Identiti dua mayat yang ditemukan pihak polis dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard pada sekitar 8.26 malam, hari Ahad lalu telahpun dikenal pasti.
Kata Ketua Polis Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar kepada BERNAMA, dua orang mangsa itu dikenali sebagai Ahmad Danish Hakeem Hanafiah dan Akmalharith Damia Zainul, masing-masing berusia 19 tahun. Setelah identiti dikenal pasti, polis meneruskan siasatan kes berkenaan.
Mengulas lanjut mengenai keberadaan kenderaan mangsa itu di parkir bawah tanah sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Cheras walaupun mereka bukanlah penghuni bangunan tersebut; Muhammad Idzam Jaafar berkata kawasan parkir itu sememangnya dibuka kepada orang awam. Sesiapa yang hadir ke residensi berkenaan boleh meletakkan kenderaan di parkir itu.
Ads
Begitupun, sewaktu mangsa ditemui, hanya kenderaan mereka saja berada di lokasi yang terletak di sudut parkir serba kosong berdekatan sebuah dinding.
Sumber Foto : Fail Polis
Tambah beliau, parkir itu lengang dan jarang digunakan walaupun ia sudah siap dua tahun lalu.
Berdasarkan rakaman litar tertutup di situ, kenderaan itu dipercayai dipandu salah seorang daripada mangsa. Namun, tiada pergerakan keluar masuk membabitkan kedua-dua mangsa.
Ads
Terdahulu, kedua-dua mangsa dipercayai sudah meninggal dunia antara empat ke lima hari sebelum mereka ditemui pada hari Ahad lalu. Laporan kehilangan mereka telah dibuat oleh ahli keluarga yang menetap di Klang dan Shah Alam, Selangor pada 23 dan 24 Mei 2022 lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kita biasa mendengar insiden di luar negara di mana pelajar menembak secara rambang di sekolah mahupun universiti akibat tekanan.
Dalam beberapa insiden yang pernah menggemparkan dunia, kebanyakan alasan pelajar yang menyerang menggunakan senjata api dan menembak ke arah rakan-rakan kerana kemurungan dan kes buli.
Dalam banyak kes dilaporkan ada pelajar dan guru maut kerana tembakan dilepaskan secara rambang sebelum penyerang ditembak mati atau ditangkap oleh pihak berkuasa yang dihubungi.
Berlainan dengan insiden sebelum ini, ternyata kuasa pelukan dan kasih sayang seorang guru, Keanon Lowe berjaya melembutkan hati seorang pelajar, Angel Granadoz-Diaz dari melepaskan tembakan meskipun di tangannya terdapat pump gun selain sepucuk pistol.
Dilihat sebagai hero dalam kejadian yang menerima pujian dunia ini yang berlaku di Parkrose High School, Oregon dilihat Lowe yang juga seorang jurulatih bolasepak bertindak memeluk Granadoz sambil menyuruh pelajar itu melepaskan pump gun tanpa melepaskan pelukan terhadap pelajar terbabit.
Meskipun pelajar itu dilihat cuba melawan tapi ternyata dengan kasih sayang dan pelukan mampu meredakan kemarahan hatinya sebelum pump gun di tangannya diambil oleh guru lain. Sebelum pump gun itu diambil, sepucuk pistol turut terjatuh. Dalam video tersebut, jelas kelihatan Lowe langsung tidak melepaskan pelukan sehingga keadaan benar-benar reda.
Pihak polis yang tiba tidak lama kemudian menahan pelajar terbabit.
Dalam satu kenyataannya, Lowe berkata, semasa kejadian getir itu, dia nekad bertindak.
“Saya lihat mukanya. Saya pandang tepat ke dalam matanya. Masa yang sama saya melihat pump gun di tangannya. Ia senapang yang betul dan bukan mainan. Saat itu saya tahu, saya harus bertindak dengan betul menurut naluri saya,” katanya selepas insiden berlaku.
Malah pihak polis turut menyifatkan tindakan Lowe sebagai berani.
“Ia juga satu momen yang cukup baik. Lowe melakukan tugas dengan sangat baik dan berjaya menyelamatkan nyawa orang lain dan keselamatan pelajar itu sendiri,” kata Sarjan Brad Yakots dari Portland Police.
Hebatkan kuasa pelukan dan kata-kata yang lembut, mampu meredakan hati orang yang marah dan apa yang pasti mampu menyelamatkan dari orang lain menjadi mangsa tembakan. Sumber : New York Post
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita pemergian pelakon berbakat, Allahyarham Ashraf Sinclair pada pagi semalam nyata telah mengejutkan ramai pihak.
Namun tiada siapa yang lebih terkejut melainkan ahli keluarganya sendiri, termasuklah adik Ashraf – Aishah Sinclair.
Menurut perkongsian oleh rakan penyampai radionya Rod & Prem, Aishah sudah bersiap sedia untuk ke udara pada jam 5.48 pagi semalam di konti stesen radio MIX ketika menerima berita tersebut.
Kata 2 orang rakannya itu menerusi program MIX Breakfast yang ke udara dari 6 pagi hingga 10 pagi, berita tersebut disampaikan sendiri oleh ibu Aishah, arwah Asyraf dan Adam – Khadijah Abdul Rahman.
Terkejut, dia terus bergegas pulang ke rumah untuk mengambil penerbangan segera ke Jakarta bersama ibu bapanya.
Pergi Dengan Tenang
Aishah yang juga pernah membintangi drama Gol & Gincu The Series bersama Asyraf juga dimaklumkan adiknya itu meninggal dalam keadaan sedang tidur di Hospital MMC, Jakarta pada jam 3.45 pagi (waktu tempatan) semalam.
Menerusi posting di Instagram pada tengah malam tadi, Aishah sedih tetapi reda dengan pemergian tersebut.
“Tempat pengabadian terakhir.
“Terima kasih kepada semua orang yang menghubungi, memanggil dan terbang ke sini.
“Ini merupakan antara hari-hari paling sukar untuk keluarga saya, kasih sayang dan sokongan kalian amat kami hargai.
“Satu perkara yang pasti, Ashraf amat disayangi oleh ramai orang.”
*
Untuk pengetahuan, Allahyarham Ashraf Sinclair atau nama penuhnya, Ashraf Daniel Bin Mohammad Sinclair juga merupakan finalis akhir Hero Remaja 1997.
Baru-baru ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen kepada setiap ahli simpanannya. Dividen Simpanan Shariah sebanyak 6.4 peratus berbanding Simpanan Konvensional sebanyak 6.9 peratus.
Bagi yang ada caruman dalam KWSP tu bolehlah tengok berapa dividen diperoleh untuk tahun 2017 ini ya. Kata KWSP, inilah dividen tertinggi yang mereka berikan kerana pertumbuhan ekonomi negara yang baik. Bukan semacam ASB yang mana duit boleh keluar masuk, duit KWSP khususnya Akaun 1 hanya boleh dikeluarkan pada usia 55 tahun sahaja.
Tapi ada pengecualian di sini, korang boleh keluarkan duit dari Akaun 2 untuk pembayaran balik PTPTN, pembelian rumah, mengurangkan baki pinjaman perumahan, perubatan dan terakhir untuk pendidikan. Lain-lain sebab memang tak ada peluang langsung ya.
Untuk golongan muda dan belia, inilah tabung simpanan hari tua kita. Sebab itulah bila korang bekerja, korang kena pastikan majikan ada membuat caruman dan membayarnya ke KWSP. Kalau potong tapi tak masuk ke KWSP, boleh lapor pada pihak KWSP dan majikan boleh kena saman tau.
Apa beza tentang Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah? Remaja kongsikan sedikit maklumatnya.
Bagi Simpanan Konvensional, pihak KWSP akan membuat pelaburan yang dijangka memberikan pulangan yang lumayan. Bidang pelaburan ini tidak terhad, dalam erti kata lain, asalkan boleh menjana keuntungan. Mungkin dalam sektor hartanah, perbankan, bon dan banyak lagi.
Manakala Simpanan Shariah pula diurus dan dilaburkan berdasarkan akad wakalah. Bukan islam pun boleh membuat pilihan ini tapi terpulanglah pada pilihan masing-masing, tak ada paksaan.
Dianggarkan dari 14 juta pekerja pekerja yang mencarum, dari Jun 2016, seramai 705,485 orang pencarum telah memilih untuk menukar simpanan mereka ke Simpanan Syariah, dari jumlah keseluruhan. Dari RM100 bilion yang dikhasnya untuk Simpanan Syariah, hanya RM68 bilion telah dilanggan sejak 20 bulan lalu.
Ramai yang tertanya-tanya mengapa dividen syariah ini lebih rendah sebanyak 0.5 peratus berbanding simpanan konvensional. Mana lebih baik, Shariah atau Konvensional.
Tapi baca baik-baik penjelasan dari Dr Zaharuddin Abd Rahman yang juga bekas penolong profesor di Kulliyyah of Economics and Management Sciences, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia selain terkini menjadi Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Elzar Shariah Solutions and Advisory Sdn Bhd.
Kalau ramai merasakan simpanan konvensional lebih untung (untung 0.5 peratus), tapi pasti ramai terkejut kerana simpanan konvensional ini agak “RUGI” kerana duit dividen yang diterima itu perlu dibersihkan (maksudnya disedekahkan) ke fakir miskin dan badan kebajikan kerana 65 peratus pelaburan KWSP tidak patuh syariah. Dalam erti kata mudah, pelaburan ini ada unsur-unsur riba dan subahah.
Senang cerita, kiraan dividen adalah seperti berikut:
Bagi umat islam, kita digalakkan berurus niaga jika tiada unsur-unsur riba. Jadi ingat-ingat ya, bila nak keluarka duit pada usia 55 tahun nanti, kena keluarkan sejumlah bayaran untuk pembersihan dividen ini. Duit itu tidak boleh diberikan kepada PUSAT ZAKAT kerana ada unsur subahah dan cuma boleh diberikan kepada FAKIR MISKIN DAN BADAN KEBAJIKAN sahaja.
Untuk lebih faham, boleh baca penjelasan Ustaz Dr Zahiruddin mengenai faedah simpanan shariah dan konvensional mengenainya.
10 Februari lalu, Dr Zaharuddin telah menulis di entri facebooknya mengenai dividen KWSP ini. Malah beliau telah mengulas panjang perkara ini bagi memberi pemahanan lebih kepada umat Islam mengenai dividen ini.
Ustaz Zaharuddin sangat terkenal kerana beliau merupakan pakar kewangan syariah
Baca kenyataannya :-
DIVIDEN SIMPANAN SHARIAH KWSP
Alhamdulillah Simpanan Shariah berjaya mencatat 6.4 % namun sedikit rendah berbanding konvensional antaranya kerana dua sebab utama iaitu:-
Prestasi saham-saham pelbagai institusi kewangan konvensional (riba) terbesar yang dilabur oleh simpanan konvensional mencatat keuntungan dan dividen besar pada tahun 2017. Manakala simpanan Shariah hanya boleh melabur dalam satu bank Islam sahaja. Justeru, tiada sumber keuntungan Simpanan Shariah datang dari hasil industri riba seperti simpanan konvensional.
Prestasi saham-saham patuh syariah yang dipegang oleh tabungan simpanan syariah antaranya dalam sektor telekomunikasi, gas dan minyak mengalami penurunan semenjak 18 bulan yang lalu berbanding harga kos sewaktu belian dahulu. Ini menjadikan kadar dividen simpanan syariah terganggu disebabkan peratusan ‘impairment’ yang lebih besar.
Pun begitu seluruh dividen 6.4 % dari Simpanan Shariah yang dikira melalui cara ‘daily balance’ (baki harian) tersebut akan dinikmati sepenuhnya oleh ahli TANPA PERLU sebarang pembersihan kerana semua diraih melalui pelaburan patuh Shariah. Tahniah… !!
Manakala bagi muslim/muslimah yang mendapat 6.9 % hasil dividen simpanan konvensional, kalian WAJIB membuat pembersihan kerana majoriti dividen datang dari sumber TIDAK PATUH SHARIAH. Jumlah kadar pembersihan?? Sangat banyak iaitu 64 % dari dividen konvensional tersebut, maka itu menjadikan dividen penyimpan konvensional sangat rendah jika dilihat dari perspektif patuh Shariah.
Dengarkan juga kuliah Maghrib yang beliau sampaikan mengenai isu ini. Mungkin selepas ini, selepas membaca dan mendengarnya maka semakin ramai umat Islam beralih kepada simpanan patuh syariah.
Ulasan ringkas petikan dari ceramah muamalat di Surau Al-Mukmin, Gombak, berkenaan dividen simpanan shariah dan penyucian perlu bagi penerima dividen simpanan konvensional. Isu zakat dividen kwsp dan yang berkaitan. Semoga bermanfaat.Perihal 'impairment' yang terpaksa direkod sebagai loss kepada tabung, boleh lihat prestasi harga saham-saham telekomunikasi yang dipegang pada jumlah yang besar seperti TM, Axiata, Digi & Maxis pada sekitar pertengahan tahun 2016 dan bandingkan harganya 18 bulan selepas itu. Begitu juga halnya pada saham oil and gas seperti UMWOG. Menurut framework IFRS, ini perlu direkod sebagai kerugian hatta walau belum direalisasikan dengan jualan.
Carian Remaja mengenai isu riba ada dinyatakan di dalam surah al Baqarah.
Allah berfirman yang ertinya, Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa. (QS. Al-Baqarah: 276).
Rasulullah pernah bersabda hal berkaitan riba, “Sesungguhnya wang satu dirham yang didapat oleh seseorang dari riba itu lebih besar dosanya di sisi Allah dibanding 28 kali dosa zina yang dilakukan orang tersebut,” (HR. Ibnu Abid Dunya dalam Ash-Shamtu, 175, dan Al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman, 5519). Semoga Allah menyelamatkan kaum muslimin dari keburukan riba. [Redaksi KhotbahJumat.com]
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjelang detik bahagia yang semakin hampir, pasangan selebriti dan politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Bella Astillah dijangka berkongsi lebih banyak perincian mengenai...