dirinya yang menjadi sandaran negara sudah bersara.

” Yayasan ini sudah lama (diwujudkan) dan tahun ini saya derma RM2 juta iaitu RM1.4 juta khusus untuk BAM dan RM600,000 lagi kepada MSN.

Dalam pada itu, Chong Wei yang dilantik Chef De Mission (CDM) Sukan Olimpik Tokyo 2020 tetap menaruh harapan kontinjen negara mampu meraih sebutir pingat emas kelak. Begitupun beliau tidak mahu memberi tekanan kepada atlet kerana sedar tugas itu bukan mudah.

” Saya akan memulakan tugas (CDM) pada Januari nanti dan sudah mula memantau perkembangan atlet menerusi media sosial,” katanya.

Mengulas kehidupannya selepas menggantung raket, Chong Wei berkata, masanya banyak dihabiskan untuk bersama keluarga. “Saya rasa gembira dengan kehidupan kini dan anda dapat melihatnya.

Untuk rekod, setakat ini lapan atlet negara layak secara merit ke Sukan Olimpik 2020. Mereka adalah Pandelela Rinong, Leong Mun Yee, Nur Dhabitah Sabri dan Wendy Ng Yan Yee (terjun); Khairulnizam Mohd Afendy dan Nur Shazrin Mohd Latif (pelayaran); Khairul Anuar Mohamad (memanah) dan Farah Ann Abdul Hadi (gimnastik).

Ayuh Malaysia, carilah bakat pelapis agar pasukan badminton dan sukan negara akan terus digeruni oleh dunia. Terima kasih Datuk Wira Lee Chong Wei!

IKLAN