Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin mencongak usia ke angka 94 tahun pada hari ini, namun sedikit pun beliau tidak menjadikan usia sebagai penghalang untuk kekal cergas. Rahsianya?
“Jangan terlebih makan..”
Dengarnya seperti mudah, namun tak semua orang dapat melakukannya – especially if you have a Malaysian appetite.
Pada usia ini sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh, Tun M tidak menunjukkan tanda-tanda akan berehat malah beliau semakin cergas dan cerdas menangani cabaran negara. Ke sana-sini untuk menghadiri mesyuarat, terpaksa bercengang mata untuk menyertai sidang media.
Hanya dengan menjaga pemakanan agar tidak terlebih kalori dan kuantiti, Tun M kekal sihat.
Ads
Dalam satu temubual bersama rakan media di The Sunday Times, beliau memberitahu mengenai satu kajian yang mendapati, spesis monyet yang diberikan diet rendah-kalori mempunyai jangka hayat lebih panjang.
“Mungkin, saya juga seperti monyet,” seloroh Tun M. “Saya bukanlah sepenuhnya sihat selalu. Saya mempunyai masalah jantung, saya pernah sekali mengalami pneumonia dan saya juga berdepan dengan batuk teruk apabila paru-paru dijangkiti.”
Normal bagi seorang individu pada usia beliau untuk berdepan dengan isu tersebut. Namun dengan menjaga kesihatan dalam aspek lain, beliau masih mampu bangkit semula secara bertenaga.
Ads
Majalah Maskulin Edisi Khas Tun Dr. Mahathir, keluaran tahun lalu.
“Saya tak merokok, saya tak minum dan jarang sekali terlebih makan. Saya hanya makan secara cukup untuk meneruskan hidup.
“Warga berusia kita kerap menjadi obese dan berperut boroi kerana mereka berterusan melayan selera makan. Ia akan menjejaskan kesihatan apabila semua itu menjejaskan jantung dan saluran disebabkan ia terpaksa ‘bekerja’ lebih daripada kapasiti untuk menyalurkan darah ke seluruh badan.
“Jantung yang terlebih pakai seperti ini akhirnya akan berhenti berfungsi.”
Beliau juga berkongsi telah berjaya mengekalkan berat badan sekitar 62 – 64 kilogram untuk bertahun-tahun, malah masih boleh muat memakai pakaian 30 tahun lalu!
Ads
“I happen to be healthy, I can do this work,” kata Tun M.
Untuk pengetahuan korang, Tun M yang juga merupakan penerima anugerah awam tertinggi Pakistan iaitu ‘Nishan-e-Pakistan’ oleh Presiden negara tersebut, Dr Arif Alivi sebenarnya mempunyai 2 tarikh kelahiran.
Hal ini agak sinonim dengan mereka yang dilahirkan pada era 20-an. Tun M dilahirkan pada 10 Julai 1925 namun tarikh kelahiran rasmi beliau direkodkan pada 20 Disember 1925 di Kampung Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.
Selamat hari jadi ke-94 Tun Dr Mahathir Mohamad!
*
VIDEO REMAJA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon terkenal, Nora Danish dan bekas suami, Nedim Nazri bersetuju untuk bercerai talak satu secara baik kira-kira jam 8.40 malam tadi, menerusi prosiding yang berjalan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Nora turut memohon agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi atau andaian mengenai keputusan mereka untuk berpisah kerana mahu anak-anaknya hidup dalam keadaan tenang dan positif.
“Saya harap semua boleh hormati jawapan yang saya boleh kongsikan iaitu saya dan bekas suami saya, telah dapat persetujuan bersama untuk mengakhiri hubungan kami setelah tujuh tahun telah berakhir di sini”
“Paling penting, tujuan kami, hanya mahu bersama-sama membesarkan anak-anak dengan kasih sayang dan positif. Harap sangat pada anda semua mendoakan baik-baik buat kami sekeluarga”
“Saya harap anda semua dapat menghormati perpisahan kami dan tidak timbulkan sebarang teori. Ini kerana saya sangat mementingkan keharmonian kedua-dua keluarga”
Nedim melafazkan talak satu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin pada pukul 8.34 malam tadi.
Sekadar info, Nora dan Nedim berkahwin pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl berusia enam tahun.
Sebelumnya, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum bercerai pada 2008.
Sementara itu, Nedim pula pernah mendirikan rumah tangga dengan Nabilah Khan pada 2011 dan bercerai dua tahun kemudian. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata, Mohamed Nedrin, 12.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai berangan-angan mahu ada wang yang banyak. Duit menjadi hal yang penting bagi semua orang kerana segalanya memerlukan duit. Tapi ramai yang mengeluh kenapa susah sangat nak jadi kaya raya. Tak tahu bagaimana nak memulakan langkah menjadi orang kaya.
Tak sangka pula sebenarnya mudah je nak jadi orang kaya asal kita tukar pemikiran. Penulis buku mengenai hartanah dan perancang kewangan, Azizul Azli Ahmad berkongsi 15 cara mudah untuk menjadi orang kaya. Rupanya mudah saja, minda saya yang mengawalnya selain beberapa tips mudah.
MENGAPA SUSAH JADI KAYA?
1. Malas “menjual diri”, cepat rasa malu dengan semua perkara.
2. Merasa tidak layak jadi kaya, hanya orang terpilih boleh jadi kaya.
3. Beranggapan yang penting kaya hati, kaya harta itu tidak perlu. Nanti lupa agama katanya.
4. Terlalu menyesali kekurangan diri, merasakan diri sentiasa tidak pandai urus wang.
5. Beranggapan wang hanya berfungsi sebagai memenuhi keinginan dan keperluan sebenarnya wang boleh digunakan untuk berbakti pada orang lain.
6. Tidak percaya teori semakin banyak memberi, semakin banyak kita dapat kembali.
7. Tidak pernah rasa syukur apa yang ada, senantisa meminta minta.
8. Suka menangguh apa sahaja bayaran dan hutang, hanya bayar bila diminta.
9. Hanya menabung bila ada lebihan, bukan tetapkan jumlah simpanan setiap bulan.
10. Tidak pernah melabur, dan hanya yakin dalam bentuk simpanan sahaja.
11. Sibuk nak bekerja diperusahaan ternama sahaja, perusahaan kecil tidak berminat.
12. Tidak menjaga pemakanan, makan untuk sihat bukan untuk kenyang.
13. Kurang bersukan, semakin kita kurang sihat semakin tinggi biaya kesihatan kita.
14. Kurang tidur menjadikan daya fikiran kita tidak kreatif dan kurang daya saingan. Kita lemah berfikir.
15. Beranggapakan kerja sosial hanya membuang masa. Buat rugi saja duit yang ada.
Cara berfikir membezakan kita kaya atau miskin. Kecil pada kita, besar kesannya.
Azizul Azli Ahmad
#OtakPower
#ShareJer
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Solat itu tiang agama dan ia wajib dikerjakan oleh mereka yang sudah baligh. Di akhirat, solat adalah perkara pertama ditanya di alam kubur dan sesiapa yang meninggalkannya secara sengaja bermakna dia sudah meruntuhkan sebahagian tiang agamanya. Solat juga dikatakan mampu mendidik jiwa manusia untuk sentiasa bersyukur kepada Allah taala.
Tapi bagaimana jika baru habis solat kita tetap berdosa kembali? Tentu kita tertanya-tanya kenapa baru selesai solat tapi berdosa kembali. Pernah tak kita perasan, apabila kita solat di ruang surau atau masjid kita dapat lihat sebahagian wanita yang memakai tudung berbual-bual dengan rakan dikenalinya.
Agak kerap sebenarnya bila di dalam surau kita akan terganggu dengan suara orang berborak-borak sesama rakan mereka selepas habis solat. Ada juga perbuatan itu dilakukan sebelum nak ambil wudhu. Ada saja cerita dikongsi, dari kisah beli baju apa. Nak makan apa, kisah anak dan pelbagai kisah lain. Sambil pakai tudung, sambil tu la mulut tak henti-henti diselang seli dengan ketawa bagai.
Di sebalik isu ini, REMAJA menemuramah Ustaz Mk Azman mengenai hukum berborak dalam surau atau masjid sehingga mengganggu tumpuan jemaah lain untuk beribadah atau yang sedang solat ketika itu.
Mungkin kita anggap perbuatan itu biasa-biasa sahaja tetapi mungkin bila kita baca apa hukumnya harap kita berubah selepas ini ya sis. Tak salah nak berborak tapi buatlah di luar surau atau masjid, jangan sampai suara berborak kita itu mengganggu orang yang sedang solat. Bayangkan dalam satu suasana surau yang agak kecil, time itulah kita sibuk nak berborak dengan kawan, sudahnya habis suara kita didengari semua.
Ruang solat yang agak sempit untuk jemaah wanita membuatkan suara lebih mudah didengari dengan kuat. Gambar sekadar hiasan.
Apa hukumnya?
Menurut Ustaz Mk Azman, hukumnya adalah BERDOSA.
Bila kita berbual-bual hal dunia sehingga mengakibatkan tumpuan jemaah lain hendak bersolat, kita adalah manusia yang berdosa.
“Ini kerana kita dilarang bercakap soal dunia di dalam masjid atau surau kerana di dalam rumah Allah ini, kita hanya digalakkan beribadah sahaja. Kalau hendak berborak hal dunia, kita harus keluar dengan segera dari ruang solat tersebut. Ruang solat adalah tempat untuk bersolat di mana orang lain mencari kekhusyukan dari Allah dan bukannya bercakap soal dunia.
“Baca Quran dengan kuat dan masa yang sama orang hendak sembahyang pun dikira berdosa kerana mengganggu tumpuan orang apatah lagi berborak hal dunia. Baca Quran itu pahala tetapi jika sampai mengganggu orang lain sudah dikira berdosa.
“Apa tah lagi kita hendak bercakap-cakap soal dunia yang lain. Dunia Allah ini luas dan kita digalakkan untuk berborak mengenainya tetapi bukan di dalam masjid atau surau,” katanya menjelaskan tindakan berborak itu seperti menghilangkan i’zzah atau kemuliaan rumah suci Allah.
Dalam pada itu, Ustaz Mk Azman menjelaskan, perbuatan berborak dan bakal mengganggu tumpuan jemaah lain untuk bersolat perlu dihentikan serta merta.
Ditanya bagaimana untuk menegur orang yang sedang berborak dan masa yang sama tidak menyakitkan hati mereka, Ustaz Mk Azman menjelaskan cukuplah dengan mengangkat tangan ke bibir, tanda kita mahu mereka berhenti berborak.
“Jangan sampai terkeluar perkataan yang boleh menyakitkan hati orang lain hanya kerana kita hendak menegur perbuatannya itu,” katanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!